Yamaha MT, XSR, Tracer, XV950 dan YZF-R3 kini boleh menaiktaraf gantungan motosikal mereka dengan kit Öhlins rasmi Yamaha. Malah ada juga kit Öhlins untuk model lebih kecil seperti Yamaha LC 135!
Kerjasama terkini antara Yamaha dan Öhlins meperkenalkan pelbagai kartrij topang atau fork hadapan dan kit spring bersesuaian, serta pilihan penyerap kejutan untuk model model Yamaha yang popular dalam segmen Hyper Naked, Sport Heritage dan Sport Touring.
Produk Öhlins khusus untuk model motosikal Yamaha anda kini boleh ditempah dari pengedarnya. Malah, pengguna Yamaha di luar negara lebih beruntung kerana produk Öhlins baharu ini ada dipaparkan pada aplikas My Garage 3D Yamaha, yang membolehkan pembeli untuk membina dan menempah motosikal tersendiri mereka sendiri menggunakan aplikasi tersebut.
No comments:
Post a Comment