Sistem injap ekzos yang digelar kuasa mutakhir ini telah digunapakai di dalam sistem ekzos motosikal Yamaha. Ia mengembangkan atau mengecilkan diameter ekzos dengan injap rama-rama pada kelajuan enjin yang berbeza beza. Ini membolehkan pelarasan diameter ekzos bagi mengoptimumkan tekanan-balas atau backpressure pada kelajuan enjin yang bersesuaian, untuk meningkatkan prestasi rpm julat rendah ke pertengahan, dan memastikan keluaran kuasa yang lebih sekata atau linear. Secara teknikal ia nya lebihkurang sama dengan Yamaha Power Valve System YPVS atau Injap Kuasa Yamaha yang digunakan mereka pada enjin dua lejang.
Moniker atau singkatan EXUP ini telah digunakan oleh Yamaha yang pertama sekali membangunkan sistem ini untuk Yamaha FZR1000 Exup. Sistem injap kuasa empat lejang ini menggunapakai injap ekzos yang didorong oleh motor servo elektrik. Ini membolehkan diameter kepala paip ekzos yang besar untuk aliran gas yang sangat baik pada kelajuan enjin yang tinggi, dan injap ini menyekat aliran pada kitaran atau rev enjin yang lebih rendah untuk mempercepatkan aliran gas. Ia memberikan daya kilas atau tarikan dari rpm rendah dengan lancar, sehingga garis merah pada 11,500 rpm. Ia juga membolehkan angkatan injap tinggi yang sangat radikal. Yamaha menggunakan sistem injap ini pada model YZF yang diberikutnya (Thunderace) dan model R1 dari tahun 1998.
Selepas itu Honda, Suzuki, dan Triumph juga kini menggunakan variasi sistem yang sama. Honda menggunakan sistem Honda Titanium Exhaust Valve (HTEV) dan Honda Variable Intake/Exhaust (H-VIX), yang muncul pada CBR600RR dan Honda CBR929RR. Versi Suzuki pula digelar Suzuki Exhaust Tuning (SET). Sistem ini juga digunakan pada Triumph Daytona 675 tiga selinder.
No comments:
Post a Comment