Continental telah melancarkan generasi tayar mereka seterusnya iaitu MaxContact™ MC6, satu lagi produk Generasi6nya. Hasil teknologi Jerman dan kepakaran automotif Continental, MaxContact™ MC6 baharu ini direka di Malaysia, oleh jurutera malaysia dan dikeluarkan di Malaysia (kecuali beberapa saiz unik seperti saiz 20") oleh pengeluar tayar terkemuka Jerman itu.
- MC6 menyediakan kestabilan kukuh, keselamatan maksimum dan cengkaman muktamad dengan maklum balas yang luar biasa dan pengendalian yang lebih baik untuk pemanduan mencabar
- menyepadukan teknologi Jerman paling maju yang sinonim dengan prestasi tinggi dan kualiti premium
- Pelancaran MaxContact ™ MC6 adalah langkah penting ke arah "Wawasan
2025", strategi pertumbuhan jangka panjang untuk Tayar Continental
dengan tumpuan yang kuat ke rantau Asia Pasifik (APAC)
MaxContact™ MC6 menyediakan kestabilan kukuh, keselamatan maksimum dan cengkaman muktamad dengan maklum balas yang luar biasa dan pengendalian yang unggul untuk pemanduan mencabar. MaxContact™ MC6 bukan sekadar produk pengganti siri MaxContact™ MC5 yang terdahulu, tetapi didatangkan dengan ciri-ciri yang telah diubahsuaikan semula bagi menjadikanya tayar yang lebih sporty.
Berbanding dengan pendahulunya, MaxContact™ MC6 baharu memiliki peningkatan yang ketara dalam pengendalian basah dan kering, membrek dalam keadaan basah, dan prestasi perbatuan yang lebih panjang. Dengan inspirasi "Apabila Prestasi MAX diambilkira", ia direka untuk merealisasikan imaginasi pemandu yang mencari pemanduan mengujakan dalam perjalanan mereka setiap hari dan penuh semangat prestasi.
"Turutan kejayaan pelancaran UC6 & CC6 tahun lepas, kami sangat gembira untukmemperkenalkan satu lagi produk Generasi 6. MaxContact™ MC6 akan mentakrifkan semula pengalaman memandu pengguna Asia Pasifik atau APAC kami. Ini merupakan contoh kepakaran automotif komprehensif Continental dan keupayaan kami untuk membuka jalan bagi "Vision Zero" dengan menyediakan teknologi untuk pemanduan yang lebih selamat, "kata Naib Presiden Eksekutif Tayar Penumpang dan Lori APAC, Philipp von Hirschheydt.
"Kami ingin menembusi dan memenuhi permintaan yang semakin meningkat di pasaran Malaysia. Dengan pelancaran MaxContact™ MC6, kami melihat untuk menghasilkan barisan produk yang menjadi lambang Teknologi Jerman yang direka untuk jalan-jalan tempatan. Dengan teknologi canggih, kami berusaha untuk mewujudkan kehadiran kompetitif dalam industri tayar untuk pemandu sporti," kata Pengarah Urusan Continental Tire Malaysia, Cameron Wilson. "Kami juga berbangga untuk mengumumkan bahawa MaxContact ™ MC6 akan dihasilkan di negara kita di kilang Alor Setar."
Ciri ciri Produk MAXContact ™ MC6:
Reka Bentuk Pelbagai fungsi yang meningkatkan cengkaman dan pengendalian sambil mengurangkan jarak membrek dalam keadaan basah dan kering: Reka bentuk coraknya membolehkan cengkaman maksimum di mana keselamatan dan kelajuan membelok amat diambil kira. Bunga tayar pelbagai fungsi memberikan kestabilan maksimum cengkaman dan jarak membrek yang lebih pendek.
Komponen aaptif cengkaman Grip Adaptive yang membolehkan tahap cengkaman yang lebih baik dengan permukaan jalan: Komponen MaxContact™ MC6 membolehkan cengkaman dan keselamatan yang maksimum disebabkan oleh penyesuaian yang sempurna untuk pelbagai permukaan jalan ke tahap nanometer.
Binaan Xtreme Force yang menyampaikan prestasi membelok yang luar biasa: sewaktu membelok keras dan pada kelajuan tinggi, kekukuhan bahan lapik/ply Force Xtreme mengurangkan kiat tayar bagi memberikankan kawalan maksimum dan pengendalian yang lebih baik. Pada kelajuan yang lebih rendah, bahan ply adaptif ini mengekalkan kelenturannya untuk memastikan perjalanan yang selesa.
Selain ciri dinamiknya, MaxContact™ MC6 ini memberikan prestasi perbatuan yang baik dan tahap bunyi yang rendah untuk pemanduan harian. Rangkaian produk ini boleh didapati untuk rim dengan diameter 16 hingga 20 inci dengan tayar 20 inci diimport dari Eropah, yang meliputi pelbagai model kenderaan penumpang.
Komitmen Continental Tires untuk inovasi dan kecemerlangan dalam pembangunan produknya adalah teras momentum pertumbuhannya di rantau Asia Pasifik. Teknologi canggihnya, yang diuji secara mendalam bagi memberikan nilai maksimum bagi pengguna dan rakan kongsi perniagaan, dan menegaskan lagi usaha pengembangan syarikat pengeluar tayar Jerman terkemuka itu di pasaran automotif yang paling dinamik di dunia.