Z900RS kesinambungan lagenda Z1

Malam tadi kami berkongsi siaran langsung pelancaran Kawasaki Z900RS. Model ini mengajak anda untuk menyertai perkembangan minat dalam kategori motosikal retro moden. Ia dikuasakan oleh enjin 900 cc sejukan cecair empat lejang dan dinobatkan sebagai penghormatan kepada Z1 yang legenda, .
Enjin Z terbaru dengan konfigurasi tradisional empat silinder sebaris dan reka bentuk bingkai kedua menggunakan teknologi analisis terkini. Usaha meliuas telah dibuat untuk mencapai rupa dan gaya Z900RS. Ia diilhamkan dari motosikal Kawasaki Z1, tetapi dilengkapi dengan teknologi moden dan teknik ketukangan mahir bagi menghasilkan tahap sudahan tinggi yang mengatasi model Z1 itu sendiri.
Z900RS juga tersedia dalam variasi dengan imej pelumba kafe. Antara ciri-ciri Z900RS ialah:

• Rasa tunggangan serasi
• Nada ekzos Kawasaki yang ditala buat julungkalinya
• Kerangka trellis ringan
• Topang terbalik 41 mm
• Suspensi mendatar belakang
• Brek depan dipasang secara radial
• Posisi tunggangan santai
• KTRC (Kawasaki Traction Control)
• Klac gelincir dan berbantu
• Gaya malar segar
• Tangki bahanapi bentuk ikonik
• Rekabentuk enjin yang ringkas dan kemas
• Rekabentuk ekzos yang teliti, kemas, dari bahan bermutu
• Lapu depan bulat LED
• Ekor berinspirasi Z1 berlampu LED
• Instrumentasi dwi muka jam dengan paparan LCD multi fungsi
• Roda tetuang berjejari
• Ketelitian pada penyudahan

Edisi istimewa bertemakan jingga Z900RS ditawarkan pada harga RM69,900 termasuk GST, manakala model standard dijual pada harga RM2,000 lebih murah.








No comments: