Okubo dan Azlan Shah pasrah di Buriram

Bahang kehangatan Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand menyimpulkan penyudahan malang bagi Hikari Okubo dan pasukan Kawasaki Puccetti Racing pada pusingan kedua Supersport World Championship FIM WorldSSP 2018 yang berlangsung hujung minggu yang lepas.

Selepas satu permulaan yang baik dan perlumbaan yang mencabar, pelumba Jepun itu telah terjatuh di selekoh terakhir pada pusingan terakhir ketika dia berjuang untuk kekal dalam kelompok enam pelumba di hadapan. Bermula dari petak kesembilan di barisan permulaan, Okubo berjaya memperbaiki kedudukannya dan melintasi garisan di tempat keenam pada pusingan pertama.
Beliau yakin untuk mendapatkan hasil yang baik di litar Asia tersebut, dan dia terus berusaha keras tetapi telah terjatuh ketika cuba memotong di peringkat akhir, namun masih berjaya bangkit untuk menamatkan perlumbaan di tempat kesembilan belas.

Azlam Shah Kamaruzaman, yang menggantikan Kenan Sofuoğlu bagi pusingan Thai ini, mengalami hujung minggu yang kurang baik dengan tayar Kawasaki ZX-6R Pirelli dan dengan komponen yang berbeza daripada motosikal yang ditunggangnya dalam Kejohanan Asia dan tamat di tempat keenam belas di pinggir zon pungutan mata.

Selepas siri perlumbaan di luar Eropah yang pertama, Kejohanan Supersport ini akan membuat penampilan musim di Eropah dalam tempoh tiga minggu lagi, iaitu pada 14 dan 15 April 2018 di Litar Motorland Aragon, Sepanyol.


No comments: