Triumph Tiger XCA |
dalam acara Ujian Enam Hari Antarabangsa. Ia nya kini berterusan dengan generasi baharu yang menggabungkan kesemua ciri Tiger dan membawa keupayaannya ke tahap yang baharu.
Kemas kini keupayaan luar jalan dan keselesaan penunggangan sepanjang hari di jalanraya
o Lebih 200 peningkatan pada casis dan enjin
o Enjin Triple lebih responsif yang dioptimumkan
o Nisbah gear pertama yang lebih pendek membolehkan daya cengkaman luar jalan meningkat, pengendalian dan pecutan kelajuan rendah lebih mudah
o Peredam bunyi yang lebih ringan dan lebih lawas
o Mod menunggang baru "Off Road Pro", dengan pilihan sehingga enam mod menunggang
o Lima tahap pelaras skrin penghadang baharu
Tahap baharu teknologi tinggi terkini
o Paparan TFT bolehlaras baharu
o Lampu LED baharu
o Suis nyalaan latar belakang yang direka khas dan ergonomik serta kawalan kayuria lima hala
o Kawalan kruis kendiri baharu yang dikemas kini
o Semua ini menyumbang kepada intipati Tiger 800 dalam seni teknologi
Kemaskini enjin Triple yang besar - lebih responsif, berperwatakan dan mantap
Kemas kini enjin utama Tiger mengoptimumkan lojikuasa Triple
o Nisbah gear pertama yang lebih rendah
o Ekzos yang lebih ringan dan lawas memberikan nada bunyi yang lebih baik
Lebih banyak penggayaan peringkat tertinggi dan perincian Tiger
o Kerja badan premium baharu
o Lencana berkualiti, grafik dan perincian baharu
o Warna baharu
o Penampilan kontemporari dan dinamik
Pilihan paling komprehensif yang ada
o Kedua-dua model XR dan XC kini didatangkan dengan lebih banyak pilihan dan lebih tersendiri dan untuk jenis pengembaraannya.
Barisan keluarga Tiger 800 yang baru
Triumph Tiger 800 XC yang diperkemaskini dan keluarga XR sekali lagi menetapkan tanda aras baharu dengan lebih daripada 200 peningkatan casis dan enjin. Ia
dilengkapi dengan peningkatan penambahbaikan utama yang bekerja seiring dengan penambahbaikan jalan raya yang direka dengan teliti.
Triumph telah mensasarkan penambahbaikan teknologi, keselesaan, dan gaya seiring pengenalan enjin generasi baharu yang memaksimumkan pengalaman pengendalinya. Hasilnya, Tiger 800 baharu dikatakanlebih baik dalam semua keadaan samada di jalan raya mahupun di luar jalan berturap.
"Kami telah membangunkan pelbagai teknologi baru dan kemas kini prestasi yang direka untuk meningkatkan
keupayaan Tiger 800 yang baharu di atas dan di luar jalan raya," kata Ketua Pegawai Komersial untuk Triumph Motorcycles, Paul Stroud. "Dengan pembangunan yang melengkapkan ciri mudah kendali dan ketangkasan Tiger, gaya menunggang mudah, serta penampilan dan keberadaannya yang tersendiri, barisan Tiger 800 baharu dibina untuk pengembaraan maksimum setiap hari."
Kelebihan Tiger 800 baru
Kemajuan teknologi utama
Setiap Tiger 800 baru mewakili peningkatan besar dalam teknologi penunggang dengan penambahbaikan
termasuk instrumen TFT warna penuh, enam mod menunggang, brek Brembo depan berspesifikasi tinggi, konfigurasi gantungan yang dioptimumkan, kotak suis yang dipasang pada bar tangan dengan pencahayaan latar yang elegan, pencahayaan menyerlah lampu LED, kawalan kruis kendiri terkini,
casis yang dipertingkatkan dan kerja badan premium.
Enjin generasi seterusnya
Enjin 800cc yang dioptimumkan secara besar-besaran kini memberikan lebih banyak hantaran kuasa segera dan janaan kuasa puncak 95PS. Ia lebih banyak berperwatakan dan sistem ekzos ringan dengan nada bunyi sporti enjin generasi baru. Nisbah gear yang lebih pendek untuk meningkatkan daya cengkaman di luar jalan raya, respons baik pada kelajuan rendah di semua keadaan jalan, dan pecutan lebih cepat yang memberikan penunggang perasaan yang sangat mendebarkan. Di samping itu, Mod Menunggang Luar Jalan Pro pada model XC membolehkan penunggang cekap untuk mengambil alih kawalan sepenuhnya di jalan tak berturap.
Dimensi bertambah untuk keselesaan
Triumph telah meningkatkan ergonomik rider bagi seluruh barisan model Tiger 800. Ini
termasuk menggerakkan hendal belakang sebanyak 10mm untuk kedudukan menunggang lebih kuat, brek Brembo depan berspesifikasi lebih tinggi dan suspensi Showa boleh laras, spesifikasi tayar luar jalan baharu tang disyorkan, skrin penghadang depan boleh laras lima-kedudukan baharu dan pengalih angin untuk perlindungan aerodinamik, dan bahan sebatian pelana baharu untuk menunggang selesa sepanjang hari.
Gaya premium
Gaya menyerlah Tiger kini semakin kuat pada keseluruhan barisan 800 terkini. Kerjabadan premium baharu termasuklah kemasan salun berkualiti tinggi dengan reka bentuk panel sisi yang dikemas kini, bersama dengan lencana berkualiti tinggi, grafik dan perincian untuk memberikan keberadaan sebenar. Ini juga memberikan pendirian yang lebih kontemporari dan dinamik bagi setiap Tiger, yang menyoroti kecenderungan di atas dan di luar jalan raya
bagi setiap model, sambil mengekalkan garis bentuk Tiger 800 yang tersendiri dan dapat dikenali dengan serta-merta.
Teknologi teras Tiger 800
Pengendalian menyerlah Tiger 800 dan asas teknologi terasnya yang menentukan pengalaman menunggang motosikal hebat. Semua jentera kembara Tiger dibekalkan dengan brek antikunci ABS, kawalan daya cegkaman, kawalan pendikit dengan wayar, kawalan kruis kendiri, pelana dan genggaman dipanaskan, soket kuasa, dan ketinggian pelana dua kedudukan (810-830mm pada model XR, 840-860mm pada Model XC) boleh laras sebanyak 20mm untuk disesuaikan dengan gaya tunggangan dan rupa bumi, dan varian model XRx berketinggian rendah pada 760 mm, yang 50mm lebih rendah daripada pelana standard XR.
Model Tiger 800
Dari model jalanan Tiger XR, ke model pertengahan XRX, dan model teratas XRT, ke Tiger XCX luar jalan dan XCA yang dimuat sepesifikasi penuh, tidak dilupakan model ketinggian rendah XRx, terdapat sebuah Tiger 800 untuk setiap orang, setiap perjalanan dan setiap pengembaraan.
Spesifikasi (berbeza bergantung kepada model)
CIRI BARU
Paparan instrumen 5" TFT boleh laras
Pencahayaan baharu LED keseluruhan
Kotak suis dan kayuria kawalan lima hala
Butang suis berpencahayaan latar
Mod menunggang "Off-Road Pro"
Brek Brembo depan
Skrin boleh laras 5 tahap
Kawalan kruis kendiri dikemas kini
CIRI TEKNOLOGI ASAS
Enjin 800cc eksklusif tiga silinder dengan kawalan pendikit elektronik dengan wayar.
Enam mod menunggang.
Pelana penunggang dan pembonceng yang dipanaskan
Pelindung takung minyak dan radiator
Kawalan ABS dan kawalan cengkaman
Ergonomik disesuaikan
Komputer penunggangan
Sistem pelumpuh (Immobiliser)
Gantungan hadapan dan belakang bolehlaras premium
Tongkat tengah
Genggaman dipanaskan
Pelindung tangan
Bar pelindung enjin
Soket kuasa (1 x 12v, 1 x USB)
Tiger 800 Tiger juga menawarkan lebih daripada 50 aksesori pilihan, membolehkan anda untuk menyesuaikan motosikal anda secara peribadi untuk memaksimumkan pengalaman menunggang anda bagi mana-mana model yang anda pilih. Lawati laman web Triumph untuk menggunakan 'mengkonfigurasi peralatan motosikal saya' di www.triumph.co.uk .