Jambatan Sultan Yusuf ditutup Sabtu ini

Jambatan Sultan Yusuf di FT005 yang merupakan penghubung utama dari Teluk Intan ke Sitiawan dan Lumut akan ditutup selama 24 jam Sabtu ini bertujuan untuk menggantikan walk bearing di jambatan tersebut di samping melihat secara lebih dekat cadangan reka bentuk kekal dalam masa tiga minggu lagi.
Pengguna dicadang menggunakan jalan alternatif, di mana pihak JKR akan memasang papan tanda tunjuk arah, dua dari Lekir dan satu dari Hutan Melintang.
Mengikut notis pemberitahuan yang dikeluarkan mengenai penutupan sementara jambatan itu, pengguna diminta menggunakan laluan alternatif ke Manjung / Sitiawan dan ke Teluk Intan / Sabak Bernam.
Pengguna diminta mematuhi papan tanda lalu lintas dan memandu dengan berhati-hati.

Jom meriahkan Volkswagen Fest 2017

 Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) akan menganjurkan Volkswagen Fest 2017 yang pertama akan dianjurkan di Pusat Konvensyen Setia City hujung minggu ini dari 11 Ogos hingga 13 Ogos 2017. Dua model edisi khas Volkswagen baru juga akan diumumkan di pesta tersebut iaitu ALLSTAR Jetta yang merupakan tambahan terbaru kepada rangkaian ALLSTAR, dan Beetle Edisi Merdeka ke-60 bersempena dengan 60 tahun kemerdekaan Malaysia.

Pengunjung boleh menjangkakan beberapa tawaran istimewa dan tawaran hebat bagi beberapa model Volkswagen telah terdaftar seperti servis percuma setahun, atau nikmati kadar faedah rendah bagi kenderaan baharu Volkswagen dari 0.28% untuk Vento dan 0.88% untuk Passat, penyelenggaraan percuma lima-tahun untuk model terpilih, pandu uji pelbagai model dan pemeriksaan 20 perkara percuma untuk semua kereta Volkswagen dan penilaian percuma untuk kereta sedia ada anda, serta rakan bank Volkswagen yang turut akan hadir untuk membantu dalam pembelian sewa beli.

Satu lagi kemuncak Festival Volkswagen adalah perhimpunan khas kereta Volkswagen semasa dan klasik, termasuk Van Beetle dan Kombi milik pemilik Volkswagen dari seluruh negara. Festival ini juga menyediakan aktiviti untuk keluarga, dan pengunjung boleh menikmati makanan dari trak makanan terbaik sambil menikmati persembahan muzik oleh penyanyi dan artis berbakat. Sesi Yoga Yoga dan Zumba khas untuk peminat turut aka diadakan Fitness First.

Pesta Volkswagen 2017 adalah percuma dan terbuka kepada umum. Untuk maklumat lanjut sila layari www.volkswagen.com.my

Jatuh motor? Kembalilah menunggang!


Kemalangan nyata bukanlah sesuatu yang kita inginkan. Tiada siapa yang dapat lari dari hakikat ini, dan menghadapi kemalangan adalah lumrah hidup terutama sekali bagi menunggang. Namun begitu, jatuh motor mampu membuatkan kita hilang keyakinan dan kurangan bersemangat untuk meneruskannya, terutama sekali selepas mengalaminya kali pertama, ataupun baru pulih dari kemalangan yang agak teruk dan membuatkan anda gayat untuk menunggang semula, apatah lagi membonceng.

Penderitaan fizikal dan mental yang dialami selepas kemalangan memang mengganggu, namun begitu apa yang diperlukan adalah untuk mendapatkan kekuatan untuk kembali menunggang.
Di sini kami paparkan antara langkah langkah langkah yang boleh diambil untuk membantu anda mendapatkan kembali kekuatan semangat untuk menunggang semula.

1. Ketahui penyebabnya
Perkara yang paling penting yang boleh anda lakukan setelah mengalami kemalangan ialah belajar dari kemalangan tersebut dan siasat mengapa ia berlaku. Sekiranya anda tahu mengapa ia berlaku, anda boleh mula membuat pembetulan untuk memastikan ia tidak berlaku lagi.

Dari situ, anda harus memberi tumpuan kepada pembetulan dan bukannya kesilapan. Jika kesilapan menguasai fikiran anda semasa anda menunggang, ia akan berterusan membuatkan anda berasa takut dan tidak selesa di atas motosikal dan akan menghilangkan keseronokan menunggang anda. Tumpukan pada langkah penyelesaian dan apabila anda dapat melakukannya dengan betul dan dapat menangani keadaan yang sama  ketika anda kemalangan dengan baik, keyakinan anda akan mula datang semula.

2. Kembali menunggang dengan seberapa segera.
Semakin cepat anda menunggang semula setelah pulih dari kemalangan adalah lebih baik. Jangan beri peluang mainan perasaan anda yang mungkin dipengaruhi faktor luaran seperti kawan kawan. Semakin cepat anda menunggang semula, semakin mudah anda dapat menangani ketakutan anda.

3. Ambil masa anda untuk kembali beraksi.
Jangan mengharapkan untuk langsung nai ke atas motosikal dan tunggang secepat sebelumnya. Luangkan masa anda dan bina kelajuan anda perlahan-lahan dan jangan merasa sedih jika anda rasa anda tidak setangkas sebelum ini. Ia nya sesuatu yang dialami secara semula jadi oleh majoriti penunggang selepas kemalangan.

Ia akan mengambil masa, tetapi anda akan dapati bahawa kelajuan anda akan meningkat dengan baik jika anda menanganinya secara sabar. Letakkan satu matlamat yang mudah dicapai dan tanganinya secara berkadar, daripada cuba mengatasi semua perkara sekaligus.

4.  Hanya sekadar tersilap
Sedari bahawa anda bukan penunggang yang tidak baik tetapi sekadar membuat kesilapan ketika kemalangan. Semua orang membuat kesilapan dalam semua bidang kehidupan dan itulah yang berlaku dalam kemalangan tersebut.

Jangan melihat kesilapan itu sebagai kecacatan peribadi, anda hanya melakukan sesuatu dengan cara yang terbukti tidak betul, jadi belajar darinya supaya anda dapat mencegahnya dari berulang. Buang semua kebimbangan kerana anda sebenarnya tidak perlu untuk memikirkannya lagi.

5. Cuba berlatih
Latihan sama ada dari kelas menunggang atau jurulatih peribadi merupakan satu cara yang baik untuk meningkatkan kembali keyakinan anda dengan menumpukan kepada aspek aspek yang mengganggu anda. Latihan benar-benar boleh menjadi salah satu perkara yang membantu anda bukan sahaja untuk mendapatkan kelajuan, tetapi juga meningkatkan tahap tunggangan yang telah anda capai sebelum ini.

Mengatasi fobia atau ketakutan setelah mengalami kemalangan jalanraya bukanlah mudah, terutamanya jika ia nya lebih daripada sekadar beberapa lebam di sana sini. Anda mungkin dapati bahawa anda telah kehilangan semangat untuk menunggang. Ia benar-benar sesuatu yang normal dan dengan mengambil langkah-langkah positif anda boleh dapat kembali keseronokkan dan keghairahan menunggang sepertimana dahulu.

Jangan berputus asa! Dengan kegigihan manusia dapat menangani masalah apa sekali pun, dan menangani ketakutan setelah kemalangan juga tidak terkecuali.



BMW S 1000 R baharu penentu aras roadster dinamik

BMW S 1000 R baharu kelak dikuasakan enjin 999cc empat silinder sebaris yang telaah terbukti dan dibina untuk memenuhi semua piawaian EU4. Kuasa 165 hp terhasil pada 11,000rpm berbanding 160hp sebelum ini. Ia nya juga 2kg lebih ringan.

Enjin ini turut dioptimumkan ruang kemasukan udara dan juga bunyi ekzosnya melalui penggunaan peredam HP titanium sebagai standard.

BMW S 1000 R kini juga menampilkan ciri penyahgetaran pada bar hendal bagi menawarkan pengendalian dan keselesaan yang lebih baik. 

BMW S 1000 R baharu ini didatangkan dalam dua warna tambahan iaitu kelabu (Catalano Grey) dan merah/hitam (Racing Red/Black Storm). Roadster dinamik itu kini hanya seberat 205kg iaitu 2kg lebih ringan berbanding model terdahulu hasil penggunaan peredam kzos titanium yang telah disebutkan di atas.

Dua mod tunggangan “Rain” dan “Road” dan ASC (Automatic Stability Control) ditawarkan sebagai ciri standard. Kuasa dan tork S 1000 R ini boleh disesuaikan dalam apa jua keadaan tunggangan. Ciri ini amat siginfikan terutama apabila menunggang di atas permukaan jalan yang berubah-ubah.


Harga atas jalan tanpa insurans, termasuk 6% GST) bagi motosikal baharu BMW Motorrad ini ialah:

            BMW S 1000 R                                  -                       RM 92,900.00