Peminat tegar MotoGP™ dan peminat VR46 tentu sekali akan mengingati saat sengit yang berlaku pada 25 Oktober 2009 di Malaysia bilamana Valentino Rossi memenangi Kejohanan Dunia MotoGP™ buat kali terakhir .
Sejak itu, persoalan sama ada Rossi boleh memenangi gelarannya ke-10 telah berkali kali diajukan padanya. Ketika merayakan kejayaan itu sehingga awal pagi 26 Oktober 2009, mungkin tiada siapa yang menjangkakan bahawa kejayaan yang serupa tidakkan dikecapi Rossi walaupun telah hampir satu dekad berlalu.
Rossi telah mengalami kejayaan dengan pelbagai pilihan jentera. Kini, kurang dari setahun lagi menuambut ulang tahun ke-40nya. Sedang kita mengira waktu untuk menyaksikan pusingan Qatar, Rossi bersedia untuk memulakan musim ke-23nya dalam Kejohanan Dunia, dan belum lagi menunjukkan bayangan keinginannya untuk berhenti, malah telah membuat pernyataan bahawa beliau mungkin beraksi selama dua musim lagi. Rossi seolah masih berpegang teguh pada impiannya untuk memcatat kejayaan muncul juara keseluruhan terakhir sebelum meneroka kerjaya baharu.
Apakah impian itu akan berakhir dengan kenyataan, atau kejayaannya di Sepang sembilan tahun lepas itu merupakan bab akhir kejuaraan MotoGP™ Rossi?
Faktor umur nampaknya bukan merupakan menentu kelebihan daya saing Rossi. Di pentas perlumbaan motosikal tersohor dunia itu ketika kebanyakan penunggang telah menggantung sut lumba kulit mereka, Rossi terus menongkah usia dan logik. Seleranya untuk persaingan yang pantas bermakna dia secara logiknya akan menandatangani kontrak dua tahun baru dengan Yamaha untuk berlumba hingga akhir tahun 2020, iaitu sehingga umurnya mencecah 41 tahun!
Patah tulang pada tahun 2010 dan 2017 dan impian yang luluh pada tahun 2015 tidak mengurangkan keghairahannya untuk berlumba. Sesiapa yang meragui sejauh mana keghairahannya untuk MotoGP™ mungkin perlu menyaksikan kembali pusingan MotorLand Aragon pada September lepas, ketika dia menyudahkan perlumbaan tersebut dalam kedudukan lima teratas hanya 24 hari selepas kaki kanannya patah teruk dalam kemalangan enduro.
Nyata usia dan kelajuan Rossi bukanlah titik lemah dalam cabaran kejuaraannya bagi musim 2018, kerana jelas sekali Rossi masih berada dalam keadaan mental dan fizikal yang baik. Dan selepas mengakhiri ujian pra musim di Qatar, dia masih terbukti laju dengan masa terpantas kedua.
Daripada jumlah 89 kemenangan kelas perdananya dalam 139 perlumbaan, hanya 12 dicatat sejak kali terakhir beliau dinobatkan sebagai Juara Dunia pada tahun 2009. Ini merupakan purata kemenangan di bawah 10% dan hanya satu kemenangan melebihi apa yang dicapai oleh Marc Marquez untuk mencapai kejuaraan dalam tahun 2016 dan 2017. Marquez memulakan perjalanannya MotoGPnya pada tahun 2013, dan Rossi telah memenangi 10 perlumbaan berbanding dengan 35 perlumbaan yang dicatat pelumba muda Sepanyol itu. Satu lagi perbandingan ialah Andrea Dovizioso, yang telah memenangi enam perlumbaan dalam 13 perlumbaan terakhir 2017, berbanding Rossi yang menang enam kali dari 51 perlumbaan yang diceburinya. Jika Rossi memenangi kejuaraan ke-10 pada musim 2018 ini, kesemua statistik ini sudah cukup untuk membuktikan bahawa ia merupakan pencapaian terbaiknya dalam sejarah kariernya.
Tetapi jika beliau gagal muncul juara dalam musim 2018 ini, The Doctor masih boleh mengusahakannya tahun depan, atau tahun berikutnya, dan seterusnya.......
No comments:
Post a Comment