Kamera pemanduan bantu tatkala musibah


Di waktu puncak seperti di musim perayaan, banyak kemalangan kecil mahupun yang besar terjadi. Seringkali apabila berlaku kemalangan, semua mereka yang terlibat akan mula menuding jari menyalahkan orang lain. Namun kini semakin ramai pengguna jalanraya yang memasang kamera pemanduan atau 'dashcam' sebagai langkah berjaga-jaga dalam kes kes kemalangan sebegitu. Ia nya akan merekodkan apa yang berlaku sebelum dan ketika kemalangan, seolah olah anda mempunyai saksi untuk pemanduan anda. Ada juga kamera berkualiti tinggi yang mampu merakamkan keseluruhan perjalanan anda sebagai kenangan atau panduan untuk dikongsi dengan orang lain. Untuk perjalanan harian atau melancong, kamera pemanduan adalah teman yang setia yang anda perlu ada.

Di antara ciri ciri kamera pemanduan yang perlu anda pertimbangkan:
- kemampuan rakaman video berkualiti tinggi dalam resolusi sehingga 1920 x 1080p
- mampu menyimpan lebih 8 GB video & gambar dengan simpanan dalam kad seperti microSD dan seakannya
- mampu mengitar semula kapasiti memori secara berterusan
- boleh digunakan sebagai kamera digital untuk memperingati perjalanan atau mercu tanda tempat lawatan anda

Kenapa anda perlu sebuah kamera pemanduan:
1. Merekodkan kemalangan
Sebenarnya pemandu sering mempunyai ingatan berbeza perihal kemalangan yang dialami mereka. Kita sering ingin mempercayai apa yang ingin kita percaya. Dengan bukti video anda mampu membuktikan bahawa anda tidak bertanggungjawab bagi sesuatu kemalangan kereta itu, ataupun mungkin anda yang sebenarnya bersalah.

2. Mengelak dari dikenakan tindakan undang undang
Rakaman video anda juga boleh dijadikan bukti bahawa anda telah memandu dengan cara yang betul, dan mengelakkan anda dari disaman kerana pemanduan tidak berhati hati ataupun gagal mengawal kenderaan anda.

3. Membantu mengelakkan penipuan insurans
Rakaman video anda mungkin boleh membantu pihak ketiga yang terlibat dalam sesuatu kemalangan itu, walaupun anda tidak terlibat langsung. Baru baru ini terdapat rakaman kemalangan yang melibatkan sebuah motosikal Malaysia telah kelihatan seakan dilanggar oleh motosikal lain yang tiba tiba membelok di Thailand. Ia dirakam oleh kamera kereta yang berhenti di persimpangan jalan di mana perlanggaran itu berlaku. Rakaman anda juga boleh membantu mengelakkan kes penipian insurans di mana ppihak terlibat cuba membuat tuntutan yang ditambah tambah.

4. Menjadikan anda pemandu yang lebih baik
Anda boleh menyemak rakaman pemanduan harian anda ataupun ahli keluarga anda dalam usaha untuk menjadi pemandu yang lebih baik. Kaji bagaimana anda memandu untuk membantu anda melihat cara-cara untuk membetulkan kesilapan memandu, seperti membrek terlalu mengejut atau menukar lorong secara tiba-tiba.

5. Mengawasi kenderaan anda
Kebanyakan kamera pemanduan mempunyai pilihan untuk hidup kendiri jika ia merasakan gerakan di dalam atau di sekeliling kereta. Jadi, jika orang memecah masuk ke dalam kereta anda atau pun melanggar kereta yang diparkir, anda mungkin boleh mengkaji semula rakaman kamera dan mencari individu yang bertanggungjawab.

6. Rakam kejadian yang tidak diduga
Kamera anda mampu merakam kejadian yang tidak diduga yang menyebabkan kemalangan anda. Mungkin ada lembu atau anjing yang melintas, ataupun mungkin juga kanak kanak, yang telah menyebabkan anda mengelak dan terbabas.
Malah anda mungkin juga telah terakam kejadian yang mengejutkan. Kejadian kapalterbang komersil terhempas di Taiwan satu ketika dulu telah dirakamkan denagn kamera pemanduan sebuah kenderaan yang kebetulan berada di tempat kejadian.

Triumph bekalkan enjin Moto2 mulai 2019



Triumph akan membekalkan enjin kelas Moto2 dengan enjin tiga silinder mereka mulai 2019.

Syarikat British itu akan membekalkan enjin triple 765cc yang baharu, seperti yang disebut mereka ketika pelancaran rangkaian baharu siri Street Triples awal tahun ini.
Sebelum ini Honda telah mengikat perjanjian untuk membekalkan enjin CBR600RR bagi kelas tersebut sehingga akhir tahun depan (2018).

1 Julai Hari Jenama Yamaha

Yamaha Motor Co., Ltd. mengumumkan bahawa ia telah menetapkan tarikh 1 Julai sebagai "Hari Jenama" untuk menggalakkan pekerjanya di seluruh dunia untuk merasai hubungan dengan jenama Yamaha. Konsep  Hari Jenama ini telah dirumuskan dengan tujuan untuk memperkuat penjenamaan dalaman, agar setiap pekerja dapat merasakan peningkatan pemahaman dan kesetiakawanan terhadap syarikat, menghasilkan "Gaya unik Yamaha" melalui produk dan khidmat. Pada masa yang sama, pengurusan atasan mengambil inisiatif untuk mempromosikan "Strategi Jenama Global" dengan tujuan meningkatkan nilai korporat dan kekuatan jenama.Yamaha Motor menganggap peningkatan nilai jenama Yamaha sebagai salah satu keutamaan pengurusan tertinggi Syarikat. Untuk merealisasikan misi korporat sebagai sebuah syarikat "Kando" slogan "Revs your Heart" diilhamkan pada tahun 2013. Kando adalah perkataan Jepun untuk perasaan kepuasan yang mendalam dan kegembiraan yang hebat yang kita alami serentak ketika mengalami sesuatu yang luar biasa. "Gaya unik Yamaha" kini telah ditakrifkan (rujuk kepada rajah di atas) untuk meningkatkan nilai korporat dan kekuatan jenama.

Yamaha Motor mengadakan pelbagai program dengan tujuan memperkukuh penjenamaan dalamannya. Ini termasuk tinjauan pekerja dan bengkel jenama yang dijalankan di Jepun dan di luar negara, The Global Rev Challenge Award, dan penyebaran nilai jenama dengan buku kecil, video, dan sebagainya.Yamaha Motor juga mempromosikan pengurusan jenamanya berdasarkan rangka kerja yang dibangunkan oleh Interbrand, perundingan jenama terbesar di dunia.