Program Masterclass Shell Advance khusus latih mekanik


Shell Advance telah melancarkan program latihan Masterclass yang eksklusif untuk mekanik motosikal tempatan. Program Masterclass tersebut mengandungi tujuh video dalam talian yang dihasilkan dengan kerjasama Ducati untuk memberi panduan serta pengetahuan dan tip berkaitan kemahiran dalam penyenggaraan motosikal yang betul.

Video tersebut mengemukakan modul yang meliputi sembilan komponen utama motosikal. Mekanik pakar, Jeff Oh, memberikan panduan langkah demi langkah berkenaan topik seperti penyenggaraan brek, penggantian piston, penggantian pemegun, pemasaan injap serta penggantian rantai pemasaan dan lain-lain lagi.

Peserta yang menonton ketujuh-tujuh video tersebut dan berjaya menjawab soalan-soalan di akhir setiap video dengan betul menjelang 30 September 2017 akan mendapat insentif berupa tiket ke MotoGP™ Shell Malaysia 2017 beserta sijil daripada Shell Malaysia. 



Menurut Pengurus Pemasaran Shell Lubricants – Malaysia dan Singapura, Alex Lim, syarikat tersebut merancang untuk membantu meningkatkan kemahiran hampir 2,400 orang mekanik, di mana kebanyakan mereka mendapat kemahiran dengan belajar sendiri atau melalui latihan semasa bekerja.

“Sebagai peneraju pasaran dan teknologi pelincir, kami di Shell yakin bahawa pelaburan kami dalam program ini akan membawa kebaikan kepada seluruh rantaian nilai kerana ia mewujudkan kumpulan mekanik yang dilatih secara profesional dan diiktiraf. Para penunggang motosikal akan dapat menikmati servis yang lebih baik, pemilik bengkel akan dapat mengembangkan perniagaan mereka menerusi kepuasan pelanggan yang lebih tinggi, dan mekanik itu sendiri akan dapat mengharapkan kerjaya teknikal yang lebih memuaskan,” katanya.

Lebih 200 orang mekanik dan pemilik bengkel motosikal dari Lembah Klang yang menghadiri sesi Shell Advance Masterclass secara langsung yang julung kali diadakan baru-baru ini memuji inisiatif oleh Shell Lubricants Malaysia ini.

Ti Tai Chin, 49, pemilik bengkel motosikal di Jalan Tun Razak sejak 1990, berkata program tersebut sememangnya dapat membantu.

“Saya sentiasa menggalakkan mekanik saya untuk menyertai program latihan untuk terus meningkatkan kemahiran mereka. Program latihan seumpama ini selalunya dianjurkan oleh pengeluar motosikal dan ini adalah kali pertama ia diadakan oleh sebuah syarikat minyak,” katanya.

Mekanik Muhamad Maridan Abd Kadir, 30, yang telah bekerja dengan Ti sejak 10 tahun lalu, menghargai peluang untuk mempelajari bagaimana para profesional melakukannya.

“Video tersebut mudah difahami kerana semuanya ditunjukkan dengan jelas. Saya juga suka bagaimana jurulatih meluangkan masa untuk memberi penerangan tentang jenis-jenis minyak motor dari Shell Advance serta kebaikannya,” katanya.

Pengurus AMS Empire Motorsport Sdn Bhd, Siti Sabariah Ismail, yang membawa sepasukan sembilan orang mekanik ke sesi Shell Advance Masterclass, menyatakan bahawa ia merupakan pengalaman program latihan sebenar yang pertama bagi kebanyakan mereka.

“Kebanyakannya adalah dari golongan susah yang tidak mempunyai pendidikan formal dan tidak mampu untuk menyertai institut latihan vokasional. Program seumpama ini sangat bagus, terutamanya bila dianjurkan oleh jenama yang mempunyai reputasi yang baik seperti Shell Advance. Kesemua peserta begitu berminat untuk menghabiskan modul dan mendapatkan tiket MotoGP mereka!” katanya.

Lebih banyak lagi sesi secara langsung Shell Advance Masterclass akan diadakan di tapak sempena pertunjukan bergerak ‘Redah Segalanya’ Shell Advance di serata Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Pertunjukan bergerak seluruh negara ini akan diadakan di berbagai-bagai tempat berkumpul yang popular di kalangan penunggang motosikal seperti bengkel motosikal, pusat membeli-belah dan pasaraya besar. Pelbagai jenis barangan, termasuklah tiket ke MotoGP™ Shell Malaysia 2017, dan keseronokan menanti pengunjung di semua lokasi.  Untuk mendapatkan senarai penuh lokasi, sila layari www.shell.com.my/advanceroadshow

Tekno-MotoRev: Menangani permukaan senget atau kamber


Pada pusingan keenam petronas AAM Malaysian Cub Prix hujung minggu lepas, satu lagi kejohanan  perlumbaan yang disertai sekumpulan anak muda telah bermula. Di litar Jasin tersebut, beberapa pelumba Yamaha NVX Challenge ini telah bertanyakan bagaimana hendak menangani keadaan jalan yang senget atau sendeng.

Jarang sekali akan kita temui litar lumba mahuun jalan raya yang benar-benar rata. Jalan raya atau litar yang dibina di kawasan tanah yang paling rata pun masih akan kedapatan sedikit keadaan yang senget atau menyendeng.

Dalam bahasa yang paling mudah, senget atau sendeng ini dipanggil camber dalam bahasa Inggeris. Untuk memudahkan penyampaian kita akan gunakan istilah "kamber" dalam artikel ini. Ia berbeza dengan kamber tayar, yang akan kita bincangkan di lain masa. Kamber kali ini merujuk kepada perubahan ketinggian di antara tepi kiri dan kanan jalan, yang menghasilkan permukaan jalan bersudut. Perubahan ketinggian ini akan menyebabkan beberapa perubahan ruang atau peluang. 'Sudut' di permukaan jalan ini akan memerlukan cara pendekatan yang sering berubah.

Terdapat dua jenis sendeng atau kamber utama, iaitu samada sendeng/kamber positif atau kamber negatif. Kedua-duanya memerlukan pendekatan yang berbeza dan boleh mengubah rancangan pendekatan anda terutamanya jika ia nya berada pada sebuah selekoh.

 

Kamber positif
Secara umumnya, sendeng selekoh dengan kamber positif adalah lebih tinggi di bahagian luar selekoh dan lebih rendah di bahagian dalam, jadi permukaan jalan atau litar akan condong dari tepi luar ke bahagian dalam.

Kembar positif pada sebuah selekoh seringkali  membantu kita menangani belokan di selekoh tersebut. Seperti yang diboleh dilihat di litar lumba mahupun velodrom basikal sekali pun, kenderaan boleh bergerak lebih cepat apabila sudut disendengkan sebegitu kerana ini menyebabkan pengurangan daya sisi yang bertindak pada tayar.

Bagi membantu pemahaman, bayangkan begini. Jika dua penunggang menunggang pada kelajuan yang sama, seorang di selekoh rata dan yang seorang lagi  di selekoh dengan kamber positif, penunggang kedua yang mengambil selekoh kamber positif itu akan mampu bergerak dengan lebih cepat dan tanpa perlu menyendengkan motosikalnya sebanyak yang diperlukan penunggang di selekoh rata. Daya graviti yang menolak jentera ke luar belokan kini akan ditampan oleh selekoh sendeng positif da meningkatkan cengkaman tayar tanpa menggelongor ke luar selekoh.
Penunggang motocross adalah contoh yang baik untuk memahami keadaan ini, dan mereka lebih cepat membelok dengan mengambil laluan luar di selekoh belokan dan memaksimakan penggunaan tebing berkamber positif untuk membelok tangkas.

Kamber positif juga membolehkan anda agar lebih agresif dengan pendikit berbanding di selekoh dengan sudut yang sama rata.


 


Kamber Negatif
Kamber negatif pula adalah bertentangan dari yang diterangkan di atas. Apabila permukaan jalan atau litar lebih tinggi di bahagian dalam berbanding dengan bahagian luar selekoh, ia dikelaskan sebagai kamber negatif. Ini mewujudkan kelemahan yang bertentangan dengan kebiasaan positif.

Untuk bergerak pada kelajuan yang sama di sekitar kamber negatif, anda akan perlu lebih banyak menyendengkan motosikal anda (berbanding dengan permukaan jalan) untuk menangani selekoh.

Daya graviti juga akan menarik anda menuruni sendeng iatu iaitu ke arah luar selekoh, dan meningkatkan beban sampingan pada tayar ketika anda menangani selekoh itu.

Ini bermakna anda perlu lebih berhati-hati dengan kawalan pendikit anda, terutamanya pada apabila keluar dari selekoh itu. Jika seseorang penunggang itu agak ghairah dengan pendikit untuk keluar dari selekoh rumit ini,beliau mungkin kehilangan cengkaman roda belakang.

Bolehkah anda mengubah garisan laluan tunggangan anda untuk mengelakkan kesan buruk dari kamber negatif? Jika anda tidak dapat mengelakkan kamber di ruang keluar selekoh tersebut contohnya, anda boleh cuba menggunakan laluan yang lebih luas memasuki selekoh agar anda boleh menegakkan motosikal anda lebih awal dan mendapatkan kelebihan pacuan kuasa dengan mengilas pendikit ketika keluar dari selekoh itu.

Anda mungkin terpaksa membrek pada bahagian permukaan jalan yang menurun kerana kamber, dan dalam keadaan sebegini anda perlu mempertimbangkan untuk menunggang dengan lebih berhati hati.

Namun begitu, awas dengan bahaya tersembunyi!

Apabila anda melalui kawasan berkamber negatif, melainkan jika anda meperlahankan kelajuan anda, sudut sendeng motosikal anda berbanding dengan jalan akan bertambah meningkat. Anda hanya perlu tutp sedikit pendikit dan perlahan lahan kembali laju ketika keluar dari selekoh itu.

Kesimpulan
Serba sedikit inilah yang dimaksudkan dengan kamber. Ini boleh membantu anda menangani selekoh, dan di sebaliknya ia juga boleh menjadi perangkap tersembunyi yang menunggu untuk memerangkap anda. Dalam banyak keadaan, perekabentuk litar lumba memasukkan elemen-elemen yang mencabar ini dengan tujuan untuk meujukan sebuah litar yang lebih teknikal. Pelumba perlu menilai setiap selekoh dan melihat sama ada anda boleh menangani kamber itu sebaik mungkin.

Tokio Marine Life perkenal tuntutan Atas Talian



 Tokio Marine Life Insurance Malaysia Bhd (Tokio Marine Life) telah memperkenalkan perkhidmatan digital baharu yang dipanggil e-Claims. Kini pelanggan boleh mengemukakan tuntutan secara dalam talian menerusi portal pelanggannya pada bila bila masa sahaja.

Pelanggan hanya perlu melakukan empat langkah mudah untuk memulakan proses tuntutan iaitu:
log masuk ke portal pelanggan;
Isi butiran tuntutan;
Muat naik dokumen tuntutan;
dan serahkan selepas pengesahan butiran perbankan

Pengenalan e-Claims ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif kelestarian korporat Tokio Marine Life. Proses tuntutan tanpa kertas akan membantu mengurangkan kesan persekitaran yang disebabkan oleh penebangan hutan. Pendekatan tanpa kertas adalah selamat, lebih peribadi dan cepat. Ia dilengkapi beberapa ciri pintar untuk mengesan polisi yang mempunyai faedah yang relevan untuk tuntutan secara automatik. Sepanjang proses tuntutan, pihak menuntut akan menerima pemberitahuan e-mel dan SMS pada peringkat.

"Kami berhasrat untuk menjadi mesra-pelanggan. Oleh yang demikian, kami bangga untuk memperkenalkan inisiatif terknologi perlindungan insurans inovatif ini untuk memberikan pengalaman pelanggan yang cemerlang," kata Ketua Pegawai Eksekutif Tokio Marine Life, Encik Toi See Jong.

Selain daripada perkhidmatan tuntutan e-mel, pelanggan Tokio Marine Life juga boleh menyemak butiran dasar dan mengemas kini maklumat hubungan peribadi melalui portal pelanggan. Portal mesra penggunanya juga membolehkan pelanggan memuat turun e-penyata dan borang (pilihan pembayaran premium, pilihan bayaran pembayaran, perubahan dasar dan permintaan, dan borang tuntutan) pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Industri insurans hayat telah mencatatkan kenaikan sebanyak 5.1% dalam pembayaran tuntutan sebanyak RM9.7 bilion pada 2016 berbanding RM9.2 bilion pada tahun 2015. Dengan peningkatan tuntutan yang semakin meningkat, Tokio Marine Life membawa inovasi ke barisan hadapan, untuk menggantikan Prosedur tuntutan manual konvensional, yang memakan masa; Perjalanan ke cawangan atau ejen mesyuarat untuk mengemukakan dokumen kini hanyalah satu amalan masa  lalu.

Pelanggan boleh mengakses laman web Tokio Marine Life http://www.tokiomarine.com/my/en/personal/resources/self-service.html atau lawati laman Facebook Tokio Marine untuk mengetahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan inovatif ini.