Honda Riding Assist-e merupakan motosikal eksperimen yang mempamerkan teknologi kawalan imbangan unik Honda. Ia dibangunkan melalui penyelidikan robot humanoidnya. Motosikal ini secara automatik mengimbang sendiri menggunakan mekanisme bantuan yang diperoleh daripada teknologi robotik, untuk situasi tunggangan perlahan yang memerlukan perhatian penunggang untuk mengimbanginya, seperti dalam kesesakan lalu lintas atau memulakan dan menghentikan tunggangan.
Dengan mengimbangi motosikal itu sendiri, perjalanan dan kehidupan bermotosikal mampu dilaksanakan dengan lebih mudah dan lebih seronok, tanpa mengorbankan keterujaan menunggang. Riding Assist-e dikuasakan oleh e-Drive yang merupakan unit kuasa mesra alam. Model ini menandakan satu langkah lagi ke arah merealisasikan wawasan Honda 2030 untuk "menikmati kebebasan bergerak" dan "masyarakat bebas karbon."
Perodua terpakai dijamin P2
Nak beli Perodua terpakai yang dijamin Perodua sendiri? Nah, Perodua KL kini beroperasi dengan bilik pameran dan jualan Perodua pra-milik di Kuala Lumpur.
Yang pertama seumpamanya, bilik pameran Perodua KL ini kini beroperasi untuk memenuhi kehendak mereka yang mencari nilai dan tawaran terbaik sama ada untuk kenderaan Perodua yang baharu mahupun yang terpakai.
Bilik pameran yang terletak di Lot 18, Seksyen 86, Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur ini merupakan ruang pameran jualan Perodua milik mereka sendiri yang terbesar di Kuala Lumpur dengan kos binaannya mencecah RM1.7 juta.
"Bilik pameran baharu ini merupakan satu lagi inisiatif oleh Perodua untuk memberikan ketenangan fikiran dan pengalaman memiliki kenderaan Perodua yang memberikan keselesaan kepada pelanggan kami," kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato 'Dr. Zahari Husin.
"Pelanggan akan mempunyai pilihan kenderaan baharu atau kenderaan Perodua terpakai yang diperakui telah diperiksa dengan teliti dan diperbaharui oleh juruteknik terlatih kami dari pusat servis Perodua kami sendiri," katanya.
Cawangan ini juga menerima pembelian secara tukar-beli (trade-in) dengan mana-mana kereta jenama lain oleh bakal pelanggan untuk ditukar dengan kenderaan berjenama Perodua mereka.
"Kami faham bahawa kereta masih diperlukan untuk kemudahan perjalanan sekitar tetapi ramai yang tidak mampu memilikinya. Perniagaan kenderaan terpakai atau pra-milik kami menawarkan kereta dengan harga yang yang berpatutan dengan jaminan yang diperpanjang untuk kenderaan terpilih," tambah Dato' Dr. Zahari.
Waranti yang diberikan adalah dilanjutkan sehingga 18 bulan akan meliputi kedua-dua bahagian enjin dan sistem penghantaran atau transmisi dan memastikan bahawa semua kenderaan yang ditawarkan telah melalui pemeriksaan kenderaan yang ketat untuk memastikan ia akan memberi kgidmat yang baik bagi pemilik baharunya selama bertahun-tahun.
"Kami mengalu-alukan kedatangan anda untuk melihat Perodua mana yang boleh kami tawarkan bagi memenuhi keperluan permotoran anda," kata Dato' Dr Zahari.

Subscribe to:
Posts (Atom)