Jawapannya: tidak banyak.
Akhir tahun 2016 telah menyaksikan penampilan Ninja ZX10RR yang baru, yang melibatkan begitu banyak perubahan kecil sehinggakan hampir mustahil untuk membuat satu senarai lengkap, tetapi kesemua perubahan kecil itu telah berjaya mengurangkan hampir dua saat lebih cepat di sekitar litar ujian Autopolis Kawasaki sepanjang 4.673 km di Jepun.
Potensi ini telah diterjemahkan ke dalam dominasi pada kebanyakan trek yang hanya kadang kala telah mampu disaingi oleh Chas Davies yang menungang Ducati. Selain kemenangan Marco Melandri di perlumbaan kedua di litar halaman sendirinya di Misano pada bulan Jun, ia nya hampir dua tahun sejak orang lain selain dari Davis yang berjaya menamatkan perlumbaan di depan Kawasaki.
Jentera ZX10RR itu adalah hasil mengunapakai semua perkara yang telah dipelajari Kawasaki dari perlumbaan di peringkat tertinggi sejak beberapa tahun yang lalu. Sebagai contoh, motosikal itu mempunyai kepala silinder baharu dengan kelegaan tambahan untuk memberi ruang bagi injap terangkat tinggi, dan kotak engkol diperkukuh untuk kekuatan dan ketegaran yang lebih tinggi dan peningkatan kebolehpercayaan.
Perubahan lain termasuklah ruang yang lebih sempit antara silinder supaya ketebalan dinding dapat ditingkatkan untuk ketegaran dan pemindahan atau penyesaran haba yang lebih baik.
Pelana tunggalnya, roda Marchesini ringandan pengalih gear KQS, ZX10RR bukan hanya pantas, tetapi dipercayai dalam keadaan ekstrim, dan hasil akhirnya menyaksikan seluruh dunia menyaksikan kehadiran Ninja ZX10RR 2017 yang siap siaga sepenuhnya baik untuk melayan litar secara suka suka, mahupun untuk perlumbaan penuh pada tahap tertinggi.
Jauh berbeza dengan perubahan besar pada model tahun 2017, ZX10RR 2018 akan menampilkan kanister simpanan berwarna perak di belakang tupang atau fork hadapannya yang lebih rendah (bukan merah) dan penutup atas fork berwarna hijau (bukan merah).
Persembahan Kawasaki di World Superbike Racing nyata begitu baik sejak kebelakangan ini. Sejak permulaan hebat ZX10-R yang baharu pada tahun 2011, Kawasaki telah menjadi semakin dominan dalam siri perlumbaan motosikal WSBK yang berdasarkan penggunaan motosikal yang boleh anda beli di kedai. Tom Sykes terlepas gelaran hanya kerana ketinggalan separuh mata sahaja pada 2012, namun memenanginya pada 2013, dan terlepas gelaran dengan ketinggalan enam mata pada tahun 2014. Kedua-dua gelaran itu telah digondol Aprilia.
Sejak Jonathan Rea menyertai Kawasaki Racing Team pada awal tahun 2015, perlumbaan World Superbike telah mengambil rupa formula dengan kebanyakan perlumbaan memaparkan tema berikut: Jonathan Rea di depan, dan Tom Sykes bertarung dengan Chas Davies, Marco Melandri, Michael van der Mark, Leon Hallam, Alex Lowes atau mendiang Nicky Hayden untuk tempat di podium.
Kawasaki begitu dominan sehingga ia dapat berehat seketika menghela nafas, sementara yang lain cuba mengejar. Ninja nampaknya sangat berpeluang untuk menang 1-2 dalam kejuaraan pelumba dunia sekali lagi, dan menggondol gelaran pengeluar sekali lagi, seelah merekodkan pusingan terpantas dan menawan kedudukan petak utama lebih banyak berbanding mana-mana jenama lain pada tahun 2017. Tambahan pula, semua data yang dikumpulkan di litar di seluruh dunia pada tahun 2017 nyata akan menjadi relevan secara langsung untuk 2018.
(baca juga kisah kemenangan mereka disini)