Apabila Pameran Motor Tokyo ke-45 dibuka kepada orang ramai pada 28 Oktober 2017 lepas, Yamaha Motor merupakan salah satu daripada banyak peserta pameran yang menjadiakn acara ini sebagai peluang untuk melanjutkan komunikasi korporat dan menunjukkan arah halatuju syarikat ke masa hadapan.
Dengan tema "Yamaha Future Garage: Resonate the Future," gerai Yamaha mempunyai sejumlah 20 model yang dipamerkan, termasuk enam model dengan penampilan sulung dunia. Para pengunjung yang berkunjung ke gerai pameran itu dipersembahkan dengan visi "mobiliti dunia yang semakin berkembang" yang unik dengan Yamaha, pakar dalam kenderaan kecil untuk mobiliti peribadi.
Seperti yang dinyatakan dalam slogan jenama "Revs your Heart", Yamaha Motor berusaha untuk mengamalkan prinsip Monozukuri (menghasilkan produk dengan penekanan kepada ketukangan dan kecemerlangan) dan aktiviti korporat yang menawarkan nilai yang luar biasa dan pengalaman yang memperkayakan kehidupan manusia di seluruh dunia. Salah satu tujuan ini adalah untuk mewujudkan "perkembangan mobiliti peribadi dunia." Yamaha telah berusaha untuk terus membangunkan teknologi yang bukan sahaja menjadikan mobiliti lebih seronok, tetapi juga membawakan kenderaan yang memperkayakan gaya hidup rakyat dan lebih mesra pengguna, bertanggungjawab sosial dan mesra alam. Untuk itu, Yamaha telah melancarkan produk-produk dalam pelbagai bidang sepanjang tahun, dari motosikal, skuter dan jentera Menyendeng Berbilang Roda (LMWs) kepada basikal elektrik yang dibantu kuasa motor, Kenderaan Rekreasi Luar-jalan (ROV), kereta salji, dan bot. Melangkah ke hadapan, Yamaha mencurahkan semangat dan tenaga ke arah membina "dunia pergerakan peribadi yang semakin berkembang."
MOTOROiD Yamaha merupakan model konsep percubaan yang dibangunkan untuk meneroka gagasan pergerakan peribadi yang "bergema" secara harmoni dengan penunggang. Menggunakan teknologi AMCES eksklusif Yamaha (Active Control CEnter System Control) yang merupakan teknologi pengendalian sikap, MOTOROiD boleh kekal tegak tanpa bantuan dalam dua keadaan yang sangat tidak stabil dengan kenderaan beroda dua, iaitu dalam keadaan terhenti atau dalam gerakan berkelajuan rendah. Ia juga dilengkapi dengan teknologi pengenalan imej dan kecerdasan buatan (AI) yang membolehkannya mengenali pemiliknya dan bertindak balas kepada arahan pergerakan secara autonomi.
Jentera ini juga dipasang ciri-ciri lain seperti antara-muka haptik (HMI) yang berfungsi untuk memberikan rasa penyatuan yang lebih baik antara penunggang dan jentera, kerana ia menyentuh kawasan pinggang dan dada penunggang, seolah-olah pemilik memeluk atau bersatu dengan jetera itu.
Titik hubungan ini bertujuan untuk menyampaikan maklum balas dan interaksi yang lebih intuitif antara penunggang dan jentera, seolah-olah ia merupakan entiti pemikiran yang hidup. Dalam kata-kata salah satu daripada ketua pemaju jentera ini, "Saya rasa sebahagian daripada keseronokan bermotosikal adalah bagaimana anda mengawalnya. Bagaimanakah agaknya bentuk motorsikal tersebut jika kita memaksimumkan aspek ini sahaja? MOTOROiD adalah model eksperimen yang dilahirkan dalam pencarian itu."
Satu lagi pameran yang terkenal di pameran itu ialah robot menunggang motosikal Yamaha yang automotif iaitu MOTOBOT. Berbeza dengan MOTOROiD, matlamat MOTOBOT adalah untuk meneroka kawalan jentera pada kelajuan tinggi dari sudut penunggang. Pertama kali diperkenalkan di Tokyo Motor Show pada tahun 2015, MOTOBOT Versi 2 yang dikemas kini telah dipamerkan pada tahun ini.