Motorcyclenews.com hari ini mendedahkan bahawa 'sumber sumber' mereka memberitahu yang pelumba Malaysia, Hafizh Syahrin telah tersenarai sebagai salah seorang calon utama untuk menggantikan pelumba Jerman Jonas Folger dalam pasukan Monster Yamaha Tech 3 untuk musim 2018 MotoGP.
Jika ia nya benar, pelumba berusia 23 tahun itu berpotensi menjadi pelumba pertama dari Asia Tenggara yang akan beraksi di kelas utama.
Folger, yang sedang sakit telah mengumumkan minggu lalu bahawa dia akan berehat musim ini (klik sini untuk baca semula), dan telah digantikan oleh Yonny Hernandez pada ujian Sepang minggu ini. Namun begitu Hernandez telah menandatangani perjanjian berlumba untuk Pedercini Kawasaki di Superbikes Dunia WSBK dan pengurus pasukan Tech3, Herve Poncharal menegaskan bahawa beliau tidak akan melanggar kontrak penunggang untuk mendapatkan pelumba gantian, maka harapan anak Colombia itu untuk menunggang jentera Yamaha hanya sekadar selama minggu ujian tersebut sahaja.
Ujian di sepang tentunya telah membuka peluang pertemuan empat mata untuk menawarkan seorang pelumba yang berpengalaman dan berpotensi, dan berkebetulan sedang mencari penajaan pasukan: siapa lagi kalau bukan Hafizh Syahrin. Kini ditaja oleh Litar Antarabangsa Sepang untuk projek pembangunan mereka, potensi peralihan Hafizh dari pasukan Moto2 yang ditaja oleh Sepang ke pasukan kelas perdana untuk musim yang akan datang tentunya akan disambut baik dan selaras dengan program pembangunan tersebut.
Poncharal, yang berada di ujian minggu ini di litar Sepang, mengesahkan pada MCN bahawa nama pelumba Malaysia tersebut kini berada dalam senarai potensi mereka - tetapi menegaskan bahawa kesepakatan masih belum rasmi.
"Pada masa ini, tiada apa yang telah ditentukan sejauh ini, kerana terdapat keutamaan yang berbeza dari beberapa rakan saya. Mereka mempunyai idea yang berbeza bergantung kepada sama ada mereka berada di sebelah sana Atlantik atau sebelah yang lain, dan bagi sesetengah dari mereka, Asia sangat penting namun bagi yang lain ia nya tidak begitu.
"Hafizh Syahrin adalah salah satu nama baru yang tidak ada dalam senarai sebelum ini sehinggalah kini tetapi percayalah, ia masih jauh dari rasmi. Sekarang, saya sangat penat dengan situasi kini. Kita perlu menjaga hati pengilang motosikal kami dan penaja kami, dan kontrak yang saya jual selama ini adalah bersama paparan pasangan Johann Zarco dan Jonas Folger. Paparan pelmba yang berbeza perlu dibincangkan semula, dan setiap orang mempunyai idea mereka sendiri dan saya berada di tengah-tengah. "
Walaupun hanya berumur 23 tahun, Hafizh telah menghabiskan lima musim di kelas pertengahan sejak menyertai padok Grand Prix sepenuh masa pada tahun 2013, dengan kemunculan terbaik pada tahun kesembilan dalam tahun 2016 dan meraih dua podium tahun lalu dalam keadaan hujan di Misano dan Motegi.
Kita nantikan perkembangan selanjutnya.
No comments:
Post a Comment