Cantikkan kereta raya dan menangi hadiah dari 3M
Di penghujung Ramadhan yang mulia ini, ramai di antara kita akan membuat persiapan tradisi tahunan untuk kembali ke kampung halaman masing-masing bersempena Hari Raya. Sepeti kelazimannya setiap Raya, amalan membeli pakaian baharu, perabot baharu, malahan mungkin gaya rambut baharu atau resipi kuih yang baharu turut dibuat.
Apa kata jika hari raya tahun ini disambut dengan memandu ke kampung halaman anda di dalam kereta anda yang kelihatan hampir seperti kereta baharu?
Lampu yang kekuningan, sermin yan dicemar kotoran, cat badan kereta yang tercalar dan kotoran merupakan hanya sebahagian daripada pelbagai isu yang mungkin anda hadapi dengan penampilan kereta anda. Jadi bagaimana anda boleh merapikan kereta anda dengan mudah disamping hanya berbelanja kecil dari segi kos dan meluangkan sedikit masa sahaja?
3M Malaysia ingin berkongsi bagaimana anda dapat memberi kereta anda satu penampilan yang bersih ketika balik kampung pada musim Hari Raya ini. Di samping itu, para pembaca juga berpeluang untuk memenangi satu set lengkap rangkaian produk Penjagaan Auto 3M terkini dengan menyertai pertandingan #Beraya3Mstyle! Peaduan foto ini bermula sekarang dan akan berakhir pada jam 6 petang 1 Julai 201 ini.
Mudah saja!
1. Ambil gambar foto anda dan kereta yang anda pandu kembali ke kampung Raya ini
2. Lengkapkan slogan ini : I celebrate my Raya in style by......
3. Tambah hashttag #Beraya3Mstyle, #my3MRaya danmuat naik pada laman Facebook 3M AutoCare Malaysia: https://www.facebook.com/3mAutoCareMY
Lampu depan yang jelas perlu untuk menyuluh jalan dengan baik
Pada masa lalu, menggantikan penutup lampu plastik yang tercalar, kabur atau berwarna kuning adalah mahal. Mulakan dengan membersihkan lampu dengan pencuci basuh kereta. Kemudian, gunakan kain kering untuk mengelap air yang berlebihan dan mengeringkan lampu. Seterusnya, anda boleh menggunakan Pembaharu Lampu 3M ™ yang baharu boleh digunakan untuk pemulihan lampu atau boleh memilih Kit Pemulihan Lampu 3M ™ baharu untuk pemulihan yang lebih sukar.
Sapu produk pembaharu lampu itu secara terus pada lampu menggunakan kain microfiber. Pastikan untuk menggilap seluruh permukaan lampu sehingga ia nya kembali jelas sekali lagi dan dengan sedikit usaha, ia akan sebaik yang baharu.
Ada retak atau lubang kecil di cermin depan anda? Kerosakan seperti ini berlaku keraana objek seperti batu kecil yang melantun pada cermin anda dan mungkin menjadi lebih teruk jika dibiarkan tidak terkawal. Daripada membelanjakan wang dan masa pembaikan cermin depan - lubang kecil, retak seperti sarang labah-labah atau kerosakan bintang diameter kurang dari 1 inci, semua ini boleh diperbaiki dengan mudah menggunakan kit pembaikan cermin depan, seperti kit Pembaikan Cermin 3M ™. Produk ini mudah digunakan, dan tidak memerlukan pencampuran atau pemanasan. Hanya ikuti arahan yang diberikan dengan kit.
Labels:
#Beraya3Mstyle,
3M,
aidilfitri,
bersih,
cantik,
kemas,
kereta,
Raya
Insurans bakal naik Julai ini?
Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Jessica Chew berkata usaha ini merupakan susulan fasa pertama liberalisasi tarif motor dan kebakaran yang telah diperkenalkan pada 1 Julai tahun lepas. Dalam proses liberisasi ini, para penginsurans dan pengendali Takaful diberi fleksibiliti untuk menawarkan produk baharu dan perlindungan tambahan kenderaan yang tidak disenaraikan dalam tarif ketika itu.
Berkuatkuasa 1 Julai ini jumlah premium yang perlu dibayar akan mengambilkira bukan hanya nilai kenderaan dan kapasiti enjin, tetapi juga akan mengambil kira banyak faktor risiko lain seperti umur kenderaan dan juga umur pemandu serta ciri ciri keselamatan kenderaan, lokasi geografi malahan juga kesalahan lalulintas yang pernah dilakukan pemandu. Kesemua ini akan menentukan profil risiko pemegang polisi bagi menentukan jumlah premium.
Dalam ertikata lain, semakin tinggi risiko kemalangan anda, semakin banyaklah yang perlu dibayar untuk premium insurans. Tidak dinafikan bahawa amalan ini mampu memupuk tabiat pemanduan selamat dan rangkaian produk yang lebih pelbagai berikutan persaingan yang dijangka sengit di kalangan penanggung insurans.
Impak akhir mungkin hanya akan dapat dilihat setelah pengenalannya kelak, namun begitu mungkin boleh dijangkakan bahawa golongan yang paling terkesan adalah mereka yang memiliki kenderaan yang lebih berusia atau yang tidak memiliki ciri ciri keselamatan pasif seperti penggera kecurian, sistem brek abs and juga kawalan cengkaman ecs contohnya. Mungkin juga premium akan meningkat lebih tinggi lagi bagi pengumpul kenderaan klasik dan vintaj, yang akan perlu membayar harga perlindungan insurans yang tinggi walaupun kenderaan mereka amat jarang berada di atas jalanraya atas dasar pemeliharaan demi mengelakkan ia nya haus dan rosak. Mungkin kategori ini perlu diperhalusi dan ditawarkan pakej khusus demi kepentingan awam.
Apapun diharapkan perlaksanaan liberisasi ini akan diteliti sehalus halusnya oleh penanggung insurans dan pengendali takaful begi menjaga kepentingan umum tanpa melihat hanya pada margin keuntungan sahaja.
Isu ini bukan baharu malah pernah diketengahkan pada 2 Mei lepas lagi, di portal lain namun telah dipadamkan, dikatakan atas sebab sebab yang tidak diketahui.
Subscribe to:
Posts (Atom)