SUV Mitsubishi Outlander 2.4L pemasangan tempatan kini diperkenal kepada umum. Ia merupakan penambahan kepada barisan Oulander setelah pengenalan Outlander 2.0L pemasangan tempatan yang diperkenalkan pada September tahun lepas oleh pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia Mitsubishi Motors Malaysia (MMM)'
Sistem dan Prestasi 4WD
Outlander 2.4L baharu ini dibekalkan dengan enjin 2.4L yang terbukti dengan kuasa 165 hp dan tork 222 Nm. Enjin DOHC MIVEC ini digandingkan dengan transmisi INVECS-III CVT dengan peralihan gear secara paddle untuk kawalan yang lebih baik.
Bertahun-tahun pengalaman memenangi Rali Dakar yang lasak telah menjadikan Mitsubishi sebagai pakar dalam kenderaan 4WD yang berkemampuan. 4WD memainkan peranan dalam peningkatan kestabilan dan daya pacuan pada permukaan licin dan sebagai ciri keselamatan aktif, ia sangat berguna dan berkesan bagi SUV dengan badandan pusat graviti yang tinggi.
Outlander 2.4L ini dilengkapi dengan sistem 4WD pintar sebagai standard merentas keseluruhan model bersesaran sama. Tidak seperti sistem 4WD dalam SUV saingan, sistem Multi-Select 4WD pada Outlander mempunyai tiga mod pilihan - 4WD Eco, 4WD Auto dan 4WD Lock - untuk memenuhi semua keadaan dan bentuk rupa bumi.
Ciri-ciri keselamatan
Keselamatan adalah kekuatan utama Outlander, sesuai dengan peranannya sebagai sebuah kenderaan keluarga. Tujuh beg udara, 4WD, ABS dan EBD, Brek Assist, Kawalan Kestabilan & Kawalan Aktif (ASTC), Hill Start Assist, tambatan ISOFIX untuk kerusi kanak-kanak kesemuanya merupakan peralatan standard bagi kenderaan ini. SUV ini juga mempunyai binaan badan Evolusi Keselamatan Impak Diperkukuh Mitsubishi (Mitsubishi Reinforced Impact Safety Evolution RISE) yang kuat.
Di samping itu, brek parkir elektronik yang tersedia di model 2.4L ini dilengkapi dengan fungsi penahan automatik Auto Hold Assist yang membolehkan hentian di lampu lalu lintas atau kesesakan lalu lintas tanpa perlu menginjak pedal brek. Sistem Langkauan Brek atau Brake Override adalah satu lagi ciri yang berfungsi sebagai langkah tanpa-gagal/failsafe, yang akan mengutamakan brek sekiranya kedua-dua pedal brek dan pemecut ditekan secara serentak dengan tidak sengaja. Ciri-ciri keselamatan yang lain termasuklah peringatan rehat atau Rest Reminder, yang mengingatkan pemandu untuk berehat seketika setelah menunjukkan tanda tanda keletihan.
Monitor pandangan sekeliling baharu yang ada pada Outlander 2.4L pula mampu membantu letak kereta dan persekitaran serta titi-buta dengan menyediakan pandangan mata burung 360 darjah di skrin tengah dengan garis panduan bersepadu untuk pandangan depan, sisi dan belakang.
Kesemua model Outlander kini datang dengan perakam video digital Digital Video Recorder (DVR) yang merakam setiap saat atau insiden sementara kenderaan sedang bergerak. Outlander juga dilengkapi dengan filem keselamatan dan solar pada semua permukaan kaca bagi keselamatan dan privasi tambahan.
Ciri-ciri Premium
Outlander mempunyai reka bentuk yang bergaya dan berani dengan penampilan depan Dynamic Shield dari Mitsubishi. Outlander 2.4L baru dilengkapi dengan sistem lampu utama LED penuh dan lampu LED siang hari di depan, ditambah lampu ekor LED untuk memberikan pencahayaan unggul dan rupa yang menarik. Roda aloi 18 inci juga adalah peralatan standard pada kesemua model, manakala model 2.4L mendapatkan reka bentuk roda dwi-warna bergaya yang baharu, ditambah spoiler belakang aerodinamik.
Badan bergayanya dilengkapi bumbung suria (sunroof) dan mempunyai tujuh tempat duduk yang selesa dengan ruang yang luas untuk seluruh keluarga. Outlander mempunyai jumlah kargo yang paling tinggi dalam kategori iaitu 1.608 liter dengan kerusi kedua dan ketiga dilipat. Pintu ekor belakang berkuasa dengan fungsi anti-jepit pada Outlander 2.4L menyediakan kemudahan mengangkut barangan yang berkemampuan.
Sistem hibur-maklumat infotainment dilengkapi skrin sentuh 7-inci dengan fungsi Apple CarPlay membolehkan sambungan lancar antara iPhone dan kereta. Skrin ini dilengkapi dengan Kawalan Isyarat Air Gesture Control untuk kemudahan tambahan. Peralatan standard lain termasuk lampu depan dan pengelap automatik, dan kemasukan tanpa kunci dengan penghidup tekan-butang.
Dengan ciri-ciri keselamatan terbaik, reka bentuk premium dan bergaya, dan kombinasi ruang serta fleksibiliti keluarga yang memuaskan, Mitsubishi Outlander pemasangan tempatan dengan nilai yang lebih baik kini bersedia untuk ditonton di semua bilik pameran Mitsubishi di seluruh negara.
Tiga warna tersedia: hitam Ruby Black, merah Red Metallic, putih Solar White hitam Ruby Black adalah warna baharu untuk Mitsubishi Outlander dan boleh didapati secara eksklusif untuk pasaran Malaysia.
SUV Outlander 2.4L baru berharga RM155,000 atas jalan tanpa insurans dan termasuk GST. Mitsubishi Motors kini mengadakan promosi diskaun Tahun Baru Cina sehingga RM4,000 untuk Outlander. Outlander juga didatangkan dengan jaminan penyelenggaraan percuma dua tahun MMM dan jaminan kilang standard lima tahun dan perbatuan tanpa had.
No comments:
Post a Comment