Juara kategori WIRA KBS 2017,
Muhammad Aiman Tahiruddin tidak gentar untuk berdepan cabaran pelumba senior meskipun
terus melangkah ke kategori CP150 bagi saingan Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia
PETRONAS musim 2018 yang akan membuka tirai di Litar Tangkak pada 31 Mac dan 1
April ini.
Pelumba berusia 17 tahun itu
diberi sepenuh kepercayaan oleh pasukan baharunya musim ini, PETRONAS Sprinta
Yamaha-CKJ untuk beraksi dalam kelas perdana bergandingan bersama naib juara
keseluruhan CP150 2017, Ahmad Afif Amran dan seorang lagi pendatang baharu
pasukan, Md Hafiz Azman.
Aiman Tahiruddin |
“Saya gembira dan sangat teruja
kerana dapat beraksi dalam kelas CP150 pada musim ini,” jelas Muhammad Aiman
yang meraih enam podium termasuk tiga kemenangan pada musim lepas.
“Sesi pertama sangat penting kepada
saya. Saya berharap dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan memahami rentak
pelumba-pelumba senior. Mujurlah banyak latihan dan persediaan dilakukan
sepanjang tempoh rehat lepas bagi membantu saya untuk lebih memahami jentera,”
jelas Muhammad Aiman.
Perkara serupa turut diakui oleh
seorang lagi pendatang baharu yang beralih dari kelas Wira ke kelas CP150, MD
Aiman Azman. Pelumba berusia 18 tahun itu akan bergandingan
bersama dua lagi pelumba rookie CP150, Azroy Hakeem Anuar dan Harith Farhan
Baharin di dalam pasukan Idemitsu Honda Givi Yuzy Racing.
Aiman Azman |
“Saya
dan pasukan mempunyai cabaran
sangat besar pada tahun ini. Ketiadaan Mohd Zaqhwan Zaidi menyaksikan
pasukan
kami merupakan barisan termuda di litar. Azroy dan Harith pernah beraksi
dalam
kelas CP115 namakala saya terus melangkah ke kelas CP150 dari kelas
Wira. Pengalaman menjadi kekurangan kami namun saya percaya seluruh
pasukan akan bekerja-keras untuk membantu kami,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment