Bayangkan kita mengembara, ataupun balik dari pasar, dengan beg beg barangan di atas motor, dan kita perlu isi minyak. Nak bayar di kaunter stesyen minyak, terpaksa tinggalkan barang dan beg atas motor. Risau pulak, kan?
Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa cara mudah untuk anda mengisi bahanapi atau petrol motosikal (mahupun kereta) ialah di stesen minyak Petron. Apatah lagi bagi penunggang motosikal yang mempunyai beg atau barang di atas motosikal, dan berasa tidak selesa untuk meninggalkan motosikal atau barang mereka, semata mata kerana perlu ke kaunter untuk membuat bayaran tunai atau menggunakan kad kredit mahupun debit. Lebih lebih lagi ketika perjalanan jauh, dengan beg pakaian dan juga beg melekap di tangki bahanapi, yang mudah diambil orang.
Mari kita lihat kenapa.
Rata rata banyak stesen minyak kini menawarkan pembayaran tanpa tunai secara elektronik di pam minyak. Pembayaran boleh dibuat samada dengan kad debit ataupun kredit. Jadi kalau tak ada wang tunai pun tak jadi masalah.
Namun begitu, masalah paling besar yang dihadapi dengan penggunaan kad kredit atau debit ini lazimnya adalah kad anda akan dicaj dengan pembekuan nilai yang dipanggil pra-kelulusan sebanyak RM200. Bermakna bank akan menganggap anda seolah olah telah membuat belian sebanyak RM200, dan hanya akan melaraskan nilai sebenar dalam masa tiga hari. Jika anda sedang menjelajah atau membuat perjalanan jauh, dan menggunakan kad untk mengisi petrol, kad anda akan dicaj sebanyak RM200 X 3 iaitu RM600 untuk hari tersebut jika sistem pembayaran pusat bank anda tidak sempat melaraskannya pada hari yang sama. Hal ini tentu menimbulkan masalah kekangan dan membataskan penggunaan kad debit atau kredit anda.
Di pam minyak Petron, ada cara untuk mengatasi masalah ini. Untk mengelakkan anda dari dicaj jumlah pra-kelulusan sebanyak RM200 ini, anda boleh menggunakan fungsi PRESET atau penentuan jumlah nilai pembelian yang anda inginkan. Masukkkan atau tetapkan jumlah pra-kelulusan yang diingini, sebagai contoh RM5 atau apa saja jumlah yang anda rasa mencukupi untk motosikal atau kereta anda, dan ikut arahan seterusnya sehingga selesai mengisi bahanapi.
Dengan cara ini, kad debit atau kredit anda TIDAK akan dicaj jumlah pra-kelulusan RM200 tersebut. Tak perlu tinggalkan motosikal untuk membayar di kaunter, jadi tak risau kalau barang atau beg atas motosikal hilang ataupun motosikal dicuri.
Dan, jika anda ada kad PetronMiles, anda akan mendapat mata ganjaran, yang boleh ditukar dengan petrol dan pelbagai barangan lain.
Mudah kan?
No comments:
Post a Comment