Datuk Nicol David telah dilantik sebagai duta jenama Mercedes Benz Malaysia. Nicol David merupakan pemegang rekod kejuaraan skuasy wanita, dan telah memenangi tidak kurang dari lapan kejuaraan dunia terbuka World Opens dan memegang rekod dunia untuk masa terpanjang di kedudukan pertama dalam mana-mana sukan selama 112 bulan, dan adalah atlit wanita terbaik di dunia dalam sejarah Malaysia dan salah satu pemain skuasy tersohor sepanjang masa.
Di samping itu, Nicol telah memenangi dua pingat Emas dalam Sukan Komanwel berturut-turut dan juga memenangi Kejohanan Skuasy Individu Asia sebanyak sembilan kali. Sebagai salah seorang duta besar Laureus Sport for Good Foundation yang merupakan inisiatif CSR Mercedes-Benz, Nicol turut mengambil bahagian dalam projek-projek yang menerapkan perubahan positif dalam komuniti yang kurang bernasib baik melalui semangatnya untuk bersukan dan menjalani kehidupan yang sihat.
Datuk Nicol David menyertai keluarga Mercedes-Benz Malaysia sebagai penggemar kereta dan gaya hidup Mercedes-Benz. Dengan kejayaan sukannya, kecemerlangan dalam bidangnya, penglibatan sosial yang mengagumkan, keperibadian karismatik dan semangat juang yang tidak mampu ditandingi, beliau secara sempurna mampu mewakili nilai-nilai yang dipelihara oleh Mercedes-Benz, yang sememangnya asas jenama tersebut dan ciri ciri yang diwaklilnya.
"Bagi pihak Mercedes-Benz Malaysia, kami sangat gembira kerana mempunyai Datuk Nicol David bersama kami sebagai kawan kepada jenama dan duta jenama terbaru kami. David adalah lebih daripada sekadar athelete yang luar biasa, dia merupakan contoh peranan teladan kepada semua rakyat Malaysia dan penjelmaan nilai-nilai yang kami sayangi di Mercedes-Benz - semangat, disiplin, integriti, dan keazaman yang teguh untuk menjadi yang terbaik dalam permainannya . Ini dijelaskan oleh pengiktirafannya: lapan judul Dunia, 112 bulan yang mengagumkan di No. 1 dan pencapaian lain yang tidak terhingga, " kata Naib Presiden, Kereta Penumpang Jualan & Pemasaran, Mercedes-Benz Malaysia, Mark Raine.
"Saya teruja untuk bekerjasama dengan Mercedes-Benz sebagai duta jenama. Nilai-nilai jenama ini mencerminkan diri saya sendiri, saya mendambakan hanya yang terbaik dari diri saya dan sentiasa berusaha untuk mencapai kecemerlangan tanpa kompromi. Selain itu, Mercedes-Benz juga kaya dengan sejarah dan pembuat kereta yang menakjubkan, khususnya Kereta Kompak yang saya gemari sebagai seorang peminat yang hebat! Mercedes-Benz GLA seharusnya menjadi kegemaran saya, sebagai gabungan yang praktikal, dinamik dan hebat untuk dilihat. Ia sesuai untuk gaya hidup saya yang aktif dan boleh membawa semua peralatan skuasy saya dengan mudah, apatah lagi ia mudah untuk merentas bandar, " kata Datuk Nicol David.
No comments:
Post a Comment