Litar dalam bandar F-1 Adelaide |
Ezpeleta telah memberitahu penerbitan Expansion dari Sepanyol bahawa cadangan untuk mengadakan perlumbaan di "sebuah kota yang panas" yang tidak dinamakan sedang dipertimbangkan, dan mungkin ditambah kepada kalendar grand prix yang semakin meningkat bilangan pusingannya pada tahun-tahun akan datang.
"Mungkin ada litar bandar dalam MotoGP," katanya. "Ada satu cadangan projek di bandar yang hangat. Secara teorinya, lurusan utama akan diadakan di jalan dan bersambung dengan padok tertutup, yang diintegrasikan dengan pusat konvensyen atau pameran.
Oleh itu, ada kemungkinan kita akan melihat acara MotoGP berjalan di litar jalanan sama dengan Litar Jalanan F-1 di Adelaide yang terletak di jalan utama di sekitar pusat bandar Australia tersebut, sama seperti Singapura.
MotoGP telah menambah litar di Thailand ke jadual 2018 nya, dan Finland juga bersedia untuk menyertai kalendar 20 acara dalam tahun 2019 kelak. Ezpeleta berkata sebanyak lapan negara lain telah menyatakan minat untuk menganjurkan perlumbaan MotoGP pada masa akan datang, tetapi menekankan bahawa kejohanan itu tidak mempunyai rancangan untuk menganjurkan lebih daripada 20 pusingan.
"Buat masa ini terdapat senarai kira-kira lapan negara yang akan memilih pusingan kejuaraan, tetapi kami tidak boleh menambahnya hingga 26 perlumbaan," katanya.
Dorna juga difahamkan telah berbincang mengenai pusingan di Mexico, walaupun Emiriah Arab Bersatu juga merupakan calon untuk menganjurkan acara jalanan yang berpusat di bandar. Litar jalanan MotoGP di Qatar? Mungkin juga!
No comments:
Post a Comment