Yamaha Xmax 300 diperkenal ke Amerika Syarikat

 Mungkinkah  skuter XMax versi 292cc akan tiba di sini? Model tersebut kini akan ke Amerika Syarikat, sebagai sebahagian dari barisan skuter 2018 mereka di sana yang terdiri dari SMax 155, Zuma 125 dan 49cc Zuma 50F, Zuma 50FX dan juga Vino Classic. Yamaha XMax akan tiba di sana pada Oktober ini dan dijual di sana pada harga USD$5,599.
Yamaha XMax telah ditawarkan di Eropah selama beberapa tahun dalam versi 125, 250, 300 dan 400. Versi 300 adalah saiz enjin terbaharu, yang diperkenalkan di sana pada tahun lepas dan akhirnya akan dipasarkan di A.S. untuk 2018.

XMax dikuasakan oleh enjin satu silinder 292cc SOHC sejukan  cecair dengan suntikan bahan api. Yamaha tidak mendedahkan angka prestasi untuk model ini tetapi model Eropah didakwa mampu menjana 27.6 hp pada 7250 rpm dan 21.4 lb-ft. pada 5750 rpm. Yamaha menyatakan XMax dengan tangki 12.8 liter penuh mampu mencapai sejauh 410 km bagi tiap tangki penuh.
Enjinnya menggunakan pengimbang balas untuk mengurangkan getaran sementara silinder 'offset' dan sistem pelincir separa kering membantu mengurangkan geseran dalaman. Kuasa dipindahkan ke roda belakang melalui CVT dan talisawat pemacu. XMax juga dilengkapi dengan sistem kawalan daya cengkaman (traction control) yang memotong kuasa apabila mengesan roda belakang tergelincir.

Di depan, XMax menggunakan garpu teleskopik 33mm yang boleh dikira agak besar untuk skuter dengan jarak gerakan roda sebanyak 4.3 inci. Roda belakang diapung oleh penyerap kejutan berkembar yang menawarkan gerakan roda sebanyak 3.1 inci. Roda depan 15 inci dan roda belakang 14-inci disesuaikan dengan tayar Dunlop Scoot Smart. Cakera 267mm dipasang ke roda depan manakala brek belakang menggunakan cakera 245mm, dengan sistem brek anti kunci ABS sebagai peralatan standard.
Kawasan simpanan barangan bawah pelana dilengkapi dengan pencahayaan LED dan boleh menyimpan dua topi keledar penuh muka. Penghadang depan juga mempunyai dua ruang simpanan yang lebih kecil, dan dilengkapi sebuah outlet 12V.

Ciri lain termasuk sistem kunci pintar, pencahayaan lampu LED, hendal boleh laras dan cermin, dan berat badan sebanyak 180 kg. Agak berat juga ya.....

Saksikan video di bawah untuk liputan Yamaha XMax 300 dari AIMExpo.


2018 Spesifikasi Yamaha XMax
Jenis enjin 4-lejang sejukan cecair, silinder tunggal SOHC; 4 injap
Sesaran 292 cc
Gerek & Lejang 70.2 x 75.9 mm
Nisbah Mampatan 10.9: 1
Suntikan bahan api
Pencucuhan TCI
Penghantaran CVT
Hantaran akhir Talisawat V-Belt
Suspensi depan Tupang/fork teleskopik 33mm
Suspensi Belakang Dwi penyerap kejutan
Gerakan roda depan naik turun 4.3 in.
Gerakan roda belakang naik-turun 3.1 in.
Tayar Depan 120 / 70-15 Dunlop Scoot Smart
Tayar Belakang 140 / 70-14 Dunlop Scoot Smart
Tapak roda 56.3 in.
Brek depan Hidraulik cakera, 267mm; ABS
Brek belakang Hidraulik cakera, 245mm; ABS
Kapasiti Bahan Api 13 liter.
Panjang 86.0 in.
Lebar 30.5 in.
Ketinggian 55.7 in.
Sudut capai (rake)/Jejak (Trail) 26.5°/3.7in.
Kelegaan bumi 5.3 in.
Ketinggian pelana 31.3 in.
Berat basah 180 kg
Warna Putih terang

Distinguished Gentleman's Ride 2017 meriah di JB dan P.Pinang

Rakyat Malaysia sekali lagi mengambil bahagian untuk memeriahkan acara global Distinguished Gentleman’s Ride (DGR) di Johor Bahru dan Pulau Pinang tahun ini.

Edisi Pulau Pinang telah menyasikan Riders Garage dan Rotten Motocycles bekerjasama menganjurkan DGR Pulau Pinang 2017, dengan kerjasama penuh dari Art of Speed Malaysia. Para peserta konvoi motosikal di sana telah berhimpun di Bandar Warisan UNESCO Georgetown dari pagi hingga tengah hari. Perjalanan konvoi dimulakan dari cawangan kedai motosikal Triumph Motorcycles Penang dan membuat beberapa hentian di tapak-tapak bersejarah untuk sesi fotografi dan juga meningkatkan kesedaran awam mengenai penyakit kanser prostat. Antara tapak-tapak perhentian bersejarah tahun ini adalah Padang Kota Lama, Tanjung Tokong dan perhentian terakhir nerupakan Hard Rock Café Penang dimana semua penunggang-penunggang segak bergaya dijamu dengan hidangan makanan tengah hari.

pengasas Rotten Motocycles, Wan Zamani Ahmad, 37,  yang berasal dari Pulau Pinang yang juga merupakan pemilik bengkel restorasi dan binaan khas motosikal telah berusaha menghimpunkan semua komuniti motosikal yang berasal dari Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang untuk menyertai konvoi berpakaian kemas tahun ini bagi menyebarkan kesedaran mengenai kanser prostat dan kesihatan mental lelaki. Rotten Motocycles yang ditubuhkan sejak 2012 senantiasa meningkatkan kesedaran awam melalui acara masyarakat untuk memenuhi permintaan peminat kenderaan dua roda terutamanya di kawasan utara di Malaysia ini.

Zamani ataupun lebih dikenali sebagai Zam Rotten, apabla ditanya mengenai perancangan beliau selepas kejayaan DGR Penang berkata “Saya berasa bangga menjadi sebahagian daripada acara global ini dapat menyebarkan kesedaran awam mengenai gaya hidup sihat dan keselamatan jalan raya. Kami selalu menyokong usaha acara-acara masyarakat, dan edisi kedua Tryharder akan diadakan di Tanjung Bungah Pulau Pinang pada 23 & 24 Disember pada tahun ini. Tema tahun ini adalah “Tryharder Aloha Ride” dan semua hasil derma daripada acara ini akan disalurkan kepada badan-badan NGO tempatan di Pulau Pinang”.

Sementara itu, Jeremy Leong, berusia 29 tahun daripada Riders Garage akan membantu untuk menyokong penuh dengan kepakaran pentadbiran untuk memastikan acara ini berlangsung secara lancar dan bebas dari unsur-unsur mengaut keuntungan. Kedua-dua belah pihak  bekerjasama secara sukarela sebagai cara untuk memberi semula kepada komuniti.

Daniel Hiew daripada cawangan Triumph Motorcycle Penang telah membantu secretariat pengelola acara: Jeremy dan Wan Zamani untuk memastikan konvoi motorsikal berjalan lancar denan bantuan Keith Scully yang menjadi ketua marshall pada hari konvoi tersebut.

Ringkasan DGR Penang kali kedua:
Jumlah pendaftaran penunggang : 255 penunggang
Jumlah kutipan dana : USD1500.00 (anggaran RM6000.00)
Anugerah:
1.    Penderma Tertinggi : Stu Balfour
2.    Pakaian Terbaik Lelaki : Mubin Ooi
3.    Pakaian Terbaik Perempuan : Elayna Scully
4.    Motorsikal Terbaik : Saiful – Honda Chaly
5.    Dandanan Janggut Terbaik : Mohd Rozaifri b Mohd Radzi
6.    Pakaian Terbaik Ratpack : Raymond Chin
7.    Tryharder Award : Haji Selamat b Md Aris

Acara kebajikan Distinguished Gentleman’s Ride ini turut juga menambah satu lagi lokasi terkenal di Malaysia iaitu Johor Bahru. Acara konvoi di JB diketuai oleh Muhammed Khairul Neezal Razali, berusia 34 tahun dari Leftee Works, seorang tukang besi tembaga. Neezal juga menyatukan semua penunggang dari Johor dan termasuk warga Singapura untuk menyertai konvoi di negeri paling selatan di Malaysia ini. Art Of Speed mengambil bahagian dalam acara ini di Johor Bahru.

DGR JB bermula dari Triumph Motorcycles cawangan Johor Bahru disertai sarapan pagi untuk semua penunggang berdaftar. Perhentian seterusnya adalah Puteri Harbour, Kronoz Denim Johor Bahru untuk sesibergambar dan akhirnya ke Onn Kitchen untuk makan tengah hari.

Ringkasan DGR Johor kali pertama:
Jumlah pendaftaran penunggang : 138 penunggang
Jumlah kutipan dana : USD288.00 (anggaran RM1207.00)

Anugerah:
1.    Penderma Tertinggi : Laile Suhaimi
2.    Pakaian Terbaik Lelaki : Azraie A Shukor
3.    Pakaian Terbaik Perempuan : Hazlina Bokhari
4.    Motorsikal Terbaik : Sukri Mahat - Lambretta
5.    Cabutan Bertuah : Mohd Syawal Ezam, Khalid Yunos Khan, Keris Paduka

Di Pulau Pinang dan juga di Johor Bahru, Art of Speed Malaysia telah membantu dari segi strategi pemasaran dan kepakaran mereka dalam mengelolakan acara untuk memaksimumkan kesedaran tentang DGR, kanser prostat dan kesihatan mental lelaki.

Acara Distinguished Gentleman’s Ride telah disertai 70,000 penunggang motosikal lelaki dan wanita sedunia yang berpakaian kemas dan vintaj dengan motosikal retro dan lama untuk acara kebajikan pada hari Ahad 24 September 2017.

Jalan-jalan di sekuruh dunia bersenandung dengan deruman motosikal klasik dan vintaj yang melalui lebih 600 kota di dalam perarakan yang luar biasa untuk mengumpulkan dana dan kesedaran kanser prostat dan program kesihatan mental bagi pihak rakan kongsi amal rasmi iaitu Yayasan Movember.

Latarbelakang acara:
•    Ditubuhkan pada tahun 2012 oleh Mark Hawwa, Sydney Australia
•    Telah mengumpul lebih $8M USD untuk kebajikan sejak 2013
•    Sasaran 2017 adalah $5M USD untuk kanser prostat dan kesihatan mental bagi pihak Yayasan Movember
•    70,000 penungang berdaftar untuk mengambil bahagian dari 600 bandar di 95 negara pada 2017
•    Duta selebriti global
•    Ganjaran utama untuk penajaan dan penderma termasuk Triumph Motorcycles and Zenith Watches

Gambar gambar di Pulau Pinang
Add caption
















Gambar gambar di JB


















Marquez tawan GP Aragon

Marc Marquez (Repsol Honda Team) telah meraih kemenangan kelimanya musim ini di gelanggang sendiri di MotorLand. Dani Pedrosa (Tim Repsol Honda) mengetuk ke tahap kedua, dan Jorge Lorenzo (Pasukan Ducati) melengkapkan trio pelumba Sepanyol di podium tuan rumah ketika ia memimpin dari depan sebelum akhirnya menyeberangi garisan di tempat ketiga yang merupakan podium keduanya dengan pasukan berwarna merah itu.
MotoGP Race Results
1 - Marc Marquez (SPA - Honda) 42'06.816
2 - Dani Pedrosa (SPA - Honda) +0.879
3 - Jorge Lorenzo (SPA - Ducati) +2.028