Pemandu Formula Satu British, Lewis Hamilton telah menyatakan hasratnya untuk melawat ladang Il Dottore, ladang ternama di Itali yang dimiliki pelumba lagenda Moto GP, Valentino Rossi. Juara Dunia Formula Satu tiga kali ini adalah pencinta kelajuan, tak kira samada empat atau dua roda, dan telah berkali kali menyatakan minatnya dalam MotoGP.
Lewis Hamilton pernah menyatakan dalam temu bual dengan Channel Four, "Saya sukakan motosikal, jadi saya pasti saya akan menghabiskan beberapa hari dengan Rossi di ladangnya dan menunggang di litar tanah." Hamilton turut menambah, "Saya akan cuba Menguji MotoGP. Bukannya berlumba, tetapi saya yakin boleh memberikan saingan dalam latihan ".
Rossi pula sebelum ini pernah berkata, "Lewis boleh datang bila-bila masa dia mahu. Dia pernah merancang untuk datang pada bulan Disember tahun lepas, tetapi tak jadi. Bagi dia, yang begitu pantas, pintu ladang saya sentiasa terbuka. "
John Surtees merupakan satu-satunya juara dalam kedua-dua disiplin perlumbaan dua dan empat roda, setelah memenangi tujuh Kejohanan Dunia Motosikal (tiga dalam kelas 350cc dan empat dalam kelas 500cc) dan sekali dalam F1 memandu Ferrari, selalu ada pelumba motosikal yang bersungguh-sungguh mahu mencuba nasib dengan empat roda. Lorenzo pernah memandu Mercedes W05 yang digunakan Lewis Hamilton untuk merangkul gelaran Juara Dunia dalam tahun 2017. Rossi sendiri pula pernah memandu jentera lumba Ferrari beberapa kali, dan pemandu F1 Fernando Alonso juga telah menguji jentera MotoGP Honda.
Gasket Alley dibuka khas untuk Moto Guzzi
Piaggio Asia Pacific dan Didi Resources secara rasminya telah membuka pusat Moto Guzzi 3S yang dikenali sebagai Gasket Alley, dengan pelantikan Stronghold Cycles dan Goh Brothers Motorcycles untuk mengendalikan bilik pameran dan perkhidmatan selepas jualan Moto Guzzi tersebut. Kedua dua pihak ini telah dikenal pasti mempunyai kemampuan bagi menawarkan nilai terbaik untuk menawarkan pengalaman yang unik kepada pelanggan mereka.
Pusat Moto Guzzi Gasket Alley ini merupakan fasiliti seluas 30,000 kaki persegi yang dikendalikan oleh Stronghold Cycles dan menawarkan gaya hidup seorang pemilik Guzzi di mana mereka boleh bersantai di restoran dan bar, kedai kustom dan pelbagai lagi.
Bilik pameran Moto Guzzi berkonsepkan garaj yang membolehkan pelanggan menghalusi kreativiti mereka bagi menjadikan Guzzi milik mereka menyerlah dengan citarasa istimewa dengan pelbagai aksesori dan barangan yang disediakan. Untuk pusat khidmat lepas jualan, empat ruang telah didedikasikan dengan alat khas, diagnostik berkomputer, bilik alatganti dan juruteknik terlatih Piaggio bagi mengendalikan setiap permintaan pelanggan. Ia juga akan dapat mengendalikan perkhidmatan pembaikan badan dan cat.
Bersempena dengan pembukaan ini, Didi Resources juga merayakan ulang tahun ke lima puluh tahun model pertama Guzzi dengan memperkenalkan edisi terhad Moto Guzzi V7 III Anniversario. Hanya 1,000 unit akan dibina sedunia. Generasi ketiga Moto Guzzi ini yang dikenali dan disayangi di seluruh dunia telah dirombak sepenuhnya: setiap perincian telah disempurnakan dengan baik bagi memaksimumkan kepuasan pemilik dan keselesaan menunggang, namun mengekalkan keaslian dan gaya tersendiri motosikal ikonik ini.

Labels:
gasket alley,
goh brothers,
moto guzzi,
stronghold cycles,
v7
Ducati perkenal Monster dan Multistrada baharu
NAZA Merdeka Autofair 2017 yang telah berlangsung dari 10 hingga 13 Ogos
2017 baru-baru ini menyaksikan pelancaran dua varian Ducati peringkat
kemasukan baru untuk menyertai barisan model di Malaysia.
Multistrada 950 baru dibuat untuk mereka yang mencari keselesaan dan gaya dan mahu prestasi unggul tanpa rasa takut. Bagi mereka yang ingin menunggang Ducati, Multistrada 950 menjamin keselesaan, menunggang yang menyeronokkan di semua keadaan, terutama semasa perjalanan harian. Kos operasi rendah dijamin kerana interval perkhidmatannya merupakan yang terpanjang dalam sektornya. Gaya Ducati tanpa batasan mampu diserlahkan lagi dengan aksesori tambahan. Ducati Multistrada 950 berharga di sini bermula dari RM85,900.00 termasuk GST.
Ducati Multistrada 950
Subscribe to:
Posts (Atom)