Pertembungan mutakhir 2017 Moto GP 9 malam ini

Marc Marquez (Repsol Honda Team) merekodkan pusingan hebat di tengah-tengah sesi kelayakan di Litar Ricardo Tormo, cukup untuk permulaan petak pertama bagi pendahulu Kejohanan tersebut menjelang pertembungan mutakhir musim 2017, walaupun kemudiannya terjatuh selepas hilang kawalan bahagian hadapan motosikalnya dalam pusingan terakhir sesi tersebut. Johann Zarco (Monster Yamaha Tech 3) mengambil tempat kedua selepas memperbaiki kedudukan terakhirnya, tiga persepuluh saat dari Marquez, dan Andrea Iannone (Pasukan Suzuki Ecstar) melengkapkan barisan depan setelah memaparkan satu lagi persembahan yang baik musim ini.
Jorge Lorenzo (Pasukan Ducati) merupakan yang paling pantas pada hari Jumaat, akan mengetuai barisan kedua selepas kemalangan kelajuan tinggi, namun tidak mengalami kecederaan serius. Juara Dunia lima kali itu hanya terlepas sedikit sahaja dari permulaan tiga teratas. Lorenzo memegang rekod permulaan petak pertama terpantas, pusingan perlumbaan terpantas dan paling banyak menjuarai kelas perdana di litar ini. Penunggang yang paling berjaya di litar ini dalam semua kelas perlumbaan adalah Dani Pedrosa (Repsol Honda Team), telah berada di belakang Lorenzo pada kedudukan kelima selepas mengakhiri Hari 1 dalam P2. Pengendali ujian pasukan Ducati yang akan menunggang "wild-card" Michele Pirro melengkapkan baris kedua.

Valentino Rossi (MotoGP Movistar Yamaha) mengambil P7 stetelah mengenepikan Aleix Espargaro (Aprilia Racing Team Gresini) dengan sembilan perseribu saat, walaupun pelumba Sepanyol itu terhempas pada akhir sesi tetapi tetap di posisi kelapan walaupun baru pulih dari kecederaan dan masih kesakitan. Andrea Dovizioso (Pasukan Ducati) akan bermula di petak kesembilan. Dia pernah menang di litar tersebut sebelum ini tetapi akan menghadapi kesukaran pada hari perlumbaan untuk memenangi perlumbaan dan mengekalkan peluangnya di mahkotakan sebagai juara.
Alex Rins (Pasukan Suzuki Ecstar) melengkapkan posisi sepuluh teratas, mendahului Pol Espargaro (Red Bull KTM Factory Racing), yang menduduki tempat ke-11 terpantas tetapi akan bermula dari lorong pit setelah dikenakan penalti enjin. Jack Miller (EG 0,0 Marc VDS) mengambil P12 dan juga turut jatuh ketika sesi tersebut, dan akan mara satu tempat ke hadapan pada hari perlumbaan kerana penalti Espargaro akan menggerakkan seluruh grid ke hadapan.

Itu merupakan berita baik bagi Maverick ViƱales (Movistar Yamaha MotoGP) selepas menghadapi hari yang sukar da berakhir dalam P13 dan kini memperoleh satu tempat ke hadapan. Dia diikuti oleh Tito Rabat (EG 0,0 Marc VDS),Danilo Petrucci (Octo Pramac Racing) dan Cal Crutchlow (LCR Honda) yang tamat enam belas terpantas dan lima belas teratas di grid.

#FinalShowdown atau #pertembunganterakhir kini bersedia untuk berlumba, dengan lampu merah akan terpadam pada pukul 9 malam (GMT +1) pada hari Ahad dan merupakan penentuan kejuaraan musim 2017 yang hebat ini.

Proton rangkul juara S1K

Pasukan PROTON R3 muncul juara keseluruhan di Sepang 1000km ("S1k") Endurance Race 2017 malam tadi, selepas permulaan yang hebat untuk mengalahkan pesaing kuat dari Maxxoil Mayhem Team dan Tedco Racing yang menggunakan kereta jenama Honda dan Suzuki. Admi Shahrul dan James Veerapen yang memandu kereta Proton Suprima S R3 bernombor 82, telah mendahului juara S1k tahun lalu, Tengku Djan Ley dan Keifli Othman. Manakala itu kereta Proton Iriz R3 bernombor 81 yang dipandu Syafiq Ali dan Farique Hairuman selesai di tempat ke-5 selepas 171 pusingan yang panjang dan sengit sepanjang perlumbaan.

"Pasukan PROTON R3 tidak hadir pada perlumbaan S1k tahun lepas namun kembali dengan menunjukkan kerjasama berpasukan yang baik. Kami mempunyai pasukan pelumba, jurutera dan kakitangan teknikal yang sangat berdedikasi untuk pembangunan kereta dan motorsport Proton R3, dan saya amat berbangga dengan apa yang telah mereka capai malam ini. Penyediaan, perancangan dan analisis risiko memainkan peranan yang penting, selain mempunyai kereta yang baik dan dengan Petronas sebagai penyokong setia kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif, PROTON, Dr. Li Chunrong.
"Banyak peminat motorsport menyedari bahawa kereta Proton mempunyai pemanduan dan pengendalian yang unggul, dan kereta kami dapat menahan kecanggihan dan cabaran perlumbaan ketahanan. Kereta Proton boleh dipercayai dan teguh, dan pada malam ini, pemandu berpengalaman kami tahu sehingga mana mereka boleh mendesak kemampuan kereta mereka dengan keupayaan yang terbaik. Pasukan itu mempamerkan perlumbaan ketahanan yang baik yang membawa kepada kemunculan semula dalam sukan bermotor yang luar biasa. Ini tentunya titik permulaan semula yang baik untuk PROTON," tambah Dr Li.


"Kami akan terus menyediakan strategi yang baik untuk kereta kami untuk prestasi dan ketahanan yang lebih baik, supaya pelanggan kami mendapat pengalaman pemilikan terbaik. Dengan pasukan yang baik, kami berusaha lebih baik dalam perlumbaan bertahan tahun depan juga, "tambah Dr Li.