MotoGP Motegi hingga 2023

 Masa depan MotoGP™ Twin Ring Motegi kini terjamin selama lima tahun lagi, selepas kontraknya dilanjutkan dari tahun 2019 hingga 2023. Lokasi  Jepun ini yang merupakan litar tuan rumah kepada kebanyakan pengilang berprofil tinggi di grid permulaan, meraikan ulang tahun ke-20 pada tahun 2017 dan ini menjadikannya masa yang tepat untuk mengumumkan lanjutan tempah penganjuran ini.

Tahun pertama kontrak baharu pada 2019 itu juga akan menandakan ulang tahuk ke-20 sejak litar tersebut menyertai kalendar MotoGP™ pada tahun 1999, dan tempat itu telah menjadi tuan rumah beberapa perlumbaan paling penting dalam era moden termasuk kemenangan kejuaraan musim lalu oleh Marc Marquez.

Terletak di antara lokasi semula jadi indah yang luas di daerah Kanto Utara, Jepun, litar Motegi ini terdiri daripada litar bujur 1.5 batu dan litar jalan raya sejauh 2.9 batu yang dibina mengikut piawaian antarabangsa. Ia dibina oleh Honda sebagai kemudahan litar ujian mutakhir pada bulan Ogos 1997, litar jalan taya itu menjadi tuan rumah kepada MotoGP pada tahun 2000 sementara litar bujur itu direka untuk memperkenalkan budaya sukan motorsport Amerika ke negara tersebut.
Twin Ring Motegi merupakan tarikan utama para peminat motorsports sepanjang tahun kerana ia juga merupakan di mana terletaknya Honda Collection Hall, sebuah muzium koleksi motosikal, kereta dan jentera perlumbaan dari keseluruhan era. Kompleks ini juga menempatkan sekolah keselamatan dan menunggang, trek tanah, go-kart, hotel, restoran, kedai dan dewan acara dan kini menggaji kira-kira 300 kakitangan.

Jepun merupakan negara tuan rumah kepada pasukan MotoGP™ Honda, Yamaha dan Suzuki, dan ini menjadikan negara itu sebagai pengeluar motosikal terbesar di dunia. Jepun juga mempunyai warisan perlumbaan motosikal yang kaya dan Litar Twin ring Motegi telah menjadi lokasi tetap kalendar MotoGP™ sejak ia mula menjadi tuan rumah pertama pada tahun 1999.

Grand Prix Jepun pertama diadakan pada tahun 1963 di litar Suzuka, dan 40 Grand Prix telah berlangsung di Negara Matahari Terbit itu sehingga 2017.
Susumu Yamashita, Presiden Mobilityland Corp dan CEO Dorna Carmelo Ezpeleta

Jerayawara Kawasaki sampai ke selatan tanahair

 Acara jerayawara dan pameran Kawasaki yang bertemakan "Sentiasa Dekat Dengan Anda" telah diadakan pada 18hb - 19hb Ogos 2017 (Jumaat - Ahad) dari pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari tersebut di Kompleks Pusat Bandaraya Pasir Gudang, Johor Bahru. Lebih 200 hadiah menarik juga telah diberikan kepada pengunjung bertuah dalam tempoh 3 hari itu.

Pengunjung ke acara ini telah berpeluang menguji motosikal Kawasaki di sana. Ia sememangnya tujuan syarikat motosikal tersebut untuk membawakan produk mereka agar lebh hampir dengan umum bagi menyempurnakan impian mereka untuk menunggang-uji jenetera Kawasaki idaman mereka . Kawasaki akan mengadakan beberapa siri jerayawara seumpama ini di beberapa cawangan pengedaran mereka di seluruh Negara. Dapatkan maklumat lebih lanjut di Facebook Kawasaki Motors Malaysia atau laman web di www.kawasaki.com.my




















Mitchell Cheah juara MCS 2017

 Mitchell Cheah yang berusia 19 tahun terpaksa melalui beberapa detik mendebarkan setelah mengalami kebocoran tayar dalam pusingan akhir Siri Kejohanan Malaysia 2017 (MCS), sebelum berjaya tamat di tempat kedua sekali gus merangkul mahkota kategori Touring Pengeluaran di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) semalam.

"Ia sangat menakutkan tetapi, saya bernasib baik kerana mengalami kebocoran tayar di lurusan belakang di tengah tengah perlumbaan. Saya hanya mencekalkan hati saya dan memandu di lorong keluar untuk membuat hentian pit dan menukar tayar saya. Oleh itu, saya tidak kehilangan terlalu banyak masa untuk berjaya mendapatkan tempat kedua hari ini dan memenangi kejuaraan," kata beliau selepas perlumbaan tamat semalam.


"Keifli (pemenang perlumbaan hari ini) terlalu pantas hujung minggu ini. Dia layak untuk menang; Tetapi saya lebih fokus pada kedudukan keseluruhan dan tidak terlalu memikirkannya, "kata pemandu N1 Racing ketika ditemui selepas podium.

Mengumpul 12 mata, Mitchell, yang memandu solo, mengutip jumlah keseluruhan 88 mata untuk musim ini dan mengenepikan pasangan Lai Wee Sing dan Farouk Abdul Kathir dari R Engineering, yang terpaksa berpuas hati di tempat ketiga untuk perlumbaan dan kedua keseluruhan untuk musim ini.

Rakan sepasukan mereka Baron Sim dan Calvin Wong menduduki tempat ketiga keseluruhan dengan 67 mata selepas menduduki tempat keempat dalam kelas Touring Car pada hari ini.

Keifli yang berpasangan dengan Fan Pee Sau dan bermula dari petak utama mewakili pasukan Mayhem Racing, telah memenangi perlumbaan ketahanan 300km; dengan catatan masa 2 jam 28 minit 32.688 saat untuk melengkapkan 54 lap dengan Honda FD2 mereka.

Memenangi 15 mata kejuaraan hari ini, Keifli dan Pee mengumpul sejumlah 65 mata untuk tamat keseluruhan keempat dalam kelas Touring Pengeluaran.

Pasangan pemandu Australia Chris O'Shannessy untuk Tedco Racing, juara Touring Car Malaysia yang baru dinobatkan iaitu Nick Mah mengakhiri musim dengan gaya yang hebat untuk memenangi pusingan akhir dengan mudah; memenangi perlumbaan dengan jurang 1 minit 26.867 saat mengenepikan Chin Hwa Lip dan Ken Yap ke tempat kedua.

"Kereta saya begitu sempurna hari ini. Kami menghadapi masalah pada hari Jumaat dan dalam kelayakan semalam; tetapi berjaya mengatasinya. Kami juga memandu tanpa tekanan sebenar kerana kami telah memenangi gelaran keseluruhan dalam pusingan sebelum ini," kata Nick, yang mula berpasangan dengan O'Shannessy dari Pusingan 4.

Berbeza dengan empat pusingan terdahulu yang menampilkan dua perlumbaan ketahanan endurance selama satu jam, pusingan akhir merupakan perlumbaan ketahanan 300km.

Touring Production Championship

1.Keifli Othman / Pee Sau Fan (Honda FD2) 2: 28: 32.668s (54 laps)

2. Mitchell Cheah (Honda Civic) 2: 28: 40.069s

3. Lai Wee Sing / Farouk Abdul Kathir (Honda FD2) 2: 28.46.302s


Kejohanan Kereta Touring Malaysia

1.Nick Mah / Chris o'Shannessy (Suzuki Swift) 2: 29: 00.225s (50 laps)

2. Chin Hwa Lip / Ken Yap (Suzuki Swift) 2: 30: 27.092s

3. YC Foo / Admi Shahrul Ahmad Safian (Proton Satria Neo) 2: 40.806s


KEDUDUKAN KESELURUHAN AKHIR

Touring Production Championship

1.Mitchell Cheah (Honda Civic) 88 mata

2. Lai Wee Sing / Farouk Abdul Kathir (Honda FD2) 84 mata

3. Baron Sim / Calvin Wong (Honda FD2R) 69 mata

Kejohanan Kereta Touring Malaysia

1.Nick Mah / Chris o'Shannessy (Suzuki Swift) 126 poin

2. Kenny Lee / Neo Cheng Hen (Suzuki Swift) 81 mata

3. Roy Tang (Suzuki Swift) 72 mata

Teknologi tuangan logam kunci kelahiran Yamaha Motor

Yamaha YA-1
Teknologi tuangan adalah kaedah membentuk logam, bilamana bahan itu dipanaskan sehingga cair dan dituangkan ke dalam acuan, yang kemudiannya disejukkan hingga ia keras dan akhirnya dikeluarkan dari acuan dan kemudiannya disudahkan dengan bersih. Asal-usul menuang logam ini adalah sejak dari zaman purba lagi dan dikatakan telah bermula ketika peralatan yang diperbuat daripada gangsa ditemui  pertama kali berasal dari zaman Mesopotamia sekitar 4,000 sebelum masihi. Kaedah menuang logam ini kemudiannya berkembang dan akhirnya banyak digunakan dalam revolusi perindustrian pada pertengahan abad ke-18.

Pada bulan Mac 1954, Presiden Genichi Kawakami daripada Nippon Gakki Co., Ltd. (yang kini dikenali sebagai Yamaha Corporation) telah mula berminat untuk menceburkan diri dalam pengeluaran motosikal dan telah menunjukkan silinder enjin motosikal DKW Jerman kepada ketua jurutera bahagian tuangan logam syarikat itu. Kawakami bertanya sama ada mungkinkah jabatan itu menghasilkan sesuatu yang seperti selinder DKW itu. Jika tidak, beliau akan mengenepikan idea pembuatan motosikal.

Tidak lama selepas Perang Dunia II, Nippon Gakki telah memperoleh sebuah syarikat di Hamamatsu sebagai langkah ke arah permulaan semula pengeluaran piano mereka. Ia merupakan permulaan usaha tuangan logam mereka sendiri dalam pengeluaran bingkai piano. Bingkai piano mampu menahan daya tarikan sekitar 20 tan. Untuk menghasilkan bingkai yang kuat tetapi ringan, jurutera Nippon Gakki berusaha dengan tekun untuk mencipta bingkai yang bukan sahaja mempunyai ketegaran menahan daya ini tetapi juga mempunyai keanjalan untuk mengiat dan menghasilkan bunyi yang indah dan berkualiti tinggi.
Walau bagaimanapun, silinder enjin lebih kompleks bentuknya dan memerlukan darjah ketepatan tuangan logam yang tinggi. Menghasilkan sesuatu yang sama kualiti sebagai DKW bukanlah tugas yang mudah. Walau bagaimanapun, jurutera tuangan logam memutuskan untuk menyahut cabaran tersebut.
Ketika itu, bingkai piano diperbuat dengan acuan pasir biasa. Acuan model ditekan ke dalam pasir dalam dua kotak acuan, yang kemudiannya mengeras untuk membentuk acuan yang mana logam cair dituangkan.Para jurutera Nippon Gakki menggunakan kaedah ini berulang kali untuk cuba menghasilkan silinder motosikal pertama mereka tetapi mereka gagal kerana besi cair yang dilebur tidak mengisi ruang acuan sepenuhnya dengan betul. Apabila mereka akhirnya berjaya menghasilkan beberapa silinder prototaip dan mempersembahkannya untuk pemeriksaan, mereka ditertawakan kerana rupanya tak ubah seperti teko tanah liat.
Sementara itu, sesetengah pihak dalam syarikat itu telah menyarankan untuk melantik kontraktor luar bagi menghasilkan silinder motosikal mereka. Tetapi Presiden Kawakami tidak setuju dan mengarahkan pasukan tuangan logam dalaman syarikat untuk meneruskan usaha pembangunan, sambil menegaskan bahawa ia nya adalah tidak wajar untuk mendapatkan bahagian terpenting yang akan mempengaruhi prestasi motosikal dan pengeluaran mestilah dilakukan sendiri oleh syarikat mereka, tidak kira betapa sukar pun tugasnya.

Akhirnya, pada suatu hari ketika mencari untuk mendapatkan hasil acuan yang lebih cantik untuk bingkai piano yang dikeluarkan syarikat  dengan logo fork talaan tersebut (logo Yamaha kini), juruteknik Nippon Gakki tenampak satu artikel mengenai penggunaan acuan terbaharu dalam teknologi tuangan pada masa itu dalam sebuah majalah perdagangan Amerika. Mereka berjaya menduplikasikan acuan tersebut di mana resin fenolik dicampurkan dengan pasir silika halus. Acuan ini kemudiannya dibakar untuk mengeraskannya. Oleh kerana acuan ini jauh lebih kuat, logam cair mengisi kesemua rongga dengan lebih baik dan menghasilkan produk berketepatan tinggi dan sudahan permukaan yang cantik. Pasukan tuangan logam motosikal dengan cepat meminjam penggunaan peralatan di kilang piano tempatan di Osaka, dan mereka bukan sahaja telah dapat meenghasilkan silinder yang betul tetapi juga telah menyempurnakan kualitinya.

Dengan penghasilan YA-1 sebagai motosikal Yamaha pertama, Jabatan motosikal Nippon Gakki kemudiannya diasaskan sebagai Yamaha Motor, dan syarikat baharu ini mewarisi teknologi tuangan logam tersebut.