Ducati kini memperkenalkan model terbaharu mereka iaitu Ducati SuperSport, bagi mereka yang ingin menunggang gaya sports seharian. SuperSport menjadikan penunggangnya berasa seperti seorang pelumba setiap hari, dengan Keseronokan dan gaya sports Ducati.
Pusat Reka Bentuk Ducati telah menghasilkan jentera yang dinamik, digilap, kelihatan padat, ringan dengan penggayaan superbike Panigale. SuperSport ini dikatakan mudah didekati kerana pengendalian mudah, Pek Keselamatan Ducati (ABS Bosch + Ducati Kawalan Cengkaman), nisbah kualiti harga peralatan yang mengagumkan, dan selang masa penyelenggaraan yang panjang.
Dikatakan lincah di jalan-jalan bandar, selesa di lebuh raya dan jalan berliku luar bandar, SuperSport adalah pengendali serba boleh. Kedudukan penunggang dan penumpang yang santai, alihan aliran udara yang baik dari skrin penghadang angin Plexiglas yang boleh dilaras tingginya dan jarak perbatuan yang disediakan oleh tangki bahan api 16 liter juga menjadikan Ducati SuperSport yang baharu menjadi tunggangan yang sesuai untuk perjalanan jarak sederhana.
Barisan SuperSport ini termasuk versi SuperSport S dengan suspensi Öhlins sepenuhnya, sistem Ducati Quick Shift ke atas/bawah dan penutup tempat duduk belakang yang juga boleh didapati sebagai aksesori untuk SuperSport.
Lojikuasa SuperSport ini adalah enjin silinder berkembar 937 cm³ Testastretta 11°. Ia menghasilkan 113 hp pada 9,000 rpm dan lengkung tork sepenuhnya linear yang mencapai 96.7 Nm pada 6,500 rpm. Tiga Mod penunggangan (Sukan, Touring dan Urban) membolehkan SuperSport ini disesuaikan untuk memastikan ketenangan maksimum dalam apa jua keadaan menunggang. Setiap Mod Menunggang boleh disesuaikan mengikut kehendak peribadi dan kemahiran menunggang.
Bingkai SuperSport ini merupakan perkembangan terbaharu reka bentuk Trellis yang terkenal yang mengeksploitasi enjin sebagai sebahagian elemen penampung beban. Padat, ringan dan tegar, ia memainkan peranan yang penting dalam membuat SuperSport pantas dan lincah, namun kekal sebagai sebuah jentera yang boleh ditunggangi oleh semua orang mengikut naluri masing masing. Konfigurasi rangka pintar telah memainkan peranan utama dalam mengekalkan berat basah sehingga kira-kira 210 kg. Geometri casis yang luar biasa, dengan tapak roda 1,478 mm dan tayar belakang 180/55, menjadikan SuperSport ini mudah dikendalikan di jalan bandar dan selekoh berbukit, memaksimumkan kestabilan di jalan berliku dan pada kelajuan tinggi.
Seperti yang boleh dijangkakan , SuperSport boleh dilengkapi dengan pelbagai kelengkapan aksesori Ducati (ada yang termasuk dalam pakej Sport, Touring and Urban) yang membolehkan pemilik mengkonfigurasi jentera agar sesuai dengan kehendak dan keperluan peribadi. Penunggang cekap akan menghargai keperibadian sports sebenar SuperSport, prestasi jalan yang cemerlang dan jelas menarik untuk perjalanan dan penggunaan setiap hari. Penunggang yang mendekati dunia sports Ducati buat kali pertama akan menemui fleksibiliti yang mempesonakan, pengendalian mudah dan, intipati penunggangan sports Ducati.
Untuk menyokong pelancaran SuperSport dan SuperSport S untuk pasaran tempatan, Ducati Malaysia merancang untuk mempertimbangkan kerjasama bagi mempromosikan Malaysia sebagai destinasi menunggang terutama untuk warga tempatan, Singapura dan lain-lain penunggang Asia Tenggara.
Ducati Supersports ditawarkan pada harga bermula RM80,899.
Toichi Ishiyama teraju baharu Honda Malaysia
Honda Malaysia Sdn. Bhd mengumumkan kedatangan En Toichi Ishiyama sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu. En. Ishiyama, yang telah bekhidmat dengan Honda selama 25 tahun, akan menggantikan En Katsuto Hayashi berkuatkuasa mulai 1 November 2017.
Encik Ishiyama berbekalkan lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam penyelidikan pasaran dan perancangan produk, yang nyata akan memberikannya kelebihan ke arah memastikan Honda Malaysia meneruskan momentumnya yang kuat sebagai Jenama Kenderaan Kebangsaan No.1 dan No.2 dalam Jumlah Keseluruhan Industri (TIV) .
Di bawah pimpinan Ishiyama ini, Honda Malaysia yakin mampu mencapai sasaran penjualan 100,000 unit menjelang akhir tahun 2017.
Subscribe to:
Posts (Atom)