Tempahan Lexus RX350L dan NX 300 kini dibuka

Semua Pusat Pengedar Lexus yang diberi tauliah oleh UMW Toyota di seluruh Malaysia kini mula menerima tempahan untuk model terbarunya dalam barisan crossover mewahnya, iaitu model NX 300 & RX 350L 2018.

Model RX 350L telah diperkenalkan tahun lalu di Los Angeles Auto Show, yang menampilkan kerusi baris ketiga bagi menawarkan hingga tujuh tempat duduk tanpa mengorbankan ruang kargo dan merupakan antara yang terbaik dalam kelasnya.

RX 350L dikuasakan enjin 3.5 liter V6 yang menyampaikan 294hp dan dioptimumkan dengan Transmisi Kawalan Elektronik Pintar lapan kelajuan (ECT-i). Ia juga dilengkapi dengan sistem AWD Control Torque Active Lexus untuk mengagihkan pengedaran tork dari 100: 0 hingga 50:50 depan ke belakang, bergantung pada dinamik pemanduan dan keadaan jalan raya. RX 350L adalah kombinasi fungsi, teknologi, keselesaan, dan kemewahan yang menjadikannya ideal untuk keluarga besar atau mereka yang mempunyai gaya hidup yang pelbagai.
NX 300 pula telah dilancarkan pada pameran Motor Shanghai tahun lepas, menerima penambahbaikan gaya luar yang berani untuk memikat pengguna mewah generasi baru.

Lojikuasa NX 300 merupakan enjin 2.0-liter turbo berkuasa dan jimat bahanapi Lexus mampu menghasilkan 235 hp untuk prestasi dinamik. Varian hibrid pula didatangkan dengan enjin 2.5-liter 4-sebaris yang digabungkan dengan sepasang motor elektrik, bagi menawarkan kuasa dan ekonomi bahanapi. Dibina untuk pemanduan menawan yang menjanjikan prestasi pemanduan, NX didatangkan dalam empat varian iaitu Urban, Premium, F SPORT dan Hybrid.

RX 350L dan empat varian baharu NX 300 yang diimport sepenuhnya dari Jepun ini dijadualkan tiba pada awal Februari 2018 kelak.









The 2018 Lexus NX
Peninsular Malaysia
Sabah
Sarawak
NX 300 Urban
RM 311,900
RM 315,377.80
RM 315,377.80
NX 300 Premium
RM 329,800
RM 333,277.80
RM 333,277.80
NX 300 F SPORT
RM 387,900
RM 391,377.80
RM 391,377.80
NX 300 Hybrid
RM 397,800
RM 401,099.60
RM 401,099.60
The 2018 Lexus RX
Peninsular Malaysia
Sabah
Sarawak
RX 350L
RM 475,000
RM 477,755
RM 477,755
Harga termasuk GST tanpa insurans

Lexus RX350L







NX 300














No comments: