Kerosakan ataupun alur jalan adalah masalah besar untuk motosikal, kerana dinamik stereng motosikal adalah berbeza dari kereta. Melanggar alur jalan dengan kereta pun akan mengakibatkan sedikit kehilangan kawalan stereng, tetapi lebih mudah dikawal oleh kenderaan empat roda dan stereng kuasa.
Sekiranya anda belum pernah mengalami kehilangan kawalan motosikal yang serius, anda mungkin tertanya-tanya apa yang sedang berlaku. Tetapi sebaik sahaja anda mempunyai motosikal tiba-tiba menarik ke sebelah dalam keadaan trafik yang sesak, anda akan mendapat motivasi untuk memahami apa yang berlaku, dan ingin tahu bagaimana untuk menguruskan situasi sedemikian.
Lazimnya terdapat dua jenis alur jalanraya yang berbeza, yang akan kita rujuk sebagai "alur lori" dan "alur tayar". Alur lori lori adalah keadaan jalan di mana terdapat empat alur yang berbeza yang sepadan dengan lebar dua roda belakang pada trak komersial yang besar. Jalanraya yang kerap dilalui trak berat secara beransur-ansur aka mendap dan merosakkan profil jalan tar yang mengikut bentuk empat tayar lori di belakang.
Alur tayar lebih kerap terjadi di bandar-bandar besar di mana kenderaan penumpang sering melalui jalantersebut yang kadangkala disebabkan keadaan tanah atau haba, akan menyebabkan mendapan yang mungkin tidak kelihatan dengan mata kasar. keadaan sebegini lebih kerap terjadi di jalan yang diturap sewaktu musim hujan dan tar yang diturap tidak mengering dan memampat dengan baik.
Masalah bagi penunggang motosikal ialah geometri roda depan bertindak balas dengan cara yang aneh jika tayar melalui alur jalan yang rosak ini. Anda mungkin mengalami keadaan di mana motosikal anda tiba tiba tersasar dari satu lorong ke lotong bersebelahan, atau tiba-tiba menyasar ke arah yang baru. Dan anda juga akan mendapat maklum balas stereng yang pelik, seperti perasaan bahawa roda depan seperti menekan atau menolak hendal. Mari kita lihat mengapa ini terjadi, dan kaji beberapa cara untuk mengekalkan kawalan.
Jika tayar berada di tengah-tengah jalan yang mendap, selagi tayar itu menyentuh permukaan jalan di bahagian tengah tayar, motosikal anda akan bergerak lurus ke hadapan.
Tetapi ingat bahawa bagi kenderaan dua roda seperti motosikal dan juga basikal, roda depan sentiasa beralih arah dari satu sisi ke sisi lain untuk mengekalkan basikal atau motosikal anda dalam keadaan seimbang. Ia adalah fenomena semula jadi. Ini juga bermakna bahawa tunggangan anda tidak akan mengikut bahagian tengah alur dengan tepat. Dan apabila tunggangan anda beralih ke arah tepi jalan, titik sentuhan tayar juga bergerak ke bahagian itu.
Apabila titik sentuhan ini beralih dari bahagian tengah, tayar akan menyeret tunggangan anda ke arah tersebut, dan memacu pusat roda depan. Contohnya, jika kedudukan titik sentuhan bergerak ke arah kanan, ia akan cenderung untuk mengarahkan roda depan ke arah kanan, iaitu arah keluar dari alur. Tetapi ingat, motosikal cenderung beralih di sekitar pusat jisim, iaitu apa yang kita tahu sebagai 'counter-steering' atau timbal-kemudi, iaitu keadaan di mana jika anda menolak hedal disebelah kanan, tunggangan akan bergerak ke KANAN walaupun hendal berpusing ke KIRI. Keadaan ini akan mengarahkan tunggangan kembali ke arah alur tersebut sekali lagi.
Keadaan yang berulang ini akan menyebabkan tunggangan anda terhoyong hayang ke kiri dan ke kanan, dan seretan tayar di tengah dan keluar mungkin menyebabkan tunggangan anda beralih ke lorong sebekah. Perasaan atau maklumbalas pada hendal boleh jadi mengejutkan, kerana anda mungkin menentang pergerakan itu, tetapi tunggangan anda sebaliknya bergerak lebih jauh. Dan sekiranya terdapat dua alur bersebelahan (seperti jalan dengan alur lori), usaha mengekalkan keseimbangan tunggangan akan menjadi amat sukar dan anda mungkin terjatuh.
Secara semulajadi, geometri roda depan akan mampu menstabilkan tunggangan selepas melepasi turapan yang tidak rata. Tetapi di jalanraya di mana kerosakan alur lori ini berterusan, tunggangan anda mungkin tidak sempat pulih ke keadaan yang seimbang sebelum ia sekali lagi menghadapi fenomena yang sama.
Bagaimana menangani keadaan ini?
Walaupun di jalan yang teruk, terdapat beberapa kawasan lorong yang biasanya lancar, termasuk pusat lorong, dan tepi lorong yang sangat.
Walaupun di jalan yang agak teruk, bahagian paling tengah dan juga paling tepi mungkin agak rata tanpa alur. Tungganglah di sana, dan jika anda terpaksa juga meredah bahagian yang rosak, perlahankan tunggangan anda dan lalu dengan perlahan, kerana ia akan lebih mudah dikawal dan tidak terasa "menarik" tunggangan anda dengan terlalu kuat. Jangan menunggang di tepian yang sendeng, cuba pintas lekukan atau tebing secara berdepan kerana ia lebih mudah dikawal, tanpa menarik tungganagn anda ke tepi.
No comments:
Post a Comment