Aksi Kasma |
Kasma Daniel Kasmayudin berada di landasan terbaik
untuk meraih kemenangan keenam dalam kategori CP150 setelah muncul
pelumba terpantas pada sesi kelayakan spusingan kelapan Kejuaraan Cub
Prix AAM Malaysia PETRONAS yang berlangsung di
Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan, hari ini.
Pelumba PETRONAS
Sprinta Yamaha Maju Motor itu merakam masa
terbaik 45.651s manakala pelumba Onexox TKKR Racing, Md Helmi Azman yang
beraksi cemerlang dalam saingan Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC)
mencatat pencapaian terbaik peribadi musim ini apabila mencatat masa
kedua terpantas dengan masa 45.817s.
Md Adib Rosley (Motul
Zeneos Yamaha YY Pang Racing) muncul pelumba ketiga terpantas dengan
catatan 45.876s sambil Md Fitri Ashraff Razali (PETRONAS Sprinta Yamaha –
CKJ) dan Md Izzat Zaidi Md Salehan (Motul Zeneos Yamaha YY
Pang Racing) melengkapkan senarai lima pelumba terbaik dengan catatan
45.893s dan 45.910.
“Keadaan cuaca pada hari ini agak baik berbanding keadaan hujan dan cuaca tidak begitu menentu sepanjang minggu ini,” jelas
Kasma.
"Bagi
saya, perlumbaan di Jempol kali ini tidak bnyak berbeza berbanding
perlumbaan lepas. Saya tidak berasa sebarang tekanan untuk mengejar
kemenangan dan sekaligus menebus kekalahan di litar ini pada musim
lepas."
Md Fareez Afeez mendahului cabaran CP115 esok |
Sementara itu, dalam saingan CP115, Md Fareez Afeez (Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing)
merakam masa terpantas sesi kelayakan dengan masa 46.619s diikuti duo PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Md Akid Aziz dan Md Haziq Fairues, masing-masing dengan catatan terbaik 46.661s dan 46.713s.
Dalam saingan Wira, Md Anuar Ibrahim Pawi (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) bakal memulakan perlumbaan dari petak pertama setelah mencatat masa terpantas sesi Shootout dengan masa 47.218s diikuti rakan sepasukan, Saiful Azhary Muhamad (Idemitsu Kozi Yam Honda Racing) kedua, 47.505s. Pendahulu keseluruhan, Md Aiman Tahiruddin (PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech) bakal bermula dari petak ketiga dengan catatan 47.643s.
Anuar Ibrahim Pawi terpantas dalam Wira |
KEPUTUSAN
CP150
1 Kasma Daniel Kasmayudin (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju
Motor 45.651s
2 Md Helmi Azman (SGR) Onexox TKKR Racing Team 45.817s
3 Md Adib Rosley (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing 45.876s
4 Md Fitri Ashraff Razali (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha –
CKJ 45.893s
5 Md Izzat Zaidi Md Salehan (SGR) Motul Zeneos Yamaha YY
Pang Racing 45.910s
CP115
1. Md Fareez Afeez (JHR) Motul Zeneos Yamaha YY Pang Racing
46.619s
2. Md Akid Aziz (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor 46.661s
3. Md Haziq Fairues (SGR) PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor
46.713s
4 Tengku Amirul Haffirudin (TRG) Motul Zeneos Yamaha YY Pang
Racing 46.721s
5 Ahmad Syukran Aizat (TRG) PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ 47.089s
WIRA -Shootout
1 Md Anuar Ibrahim Pawi (PRK) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing
47.218s
2 Saiful Azhary Muhamad (JHR) Idemitsu Kozi Yam Honda Racing
47.505s
3 Md Aiman Tahiruddin (KUL) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB
Tech 47.643s
4 Md Khairi Asyraf Mahmood (JHR) PETRONAS Sprinta Yamaha -
AFB Tech 47.722s
5 Md Danial Syahmi (PRK) PETRONAS Sprinta Yamaha - AFB Tech 47.762s