Tawaran Volkswagen sedan bermula sempena hujung tahun

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengajak anda menyambut perayaan akhir tahun dengan kempen "Volkswagen Sedanza". Kempen ini menawarkan tawaran hebat kepada barisan kenderaan sedan Volkswagen, akan berlangsung dari sekarang hingga 31 Disember 2017.
Pelanggan yang telah mengintai sedan Volkswagen tentunya akan tersenyum dengan tawaran hebat seperti yang disenaraikan ini:


Model
Kadar Faedah
Penyenggaraan
Rebat
Vento 1.2
-
percuma 5 tahun
RM 10,000
Vento 1.6
dari 0.28%
percuma 5 tahun
RM 10,000
Jetta Highline
-
-
RM 8,000
Jetta Comfortline
dari 0.88%
percuma 5 tahun
RM 10,000
Passat 2.0
dari 0.88%
percuma 5 tahun
-
Passat 1.8
dari 0.88%
percuma 5 tahun
RM 15,000


Terdapat sebuah sedan VW untuk semua peringkat umur, dengan penawaran Vento, Jetta dan Passat. Pelbagai enjin dan prestasi serta ciri-cirinya memenuhi keperluan yang berbeza bagi kumpulan umur dan tahap kehidupan rakyat Malaysia yang bercita-cita menjadi pemilik Volkswagen.
Untuk mengetahui lebih lanjut atau menguji memandu kereta ini, pergi ke pengedar Volkswagen terdekat yang terdekat atau lawati www.volkswagen.com.my

Honda Sport Hybrid I-DCD terima lebih 1,200 tempahan


 Honda Malaysia telah menerima lebih 1,200 tempahan bagi model Honda Jazz Sport Hybrid  I-DCD baharu dan juga City Sport Hybrid i-DCD setakat 30 September 2017.

Sokongan kuat pelanggan bagi kenderaan 'Teknologi Esok, Realiti Hari Ini' untuk kedua-dua model ini telah membolehkan sasaran jualan gabungan 3 bulan dicapai dalam masa 2 bulan sahaja. Tempahan untuk Jazz Hybrid Sport I-DCD  dan City Sport Hybrid I-DCD telah dibuka kira-kira dua bulan lalu pada akhir Julai 2017, dengan sasaran jualan bulanan sebanyak 150 unit dan 250 unit masing-masing.

Penerimaan pasaran yang baik ini dikongsi antara kedua-dua model, dengan City Sport Hybrid i-DCD mendapat permintaan yang lebih tinggi iaitu sebanyak 61% dari jumlah tempahan yang diterima. Kenderaan berteknologi Sport Hybrid i-DCD ini lebih popular dengan pelanggan di wilayah Tengah dengan jumlah tempahan sebanyak 53%. Sehingga kini, Honda Malaysia telah menjual lebih daripada 500 unit City Sport Hybrid i-DCD dan 330 unit Jazz Sport Hybrid i-DCD. Jumlah ini telah membolehkan Honda Malaysia menawan kembali kedudukan utama dalam segmen pasaran Hybrid bagi kenderaan Hybrid di bawah RM200,000.
 Dikatakan bahawa permintaan yang tinggi untuk Jazz Sport Hybrid i-DCD dan City Sport Hybrid i-DCD  adalah kerana ciri pemanduan yang sporty yang memberikan pemanduan yang menyeronokkan tanpa menjejaskan kecekapan bahan api atau keluasan dalaman. Walaupun jumlah tempahan yang tinggi, Honda Malaysia memberi jaminan bahawa tempoh menunggu masih  standard, iaitu dalam 1 hingga 2 bulan.

Honda Malaysia merupakan perintis dalam memperkenalkan rakyat Malaysia kepada teknologi hibrid pada tahun 2004, setelah secara rasmi membawa model Hybrid pertama negara - Civic Hybrid, dan melancarkan generasi kedua Civic Hybrid pada tahun 2007. Honda Malaysia terus menerajui pengenalan Hibrid di Malaysia apabila ia menjadi pengeluar pertama untuk memasang Jazz Hybrid dalam negara pada tahun 2012. Langkah ini juga menyaksikan Malaysia menjadi negara ketiga selepas Jepun dan Amerika Syarikat untuk menghasilkan kenderaan Hybrid secara tempatan.

Kedua-dua model hibrid baharu ini melakar sejarah semasa pengenalannya kerana menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya negara yang memperkenalkan model Sport Hybrid i-DCD di luar Jepun. Untuk rekod, hampir 865,000 kenderaan yang dilengkapi sistem ini telah dijual di Jepun setakat Jun 2017. Pengenalan ini adalah sejajar dengan strategi Honda Malaysia untuk menawarkan lebih banyak Teknologi Lanjutan kepada para pelanggan.
Jazz Hybrid Sport i-DCD dan City Sport Hybrid i-DCD dikuasakan oleh enjin 1.5L DOHC i-VTEC baharu yang menggabungkan hantaran dwi-klac 7-kelajuan dengan Motor Kuasa Bersepadu untuk membantu pecutan. Gabungan Enjin dan Motor Kuasa Bersepadu membolehkan penyampaian kuasa sebanyak 137PS dan tork 170Nm yang bersamaan dengan kuasa enjin 1.8L untuk memberikan prestasi memandu yang mengujakan pemandu yang suka memandu secara sporty.

Ia juga menawarkan pemanduan dalam mod EV sepenuhnya untuk membantu meningkatkan kecekapan bahan api dengan mengekalkan tenaga regeneratif dan prestasi penggunaan bahan api yang baik namun masih memberikan perjalanan sporty. Unit Kuasa Pintar i-DCD Sport Hibrid dilengkapi dengan bateri Lithium-Ion baru yang lebih ringan sementara mempunyai kapasiti yang lebih tinggi untuk menyampaikan dua kali output berbanding bateri Nikel sebelumnya.

Kedua dua model ini dilengkapi empat beg udara, Bantuan Kestabilan Kenderaan (VSA), Bantuan Brek (BA), Bantuan Bermula Bukit (HSA), Isyarat Berhenti Darurat (ESS), Kamera undur pelbagai sudut dan tampatan ISOfix. Untuk maklumat lanjut mengenai Honda Jazz Sport Hybrid  I-DCD dan City Sport Hybrid i-DCD,, lawati mana-mana 90 pengedar sah Honda di seluruh negara atau hubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-2020, atau log masuk ke www.honda.com.my.

Beli produk Shell di Lazada dan berpeluang temui Lorenzo JL99

 Mulai hari ini 3 Oktober sehingga 20 Oktober kelak, beli satu pek Shell Advance dan dua tin Minuman Tenaga Monster melalui Lazada Malaysia dan anda mungkin menjadi antara 100 pemenang bertuah yang akan berpeluang untuk mendapatkan Hadiah Utama iaitu jemputan khas ke sesi santai bersama penunggang Ducati Jorge Lorenzo JL99 pada 25 Oktober 2017 kelak. 

Hadiah Pertama pula merupakan satu tiket Hillstand dan kit aluan ke Litar Antarabangsa Sepang (SIC) untuk 150 pemenang bertuah, manakala 20 pemenang seterusnya akan membawa pulang Hadiah Kedua iaitu sebuah beg galas edisi khas Monster Recon setiap seorang.

Pembelian mana-mana pek Shell Advance Ultra atau Ultra Scooter dari 3-20 Oktober juga mungkin membolehkan anda mendapat satu tiket Hillstand dan kit aluan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) atas dasar siapa cepat dia dapat!

Manakala dari 25-29 Oktober pula, pembelian satu karton Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus atau Shell Advance AX7 akan memberi anda peluang untuk memenangi sepasang cermin mata Oakley yang ditandatangani oleh Jorge Lorenzo.

Pengurus Besar Shell Lubricants bagi Malaysia dan Singapura, Baljit Singh, menyatakan bahawa kerjasama yang berterusan antara syarikat tersebut dan Lazada Malaysia ekoran kejayaan pelancaran minyak motor untuk kereta penumpang Shell Helix pada Ogos lalu membuktikan bahawa mereka gigih berusaha untuk memenuhi keperluan pelanggan.

“Kini kami menyediakan kemudahan untuk penunggang di seluruh negara yang menginginkan perlindungan yang lengkap bagi enjin motosikal mereka yang hanya boleh didapati daripada Shell Advance. Dengan membuat pembelian di Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia, anda boleh ‘redah’ apa juga perkara yang tidak diduga dan ketidakpastian mengenai kualiti atau ketulenan produk tersebut. Lebih hebat lagi, anda mungkin mendapat ganjaran, sama ada pertemuan yang tidak dapat dilupakan dengan Jorge Lorenzo dari Ducati atau tiket Hillstand di SIC yang telah dikhaskan untuk Shell bagi tahun ini,” katanya.

Baljit juga melahirkan rasa gembiranya kerana produk-produk Shell Advance dan Shell Helix, menerusi Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia, akan menjadi sebahagian daripada ekstravaganza beli-belah iaitu Revolusi Dalam Talian Lazada Malaysia pada 11 November 2017 ini.

Acara tahunan ini adalah pesta beli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara. Bertemakan ‘Shop the Universe’, para pembeli di enam buah negara akan dapat membeli jutaan produk dari seluruh dunia pada harga yang luar biasa. Tahun ini, buat pertama kalinya, penawaran tersebut akan turut merangkumi minyak enjin motosikal Shell Advance serta minyak motor untuk kereta penumpang Shell Helix yang tulen dan diperolehi dari sumber rasmi.

“Kami begitu teruja untuk memperluaskan lagi kerjasama kami dengan Shell Malaysia dengan pengenalan rangkaian minyak motosikal Shell Advance di platform kami. Para penunggang di seluruh Malaysia kini dapat menikmati akses dalam talian yang tiada bandingannya kepada produk yang tulen dengan hanya beberapa klik sahaja. Kami mengharapkan lebih banyak lagi produk dan perkhidmatan akan diperkenalkan di Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia dalam kami mempersiapkan diri untuk kempen terbesar kami pada November ini, iaitu Revolusi Dalam Talian,” kata Hans-Peter Ressel, Ketua Pegawai Eksekutif Lazada Malaysia.

Untuk melawat Gedung Rasmi Dalam Talian Shell Malaysia, sila layari https://goo.gl/6X6o5b

Setiap pembelian minyak motosikal Shell Advance dari sumber rasmi akan dihantar terus ke pintu rumah pelanggan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.