DBMG 2017 himpun 31 kelab permotoran dari seluruh Borneo


Demak Borneo Mega Gathering (DBMG) 2017 yang berlangsung sempena Kuching International Bike Week (KIBW) pada 14-15 Oktober lalu, berjaya mengumpulkan kira-kira 480 peserta dan pemilik motosikal berhimpun di Kilang Demak,di Kuching.
 
Dengan tema ‘Jarak Bukan Penghalang’ kesemua peserta terdiri daripada pelbagai pemilik motosikal Demak dan jenama-jenama lain di mana sebahagian besarnya datang dari 31 buah kelab permotoran seluruh Sarawak dan Sabah.
 Malah, lebih membanggakan lagi, ada pemilik motosikal sanggup mengarungi perjalanan sejauh 1,500 kilometer iaitu sejauh dari Tawau berkonvoi semata-mata untuk menyertai DBMG yang julung-julung kali diadakan ini.
Selain itu DBMG turut menerima kehadiran pemilik-pemilik motosikal dari Sabah dan juga yang mengharungi perjalanan beberapa hari bagi menyertai perhimpunan DBMG ini.
 Penolong Pengurus Besar Perhubungan Awam dan Komunikasi Korporat Demak Marketing Sdn. Bhd., Wan Najib Wan Daud berkata, DBMG 2017 ini adalah yang pertama kali diadakan di perkarangan kilang Demak selain ia diadakan bagi memeriahkan KIBW yang berlangsung di City One MegaMall Kuching.
“DBMG merupakan kali pertama diadakan sempenan KIBW dan sambutan yang diterima terlalu menggalakkan dengan jumlah penyertaan seramai 480 peserta dari pelbagai latar belakang pemilik motosikal,” katanya.
Malah katanya, penganjur terpaksa menolak permohonan dari kelab-kelab yang ingin menyertai DBMG di saat-saat akhir berikutan risau mengenai masalah logistic di tempat permulaan konvoi sebelum ke City One MegaMall Kuching.
 DBMG kali ini mengimpunkan pelbagai model motosikal keluara Demak dari model cub hinggalah ke model motard. Malah bagi pemilik di kawasan Borneo, mereka begitu teruja memiliki model motard atau off road berikutan keadaan muka bumi serta penggunaan yang lasak.
Wan Najib berkata, sambutan dari pemilik jenama lain juga amat menggalakkan kerana selain dari jenama Yamaha, DBMG turut mengumpulkan jenama dari Honda, Kawasaki, KTM, KTNS, SYM, Modenas dan Ducati.
“Ini menunjukkan semangat kekeluargaan dari kalangan pemilik motosikal adalah kuat tanpa menghiraukan jenama motosikal masing-masing,” katanya.
Para peserta telah mula tiba di perkarangan kilang Demak seawal pukul 9.30 pagi dan melakukan pendaftaran dengan diberikan beberapa cenderahati sebagai tanda kenangan DBMG 2017.
 Beberapa acara sampingan telah diadakan seperti sesi tunggang uji empat model motosikal Demak, acara stunt oleh pemilik motosikal Demak, sesi karaoke, sesi cabtan bertuah dan jamuan makan tengah hari sebelum semua peserta berlepas ke City One MegaMall Kuching, kira-kira puul 1.30 petang, yang dilepaskan oleh Pengurus Besar Operasi Demak Marketing (Borneo) Ling Boo Hiung

Sebelum semua peserta dilepaskan untuk berkonvoi ke KIBW, semua kelab permotoran yang mengambil bahagian di DBMG telah diberikan sijil penyertaan sebagai menghargaai kerjasama dan penyertaan mereka.
Berikutan sambutan yang amat menggalakkan itu, sebahagian besar kelab permotoran yang menyertai DBMG kali ini teah menyatakan komitmen masing-masing untuk menyertai DBMG pada tahun hadapan.
Wan Najib berkata, berikutan  sambutan yang diterima begitu menggalakan pengurusan Demak memikirkan untuk ia dianjurkan sekali lagi pada tahun depan dengan konsep yang berlainan.



Hafizh Syahrin tidak lagi bersama PETRONAS Raceline Malaysia

Berikut kami paparkan terjemahan siaran akhbar yang dikeluarkan oleh PETRONAS Raceline Malaysia:

Pasukan PETRONAS RACELINE MALAYSIA ingin mengumumkan bahawa penunggangnya, Hafizh Syahrin Abdullah tidak akan bersama pasukan itu dalam kalendar perlumbaan 2018 yang akan datang selepas kerjasama dengan hebat selama 10 tahun.
 
Pasukan PETRONAS RACELINE MALAYSIA telah mempunyai hubungan yang amat berjaya dengan Hafizh Syahrin sejak tahun 2007, ketika penunggang muda itu membuat penampilan pertamanya di Kejohanan Cub Prix PETRONAS
AAM Malaysia, selepas prinsipal pasukan  Barry Leong, mula-mula menemui bintang baharu itu ketika dia berlumba di Liga Pocket Bike.
 
"Ia merupakan satu perjalanan yang hebat, melihat kemajuan Hafizh sepanjang kariernya dari perlumbaan dalam Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS, dan maju ke kelas yang berlainan, dan kemudian ke Kejohanan Asia Road Racing. Hafizh, di bawah Pasukan PETRONAS RACELINE MALAYSIA, kemudian menyertai The Australian Formula Extreme Championship pada tahun 2011, sebelum kami bertanding dalam perlumbaan FIM CEV Championship di Sepanyol," kata Barry.
 
"Ia benar-benar satu penghormatan penghormatan dan keistimewaan bagi kami untuk berkembang bersama dengan Hafizh
sebagai satu pasukan. Saya telah mengenali dan membimbingnya sejak dia berumur 12 tahun, awalnya berlumba sebagai seorang budak yang sangat berbakat, dan sekarang ini sebagai seorang dewasa muda yang penuh semangat. Walau bagaimanapun, seperti lazimnya sesuatu yang mempunyai permulaan, akan ada akhirnya, dan kita telah sampai ke penhujungnya secara sepakat," katanya.
 
"Malaysia masih mempunyai ramai bakat tempatan yang belum diterokai yang sedang menunggu untuk ditemui. Melangkah ke hadapan, Team Raceline akan terus membangun dan mengasah bakat muda dalam menetapkan matlamat yang lebih tinggi untuk memaksimumkan potensi mereka," tambah Barry.
 
PETRONAS RACELINE MALAYSIA ingin merakamkan penghargaan yang tulus ikhlas untuk semua kerja keras dan dedikasi yang dikongsi Hafizh Syahrin bersama kami selama bertahun ini. Sekali lagi, kami mengucap selamat yang terbaik baginya untuk masa depan.


PETRONAS RACELINE MALAYSIA BIDS FAREWELL TO HAFIZH SYAHRIN
Kuala Lumpur 20 OCTOBER 2017 – Team PETRONAS RACELINE MALAYSIA wishes to announce that after an illustrious 10 year partnership, its rider Hafizh Syahrin Abdullah will not be continuing with the team in the upcoming 2018 racing calendar.
Team PETRONAS RACELINE MALAYSIA has had a very successful relationship with Hafizh Syahrin, dating back to 2007, when the young rider made his debut at the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship. Barry Leong, the Team Principal then, first discovered the budding star when he was racing in the Pocket Bike League. 
“It has been a wonderful journey, seeing Hafizh progress throughout his career from racing in the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix, moving up the different classes, and advancing on to the Asia Road Racing Championship. Hafizh, under Team PETRONAS RACELINE MALAYSIA, then participated in The Australian Formula Extreme Championship in 2011, before we moved on to race in the FIM CEV Championship in Spain” said Barry.
“It truly has been an honour and a privilege for us as a team, to have grown together with Hafizh. I have known and guided him since he was 12 years old, racing as a very talented boy, and now, a passionate young adult. However, for everything that has a beginning, there has to be an ending, and we have come to a natural and amicable one” he said. 
“Malaysia still has a pool of untapped local talents that are waiting to be discovered. Moving forward, Team Raceline will continue to develop and groom these young talents in setting higher goals to fully maximize their potential” he added.
PETRONAS RACELINE MALAYSIA, would like to extend our sincere gratitude and appreciation for all the hard work and dedication that Hafizh Syahrin has shared with us throughout these years. Once again, we wish him all the very best in his future undertakings.

Thank you.

Keeway Patagonian Eagle 250 bersemangat berontak


 Dengan reka bentuk Chopper pada era 60-an dan awal 70-an, Patagonian Eagle 250 ini dilengkapi dengan Silinder berkembar, enjin  251cc penyejukan minyak yang berkuasa yang dapat menjanakan kuasa kuda yang tinggi. Patagonian Eagle ini dikatakan  mempunyai gaya yang menarik, kuasa yang tinggi, keupayaan yang cekap dan merupakan sebuah produk yang sempurna dan sesuai terutama sekali buat penunggang yang gemarkan motosikal berdasarkan kustom.


Selain daripada reka bentuk yang menarik, Patagonian Eagle juga  dilengkapi komponen seperti krom ekzos 2-ke-2, roda 5-spok dramatik di mana saiz roda di depan adalah 18 inci manakala saiz belakang adalah 15 inci. Seterusnya, Patagonian ini juga menggunakan hendal santai ke belakang radikal, pelana bertingkat dan berpenyandar.
Selain itu, komponen-komponen seperti brek cakera hadapan yang cekap, tangki minyak yang reka bentuk titisan air dengan kapasiti sebanyak 12 liter,n yalaan elektronik bebeas risau, penghidup elektrik, silinder dihitamkan bersama dengan hiasan krom mewah juga terdapat pada Patagonian Eagle 250. 


Patagonian Eagle 250 merupakan sebuah motorsikal yang dilengkapi dengan pelbagai komponen yang canggih dan sangat sesuai kepada setiap penunggang motosikal. Terdapat 2 jenis pilihan warga model Patagonian Eagle iaitu warna Hitam Matte and Merah Metallic Matte serta harga pasaran adalah sebanyak RMRM9,388 ( tidak termasuk Gst dan kos lain)

Spesifikasi.
Enjin
Jenis enjin
2 silinder, 4 lejang, 4 injap
Anjakan (cc)
249cc
Kuasa Maximum
13kW@8000
Max.Torque
Bore& stroke
Ø55x 52.5
Nisbah Mampatan
9.0:1
Kotak Gear
5- Kelajuan
Klac
Plat basah berganda
Pengawalan Bahan Api
Karburetor
Penghidup
Elektrik
Nyalaan
C.D.I
Final Drive
Rantai
Sistem Pelincir
Tekanan Pelincir Pancuran
Sistem penyejukkan
Sejukan air
Chasis
Kerangka
Bassinet type
Suspensi depan
Fork Teleskopik travel  120mm
Suspensi belakang
Teleskopik gegelung spring terendam minyak travel 70mm
Brek depan
Ø260mm cakera
Brek belakang
Drum Ø 130mm
Tayar depan
90/90-18
Tayar belakang
130/90-15
DImensi
Panjang keseluruhan
2180mm
Lebar keseluruhan
970mm
Ketinggian keseluruhan
1180mm
Ketinggian kedudukan
695mm
Jarak roda
1460mm
Pelepasan tanah
148mm
Berat kering
145kg
Kapasiti tangki minyak
12 liter
Beteri
12 AV 9 Ah (12 N9-4B)









Gaya retro umpama rekaan peribadi pada Keeway K-Light 502



Apa sahaja yang diperlukan sepanjang perjalanan anda. Reka Bentuk yang tulen. Kejuruteraan yang cekap. Prestasi yang menakjubkan. Inilah model baru Keeway iaitu K-light 202, motorsikal yang berasaskan reka bentuk era 50-an dan 60-an.
Selain itu, model Keeway K-light 202 ini juga dilengkapi dengan beberapa komponen yang unik seperti terdapat Instrumentasi pelbagai mod iaitu rupa bentuknya nampak antik  tetapi moden, kawalan piggyback shocks yang selesa, kejuruteraan yang indah dan menakjubkan, dan juga ekzos yang unik, berkuasa dan tenang.
Terdapat 2 jenis pilihan warga model K-Light iaitu warna Merah dan Hitam serta harga pasaran adalah sebanyak RM8,588 ( tidak termasuk GST dan kos lain).


Keeway K-Light 202 Spesifikasi
Enjin
Jenis enjin
1-silinder /4-lejang /2-injap
Anjakan (cc)
197
Kuasa maksimum
9.6 kw@7500 r/min
Max torque  
Bore & stroke
Ø63.5 x 62.2
Nisbah mampatan
8.3;1
Kotak gear
5-kelajuan
Klac
Plat basah berganda
Sistem bahan api
Karburator
Penghidup
Electrik & Tendang
Penyalaan
C.D.I
Final Drive
Rantai
Sistem pelincir
Tekanan Pelincir Pancuran
Sistem penyejukkan
Sejukan air


Chasis
Kerangka
Bassinet Type
Suspensi depan
Forks teleskopik
Suspensi belakang
Telestopik gegelung spring terendam
Brek depan
Ø280mm cakera tunggal
Brek belakang
Ø240mm cakera tunggal
Tayar depan
90/90-17
Tayar belakang
130/90-15
Dimensi
Panjang Keseluruhan
2140mm
Lebar Keseluruhan
780mm
Ketinggian keseluruhan
1100mm
Ketinggian Kedudukan
715mm
Jarak Roda
1440mm
Pelepasan tanah
150mm
Berat kering
143.5kg
Kapasiti tangki minyak
11.8 liter