Toyota Vios Sports Edition


 UMW Toyota Motor akan menawarkan versi istimewa yang dikenali sebagai Toyota Vios Sports Edition tidak lama lagi, bagi peminat dan peminat Vios yang inginkan kereta Vios yang lebih sporty. Vios Sports Edition  ini diilhamkan dari kereta perlumbaan TGR Vios Challenge, dengan penampilan yang hampir sama tetapi boleh didaftarkan untuk kegunaan jalan raya.

Aerokit sukan dengan spoiler belakang dan roda aloi yang dicat hitam memberikan rupa yang menggamit pandangan manakala garis-garis nyata di sekeliling badannya sama dengan kereta perlumbaan. Dan oleh kerana ia nya ditawarkan khusus oleh pengeluarnya iaitu Toyota, anda tak perlu risau akan disaman JPJ kerana menggunakan stiker atau warna yang lain dari warna asal!

Vios Sports Edition juga menjanjikan pengendalian yang lebih tangkas dengan gantungan sports. Pusat graviti kereta diturunkan sehingga 27mm agar ia duduk lebih rendah di jalan raya. Ini mengurangkan olengan badan kereta semasa membelok lantas meningkatkan kestabilannya.

Imej sporty juga terbukti di dalam kereta dengan reka bentuk eksklusif di tempat duduk kain bergaya sports. Reka bentuk dengan lambang edisi Sports juga digunakan untuk pelapik permaidani eksklusif. Tombol gear juga merupakan jenis sporty dan jenang pintu diterangi dengan pencahayaan kuning disamping melindungi badan kereta disamping melengkapkan imej sportynya. Pencahayaan kuning juga disediakan di ruang kaki depan untuk meningkatkan pengalaman gaya sporty.


Dengan harga RM85,300 (tanpa insurans), Vios Sports Edition didatangkan berserta jaminan selama 5 tahun dengan perbatuan tanpa had yang tertakluk kepada Terma dan Syarat. Di samping itu, pemilik baharu kereta ini akan turut menerima barang dagangan edisi sports percuma yang terdiri daripada baju polo TGR, topi dan bekas air peribadi yang memaparkan nama mereka.

Tempahan boleh dibuat sekarang di semua bilik pameran Toyota di seluruh negara. Untuk mengetahui lokasi pameran, sila layari www.toyota.com.my.

Cub Prix saji kepelbagaian

Siri perlumbaan motosikal tempatan yang telah melahirkan ramai pelumba-pelumba handalan negara iaitu Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS  bukan hanya tertumpu kepada perlumbaan tetapi turut menjadi platform pelbagai pihak terutama barisan penaja-penaja.
Kejuaraan yang sering dinantikan oleh peminat-peminat motosikal ini juga sesuai sebagai acara untuk seisi keluarga.Aktiviti di kawasan promosi merupakan perkara penting untuk menarik kehadiran penonton. Menyedari keperluan semua pengunjung, pihak Cub Prix bukan hanya menarik minat pengeluar motosikal untuk berada di kawasan promosi, sebaliknya pelbagai barangan dan aktiviti yang sesuai untuk semua termasuk keluarga.

 Pengunjung boleh mendapatkan pelbagai barangan eksklusif seperti produk cenderamata rasmi Kejuaraan Cub Prix, dan pelbagai produk menarik dengan harga istimewa di khemah-khemah promosi yang turut menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk pengunjung.

Di pentas perlumbaan di mana semua pelumba-pelumba terbaik negara beraksi ini anda juga turut berpeluang untuk bertemu idola dan pelumba-pelumba kesayangan anda. Jangan lupa untuk berswafoto bersama mereka sebagai kenangan dengan, pelumba-pelumba ini yang tidak sombong untuk melayan anda!  Selain itu beberapa persembahan nyanyian artis-artis terkenal tanah air turut diadakan selepas perlumbaan berakhir.


Setiap kali perlumbaan berlangsung, acara ini pastinya akan menerima kehadiran peserta-peserta konvoi motosikal dan adakalanya turut disertai motosikal-motosikal unik dan mempunyai pelbagai ciri menarik. Kepada kelab-kelab motosikal di luar sana, jangan lupa hubungi pihak penganjur untuk mendapatkan keistimewaan untuk berkunjung ke Cub Prix. Jika tidak tahu caranya, utarakan sahaja soalan anda melalui facebook Malaysian Cub Prix.

Pelbagai aktiviti sampingan akan turut diadakan seperti pertunjikkan auto salo, dan tidak ketinggalan juga aktiviti seperti pemeriksaan motosikal, sesi uji pandu motosikal, dan banyak lagi yang pastinya memberikan kepuasan kepada anda.

Tahun ini Cub Prix lebih meriah dengan pameran PETROSAINS oleh PETRONAS. Bagi ibu bapa, ini merupakan waktu sesuai untuk membawa anak-anak melihat pameran sains dan teknologi yang dibawakan dekat kepada anda. Satu peluang yang bukan mudah untuk anda dapati di tempat lain.

Kasma tawan Serdang seperti dijangka


Saingan CP150 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di MAEPS, Serdang, Selangor, Ahad lepas sekali lagi ditawan Kasma Daniel Kasmayuddin seperti yang dijangkakan.

Pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor itu menang selesa dengan lebih lapan saat di hadapan pemenang tempat kedua. Kasma dari awal lagi telah merancang strategi untuk cuba menjarakkan diri dari pelumba lain. Litar MAEPS Serdang mempunyai banyak selekoh yang sempit dan permukaan jalan yang tidak begitu baik. Dalam temuramah yang diadakan selepas kemenangannya, pelumba yang baru pulang dari Sepanyol bagi menyertai saingan Kejuaraan Moto3 Remaja Dunia itu turut juga mengambil kira bahawa beliau akan terlepas dari menyertai beberapa perlumbaan Cub Prix selepas ini, jadi beliau perlu memenangi seberapa banyak perlumbaan dan mengutip mata selagi boleh.

Persaingan di Serdang lebih terarah kepada perebutan tempat kedua dan ketiga diantara rakan sepasukan Kasma, Md Ramdan Rosli, Ahmad Afif Amran (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ), Fakhrusy Syakirin Rostam (SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing) dan Md Azhar Abdul Jalil (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) terutamanya ketika perlumbaan berbaki tiga pusingan terakhir.

Ramdan bijak menggunakan ruang untuk menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua dengan masa 16’08.169s manakala Ahmad Afif yang berada di kedudukan keenam di peringkat awal perlumbaan bijak mencuri ruang untuk memintas sebelum berjaya menamatkan perlumbaan di atas podium dengan masa 16’08.466s.


Sementara itu, dalam saingan CP115, Azroy Hakeem Anuar (Givi Honda Yuzy Racing) akhirnya berjaya meraih podium pertama bagi musim 2017 dengan menewaskan pendahulu keseluruhan, Md Akid Aziz (PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor) sekaligus menyekat Akid daripada meraih kemenangan keempat berturut-turut.

Setelah bersaing sengit dan seringkali bertukar kedudukan penndahulu, Azroy akhirnya berjaya menjadi pelumba pertama melintasi garisan pennamat dengan masa keseluruhan 12’20.772s, hanya 0.080s di hadapan Akid diikuti rakan sepasukan Akid, Md Haziq Fairues di kedudukan ketiga dengan masa 12’21.760s. Malang buat Tengku Amirul Haffirudin (Motul Zeneos Yamaha YY Pang) yang pada satu ketiga berada di kedudukan ketiga apabila terjatuh pada pusingan terakhir perlumbaan.

Gelaran naib juara cukup utuk meletakkan Akid terus selesa di tangga teratas keseluruhan dengan mengumpul 95 mata, 30 mata mengatasi Haziq manakala Ahmad Syukran Aizat (PETRONAS Sprinta Yamaha-CKJ) di tangga ketiga dengan 47 mata.

Dalam saingan Wira, Md Syarifuddin Azman (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) meraih kemenangan pertama pada musim ini dengan catatan masa keseluruhan 9’57.276s, mengatasi pendahulu keseluruhan, Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha – Afb Tech) yang menamatkan perlumbaan dengan masa 10’03.447s.

Md Syafieq Aiman (Elf Koyoko KC Racing) sekali lagi menamatkan saingan di atas podium di tempat ketiga dengan catatan masa 10’04.055s.

Gelaran naib juara terus melonjakkan kedudukan Aiman selaku pendahulu dengan mengumpul 86 mata, 24 mata mengatasi Saiful Azhary Muhamad yang menamatkan perlumbaan di kedudukan keempat dengan 56 mata, berkongsi mata bersama Syafieq.



KEPUTUSAN

CP150

1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 15:59.423s

2 Md Ramdan Rosli (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 16:08.169s

3 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 16:08.466s

4 Fakhrusy Syakirin Rostam (JHR) SCK Rapido Hi-Rev Honda Racing 16:08.550s

5 Md Azhar Abd Jalil (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 16:09.103s



Kedudukan Keseluruhan

1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 75 mata

2 Ahmad Afif Amran (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 67 mata

3 Ahmad Fazli Sham (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 40 mata

4 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 39 mata

5 Md Zaqhwan Zaidi (SGR) GiVi Honda Yuzy Racing Team 35 mata



CP115

1 Azroy Hakeem Anuar (KUL) GiVi Honda Yuzy Racing Team 12:20.772s

2 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 12:20.852s

3 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 12:21.760s

4 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 12:35.116s

5 Md Irfan Rosnizam (KDH) WL Motorsports Racing 12:35.398s



Kedudukan Keseluruhan

1 Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 95 mata

2 Md Haziq Md Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 65 mata

3 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 47 mata

4 Nazirul Izzat Md Bahauddin (MLK) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 36 mata

5 Md Irfan Rosnizam (KDH) WL Motorsports Racing 27 mata