Benelli Leoncino 500 |
K-Light 202 |
Cafe Racer 152 |
Patagonian Eagle 250 |
Perkataan 'Leoncino' ini bermaksud 'singa muda', dan penampilan perwatakan scramblernya mungkin menyebabkan anda tidak menyedari bahawa Leoncino ini menggunakan kerangka, lengan ayun dan suspensi yang sama seperti TRK 502. Fork terbalik mengapung hujung hadapan, manakala monoshock bolehlaras mengimbang ekornya. Ketinggian pelana adalah selesa pada 810 mm dan Leoncino yang seberat 196 kg ini menggunakan sepasang tayar Pirelli 17 inci dan mampu dibekalkan bahanapi sebanyak 12.7 liter.
Sepasang cakera brek 320 mm di hadapan masing masing diapit empat angkup hidraulik, manakala cakera berdiameter 260 mm belakang dikawal dua angkup hidraulik. Sistem brek anti kunci ABS didatangkan standard bagi model yang mematuhi standard Euro4 ini.
Pencahayaan jalan pada waktu malam adalah dibekalkan oleh lampu LED dan paparan instrumentasi digital menghiasi kokpit. Dua pilihan warna tersedia untuk Benelli Leoncino iaitu merah Leoncino Red dan hitam Vulcan Black. Model ini dijangka akan mula berada di para pengedar Benelli Malaysia menjelang akhir tahun 2017. Tunggang uji ringkas yang telah kami alami berjaya memberikan pandangan positif terhadap jentera menarik ini yang dirasakan mampu memberikan keseronokan penunggangan yang terkawal dan mengujakan. Kami akan bercerita lebih lanjut lagi setelah menunggang uji jentera ini secara rasmi kelak.
Keeway K-Light 202 ditawarkan pada harga RM8,588 tapi tidak termasuk gst, cukai jalan, insurans dan pendaftaran, manakala Cafe Racer 152 pada harga RM6,150 dan Patagonian Eagle 250 pula pada harga RM9,388.