Anda mungkin ada mendengar tentang berita pangil-balik jentera yang melibatkan brek Brembo. Seperti biasa, akan ada persoalan yang berkisar sekitar masalah ini, seperti apa yang menyebabkan kegagalan brek tersebut, dan bahagian plastik yang gagal, begitu juga dengan persoalan kenapa Brembo mengeluarkan komponen di mana logam harus digunakan.
Namun seperti kebanyakan kes, panggl-balik itu tidak semestinya suatu yang mengatakan bahawa motosikal anda tiba-tiba tidak selamat untuk ditunggang. Laporan NHTSA 17V-812 di Amerika Syarikat yang dikeluarkan lewat tahun lepas, menggariskan gejala yang telah dipamerkan beberapa motosikal Ducati. Seawal bulan Mei, 2017, Ducati menerima maklumat awal dari pelanggan mengenai kerosakan brek depan yang melibatkan motosikal di pasaran Eropah. Pada bulan yang sama juga Ducati menerima laporan kerosakan brek depan yang kedua di Eropah. Ducati memulakan penyiasatan dan mula melakukan analisis secara bersama dengan Brembo sbagai pengeluar komponen. Pada bulan September, 2017, kes Eropah ketiga ditemui. Kegagalan didapati berlaku semasa penggunaan di litar lumba dalam dua daripada tiga kes. Pada bulan November, 2017, siasatan telah dimuktamadkan dan pada 14 Disember, 2017, Ducati memutuskan bahawa panggil-balik keselamatan di seluruh dunia adalah wajar.
Bahagian yang terkesan dikenalpasti sebagai omboh silinder utama didapati retak, dan diperbuat daripada polimer polifenilena sulfida (PPS). Laporan ini menyatakan bahawa kegagalan adalah disebabkan oleh "anisotropi bahan PPS, sebagai tambahan kepada porositi yang berpotensi yang diperkenalkan semasa proses suntikan dalam pembuatannya" Anisotropi merujuk kepada perbezaan ciri bahan yang berbeza bergantung kepada arah penggunaannya. Dalam kes ini, retak menyebabkan omboh tidak dapat menghasilkan dan mengekalkan tekanan brek yang diperlukan untuk menghentikan motosikal.
Mungkin tidak menghairankan, penggunaan keras dalam litar lumba seolah-olah menjadi penyebab atau atau memburukkan keadaan. "Selain itu, keadaan yang mencabar seperti penggunaan di litar lumba, campur tangan ABS yang kerap, atau jentera yang terhempas atau terbalik boleh memburukkan dan seterusnya mendorong kegagalan," kata laporan laporan itu.
Penyelesaian Ducati adalah dengan penggantian omboh polimer tersebut dengan jenis yang dimesin dari bar aluminium, bahan yang lebih kuat, dan kurang berkemungkinan untuk mengandungi ruang atau liang. Menariknya, panggilan semula Ducati hanya menjejaskan sekumpulan kecil jentera yang dikeluarkan. "Unit yang dihasilkan sebelum bekalan pertama silinder PPS untuk pam utama Brembo dikecualikan, kerana ia diperbuat daripada aluminium. Begitu juga, unit yang dihasilkan selepas bekalan terakhir PPS silinder induk utama dari Brembo dikecualikan daripada penarikan balik juga," menurut laporan NHTSA.
No comments:
Post a Comment