Boon Siew Honda telah mengumumkan bahawa hasil jualannya dijangka meningkat 18% berbanding tahun lalu, dan bakal melancarkan perancangan barisan model 2018 mereka untuk menangkap dan mengembangkan bahagian pasaran mereka di Malaysia dengan lebih tepat.
"2018 merupakan tahun penting bagi BSH untuk mengambil langkah besar dan beralih ke kedudukan kepimpinan di pasaran. Kami mensasarkan untuk memperkenalkan sekitar 10 model baru dan pasti akan mengejutkan semua orang dengan barisan produk kami yang mencabar pemikiran dan harapan konvensional," kata Timbalan Pengerusi dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Datuk Wira Tan Hui Jing.
Hadir pada pertemuan akhir tahun ialah Zaqhwan Zaidi dan Khairul Idham Pawi yang telah menamatkan Kejohanan Perlumbaan Jalan Raya Asia (ARRC) dan Moto 2 masing-masing. Zaqhwan turut diumumkan telah dinaikkan pangkat ke All Japan Road Race Championship (JSB1000) dan akan berlumba bermula musim depan pada April 2018.
"Boon Siew Honda ingin mengucapkan tahniah kepada Zaqhwan atas promosinya ke All Japan Road Race Championship di bawah kategori JSB1000. Kami berharap dia semua yang terbaik dan menanti prestasinya,"kata Nobuhide Nagata, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda.
Tahun 2018 adalah tahun yang baik dan penuh harapan bagi BSH dengan pembukaan pusat Honda BigWing pertama, iaitu pusat jualan & servis eksklusif pertama pada 2018, diikuti oleh lebih banyak pusat di Pulau Pinang, Selangor dan Johor. BSH berhasrat untuk mencapai pertumbuhan jualan yang lain untuk mencabar prestasi tahun ini, dengan barisan produk yang kukuh dan bakal diperkenalkan ke pasaran pada tahun 2018.
Pengedar yakin nilai tinggi Proton
Walaupun berhadapan dengan pelbagai rintangan, Ryan Lai, 35 dari Nilai, Negeri Sembilan tetap mempunyai keyakinan bahawa PROTON akan kembali berada di atas. Ryan meninggalkan jawatannya sebagai jurutera bersama syarikat teknologi terkemuka Korea untuk menyertai perniagaan keluarganya, yang merupakan pusat servis PROTON di bawah EON pada tahun 2004.
"Perniagaan agak merudum pada masa itu, kami hanya membaiki kira-kira 60 buah kereta sebulan dan ayah saya hampir berputus asa dan mahu menjual pusat servisnya," katanya di Pusat Kecemerlangan PROTON. Ryan meluangkan masanya mengenalpasti kelemahan pusat servis mereka, dan memutuskan untuk berhenti kerja pada tahun 2007 dan menumpukan perhatian untuk menaikkan perniagaan tersebut.
"Saya dapati tidak ada apa-apa masalah dengan jenama PROTON tetapi pusat perkhidmatan itu sendiri yang memerlukan perubahan dari dalam," jelasnya.
"Apa yang saya lakukan adalah memperkenalkan dengan segera dasar bagi sumber manusia dan pentadbiran. Kami memastikan juruteknik mematuhi segala dasar yang telah ditetapkan. Disiplin dan kualiti kerja menjadi undang-undang baharu."
"Ketika itu, saya dapati kami tidak pernah memenuhi tuntutan jaminan, di mana ini turut menyebabkan kami kehilangan peluang untuk menawarkan khidmat kepada pelanggan. Kami kemudiannya mempelajari proses tuntutan jaminan dan mula menawarkan perkhidmatan tersebut."
Pusat Servis LHM One Stop Car yang beroperasi di Nilai kini mempunyai seramai 65 pekerja, 10 daripadanya hanya bertugas di bilik pameran PROTON. Pada tahun lepas, pusat servis tersebut telah dinaik taraf daripada 2S kepada 4S.
Ia kini membaiki sebanyak 1,300 kereta Proton secara purata bagi setiap bulan dan menerima kunjungan dari pemilik Proton yang berada di Nilai, Sepang, KLIA, Cyberjaya dan Putraya.
Baru-baru ini, Ryan turut dijemput oleh PROTON untuk melawat pengedar Geely dan Institut Penyelidikan Geely di Shanghai.
"Saya melawat pengedar Geely di sana dan apa yang saya lihat betul-betul membuka mata saya. Mereka melayan pelanggan dengan begitu baik. Walaupun Geely bukanlah sebuah jenama premium, perkhidmatan yang ditawarkan sama seperti itu (jenama kereta premium)," ujar beliau.
"Lawatan ke fasiliti Geely sememangnya pengalaman yang tidak dapat dibeli dengan wang. Saya akan mengambil beberapa idea dari situ dan melaksanakannya di pusat perkhidmatan saya," katanya.
Ryan turut berpeluang memandu uji SUV Geely Boyue, model yang bakal diperkenalkan oleh PROTON di Malaysia tahun hadapan. "Ia mempunyai rupa dan saiz yang menarik dan kualiti dalamannya benar-benar mengujakan saya," katanya. "Papan pemuka, perapi pintu, tempat duduk kulit serta kelengkapan pada Boyue mengingatkan saya pada SUV mewah Jerman yang dimiliki oleh abang saya di Malaysia. Sememangnya terbaik," kata Ryan. Beliau turut memberi pandangan mengenai enjin turbo dan kotak gear automatik. "Sangat lancar!" ujarnya dengan senyuman.
Ryan kemudiannya menyatakan pendapatnya bahawa keputusan PROTON untuk memberikan tumpuan lebih dalam pemasaran digital adalah terbaik bagi memikat pasaran belia.
"PROTON sedang menuju ke arah yang betul. Saya akan membelanjakan wang serta mempertimbangkan untuk meningkatkan pelaburan saya demi jenama ini," katanya sebagai pengakhir kata.
.
Subscribe to:
Posts (Atom)