Jualan Enfield terus berkembang di pasaran domestik, mendahului 700,000 motosikal dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Aspek yang paling menarik ialah tahap kejayaan jenama itu yang berterusan di pasaran India, di mana tempoh menunggu selama tiga bulan untuk kebanyakan model Royal Enfield adalah bagai perkara biasa di seluruh India. Tahun depan syarikat itu merancang untuk menghasilkan 900,000 motosikal dalam usaha untuk memenuhi permintaan terhadap motosikal mereka.
Siapa pengeluar motosikal besar terbesar dunia?
Jualan Enfield terus berkembang di pasaran domestik, mendahului 700,000 motosikal dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Aspek yang paling menarik ialah tahap kejayaan jenama itu yang berterusan di pasaran India, di mana tempoh menunggu selama tiga bulan untuk kebanyakan model Royal Enfield adalah bagai perkara biasa di seluruh India. Tahun depan syarikat itu merancang untuk menghasilkan 900,000 motosikal dalam usaha untuk memenuhi permintaan terhadap motosikal mereka.
Komuter gaya superbike
Sayang sekali kehadiran motosikal bersesaran rendah Suzuki mungkin kian pupus di negara ini. Lihat saja Suzuki GSX250R: berenjin kembar selari namun kelihatan seperti motosikal lumba, walaupun tunggangan dan kegunaannya lebih seperti komuter.
GSX-250R merupakan permulaan penampilan semula motosikal berkapasiti kecil Suzuki, dan ia kelihatan direka sangat menarik untuk para pelumba pemula. Di bawah liveri perlumbaan itu, walaupun hanya lojikuasa komuter, dan menurut ujian para penguji di luar negara, ia memberikan tunggangan yang santai, mudah dan menyenangkan.
Lampu depan dan fairing depan kelihatan hebat, dengan tayar jalanan IRC dan brek depan cakera tunggal. Paparan meter adalah dari jenis digital berlatar cahaya biru, lengkap dengan jam, tolok bahan api dan penunjuk kedudukan gear. Hiasan grafik dan kerja cat membawa inspirasi Suzuki MotoGP semasa.
Suzuki sudah sekian lama tidak mengeluarkan motosikal sports kelas kemasukan sejak GSX250F dahulu yang berenjinkan 4 silinder yang hebat dengan ruang simpanan helmet di tempat tangki bahan api palsu. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, model kemasukan Suzuki merupakan SV650. GSX-250R ini tampak seperti sebuah motosikal yang cantik dilihat.
Suzuki mempunyai sejarah pengeluaran motosikal sports yang hebat. Rangkaian model GSX-R terkenal dengan reputasi prestasi mengancam dan berfokus ke litar.
Namun motosikal ini bukan sebuah Gixxer, dan sebab itulah ia tudak dinamakan GSX-R250. Sebagai ganti sebuah enjin 4 silinder yang mungkin anda mimpikan dan inginkan, ia mendapat sebuah enjin kembar selari 248 cc yang ringan, dengan pemasaan injap aci sesondol tunggal SOHC yang dibangunkan daripada model Inazuma GW250 yang lebih ringan. Enjin ini berbekalkan 24.7 kuasa kuda dan tork 17.3 kilogram, tidak banyak, namun mungkin cukup untuk menjadikan 250R sangat mesra alam sebagai sebuah motosikal pemula.
Harapnya ada yang berminat membawanya masuk ke Malaysia, dengan harga mampu miliklah, kan......

Yamaha V-IXION R Sports Naked masuki pasaran Indonesia
Ia nya hadir sebagai model edisi maju "Advanced Edition" dalam siri V-IXION semasa, lantas mengembangkan platform V-IXION R untuk memasuki kategori motosikal "naked" dengan menggunakan enjin dan bingkai model sports YZF-R15 yang dilancarkan terdahulu pada April tahun ini.
Ciri-ciri utama motosikal adalah:
1) enjin 155cm3 yang sama dengan YZF-R15, bagi menyampaikan kuasa dan tork yang sangat baik,
2) klac bantuan dan gelincir A & S (Assist & Slipper) yang meringankan beban operasi tuil
3) rasa premium sports termasuk warna baharu dan bentuk fairing yang diubahsuai
Sejak dilancarkan pada tahun 2007, siri V-IXION telah menjadi popular kerana kombinasi gaya sports dan prestasi menunggangnya, dan telah memimpin pasaran bersama-sama dengan Yamaha R-Series (seperti YZF-R15), yang sinonim dengan model sports. Pasaran motosikal Indonesia kini meencecah jumlah 5.6 juta unit, di mana kira-kira 10% darinya adalah model sports. Melalui peningkatan prestasi dan rasa premium ini, V-IXION R baru memenuhi keinginan lelaki dalam usia 20-an mereka, yang mencari model sports yang menyampaikan prestasi menarik dan juga mampu menjadipengangkutan harian yang praktikal.
V-IXION R dihasilkan dan dipasarkan oleh syarikat kumpulan PT Yamaha Indonesia Motor Manfacturing(YIMM).
Gambar perbandingan yang dipaparkan indomoto.com
ContiRoadAttack 3 baharu juara ujian perbandingan sekali lagi
Tayar motosikal ContiRoadAttack 3 baharu telah mencatat kemenangan ujian buat kali kedua dalam masa tiga bulan sahaja. Penguji dari majalah motosikal PS telah membandingkan enam pasang tayar tayar sports berlainan jenama bersaiz 120/70 ZR17 dan 180/55 ZR17 di sekitar trek ujian menggunakan motosikal Suzuki GSX-S 750.
ContiRoadAttack 3 dari Continental telah merangkul markah paling banyak iaitu 277 markah dari jumlah 300 keseluruhan. Ujian ini merangkumi jalan berturap kering dan juga basah, dengan perhatian khusus kepada pretasi tayar ketika masih sejuk, pengendalian, ketepatan, kestabilan, cengkaman, julat kebolehgunaan, kecepatan pembetulan dan juga maklum balas tayar. Penurunan kelajuan dalam keadaan basah juga didokumentasikan secara terperinci dan dinilai.
Hasil perbandingan di antara kesemua tayar yang diuji adalah begitu hampir, tetapi dalam beberapa ujian, ContiRoadAttack 3 telah mencatat keputusan yang baik dan ini membolehkannya meraih kemenangan keseluruhan. Seperti yang dijangkakan, penghakiman akhir dari penulis ujian adalah positif: "Sebuah tayar serba guna yang memenuhi gaya menunggang sporty. Tayar pesaing lain tidak mampu menandinginya dari segi ketepatan, kestabilan, cengkaman mahupun maklum balas."
Kejayaan mengungguli ujian kedua sejak pengenalannya pada Mac tahun ini bermakna bahawa tayar ini sekali lagi membuktikan kualiti hebatnya sebagai tayar sports yang sangat baik. Tidak lama selepas pelancarannya dahulu, tayar motosikal baharu Continental ContiRoadAttack 3 ini telah mencatatkan kemenangan ujian pertama dalam ujian majalah motosikal Jerman, MOTORRAD menguji enam tayar tayar sports dalam saiz 120/70 ZR 17 (depan) dan 180/55 ZR 17 (belakang) dalam isu 12/2017. Hasil ujian ini meletakkan tayar baharu dari Korbach itu di tempat pertama.
Kriteria penilaian utama termasuk pengendalian, tingkah laku pada tahap tinggi dan dalam keadaan basah, cengkaman semasa pecutan dan pada kedudukan sudut sendeng, ketepatan pengemudian, pembelokan dan kestabilan garis lurus. Continental telah dapat meningkatkan ciri-ciri positif siri tayar sekali lagi, terutamanya dalam keadaan basah. Oleh itu, tayar baharu dapat meneruskan kisah kejayaan pemenang ujian Continental sebelum ini. Para penguji telah teruja dengan teknologi canggih tayar baharu in yang menggabungkan teknologi eksklusif Continental seperti MultiGrip, TractionSkin, ZeroDegree, RainGrip dan EasyHandling.
Kualiti ContiRoadAttack 3 amat mengagumkan para penguji: "Conti seringkali menghasilkan tayar tayar yang sangat sporty untuk jalan raya negara dan kami telah sentiasa mengeyorkan pembelian tayar ini untuk kegunaan penunggang motosikal. ContiRoadAttack 3 ini juga tidak terkecuali. Pada masa yang sama mereka telah mengolah semula prestasi basah tayar baharu yang bukan sahaja menobatkannya sebagai raja jalan negara yang disahkan oleh ujian tahun 2017."
Maklumat lanjut dan siz tayar boleh didapati di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)