Pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia iaitu Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini secara rasmi nya telah melancarkan trak
pikap 4x4 baharu Triton Athlete.
Ditawarkan hanya dalam warna hitam atau Black
Mica, Triton Athlete dibina untuk `Atlet Harian’ dan mengenengahkan konsp ketangkasan dan kelincahan Triton untuk menghadapi cabaran jalan
raya setiap hari di Malaysia.
Ciri-ciri Baharu
Daripada aspek estatika, Triton Athlete baharu
ini menggayakan Hiasan Bamper Hadapan baharu, Gril Hitam dengan corak
padanan indunan madu (Honeycomb Mesh) baharu, Rim Aloi Hitam 17” baharu, Batang
Sports baharu dan pelekat Kelabu Gelap & Oren. Ciri-ciri lain dalam Hitam
merangkumi Pijakan Sisi, Cermin Pintu, Pemegang Pintu, Bamper Belakang dan
Spoiler Belakang baharu.
Triton Athlete dilengkapi Sistem Infohiburan
baharu dengan Apple Car Play turut didatangkan dengan rekaan dalaman Black
Monotone dengan gabungan kulit Oren bertebuk dan sulaman
‘ATHLETE’
yang sepadan dengan jahitan Oren pada Kulit
Steering, Kulit Tombol Gear, Trim Pintu dan Konsol Tengah.
Keluarga Triton
Triton
Athlete adalah varian baharu yang ditambah kepada barisan model Triton
sedia ada dan ditawarkan pada harga yang mampu dimiliki sama seperti Triton VGT
Adventure X.
Ketua Pegawai Operasi MMM, En Ilham Helmi, Duta Jenama Mitsubishi Brand Leona Chin dan Ketua Pegawai Eksekutif MMM En Shinnishi |
Enjin dan Prestasi
Triton dijana oleh enjin turbodiesel
2.4 liter MIVEC yang memenangi hadiah, dengan teknologi Pembolehubah
Pemasaan Injap. Digabungan dengan Variable
Geometry Turbo (VGT), ia menghasilkan kuasa
181 PS dan kuasa kilas 430 Nm.
Semua model Triton diimport
sebagai kenderaan Dipasang Sepenuhnya (CBU) dari hab pengeluaran global Mitsubishi
Motors di Thailand.
Keselamatan
Triton Athlete dilengkap dengan tujuh beg udara SRS, Edaran kuasa-Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek
(BA), Kestabilan Aktif dengan Kawalan Cengkaman, Bantuan di Bukit (HSA), Bantuan
Kestabilan Trailer (TSA) dan Sistem
Mengatasi Brek untuk pemanduan yang tenang sepenuhnya. Keselamatan Triton
diperteguhkan lagi oleh pembinaan badan kukuh Mitsubishi Reinforced Impact Safety Evolution (RISE).
No
|
Model/Varian
|
Harga Atas Jalan OTR tanpa insurans termasuk GST (RM) di Semenanjung Malaysia
|
Warranti
|
1
|
Triton VGT Athlete
|
126,990.00
|
Semua varian Triton kecuali Triton Quest: Waranti Lima Tahun atau 200,000km
Triton Quest: Waranti Lima Tahun atau 100,000km
|
2
|
Triton VGT Adventure X
|
126,990.00
| |
3
|
Triton VGT AT Premium
|
116,300.00
| |
4
|
Triton VGT AT GL
|
103,800.00
| |
5
|
Triton VGT MT
|
107,600.00
| |
6
|
Triton MT
|
93,920.00
| |
7
|
Triton Quest
|
77,390.00
|
· Sebut harga adalah atas jalan tanpa insurans, termasuk GST bagi pendaftaran persendirian di Semenanjung Peninsular Malaysia (tidak terpakai di zon bebas cukai).
· Tertakluk kepada terma dan syarat.
|
No comments:
Post a Comment