Petronas Sprinta Racing sedia hadapi Qatar

Adam Norrodin & Ayumu Sasaki
PETRONAS Sprinta Racing menamatkan ujian pra musim di 2018 di Circuito de Jerez semalam.
 Keadaan cuaca yang kurang baik telah memendekkan masa litar kering kepada hanya tiga sesi dalam ujian tiga hari, kedua dua pelumba Adam Norrodin dan Ayumu Sasaki mengenepikan keutamaan dari cubaan mencatat masa pusingan, untuk menumpukan perhatian mereka bagi memperhalusi mesin Honda NSF250.
Sedikit kata dua untuk Adam dari Johan Stigefelt
 Adam Norrodin membuat permulaan yang mantap semasa melakukan penambahbaikan pada tetapan suspensi dan brek enjin. Puas hati dengan persiapan muktamad jentera #7nya, anak muda Malaysia itu meninggalkan Jerez dengan keyakinan baru sebelum pusingan pembukaan minggu depan di Qatar.
Adam
 Dengan enjin baru pada jentera #71, brek enjin adalah tumpuan utama untuk ujian bagi Sasaki dan krewnya. Walaupun masa trek yang terhad dan menghadapi beberapa masalah teknikal pada hari pertama, pelumba berusia 17 tahun itu masih dapat membuat ujian dengan masa terpantasnya di sekitar Litar Sepanyol. Waktu pusingan 1m46.9s juga memastikan pelumba Jepun manawan tempat ke-12 secara keseluruhan dalam masa gabungan.
Ayumu
"Kami meninggalkan Jerez dengan pakej yang baik untuk kedua-dua pelumba," kata Pengurus Pasukan, Johan Stigefelt. "Sudah tentu kami ingin mempunyai sedikit masa untuk mencuba perkara-perkara lain tetapi kami mempunyai ujian yang baik di Malaysia dan kami tahu arah tuju kami. Sekarang kamia sudah bersedia untuk Qatar. Kami gembira dengan pra-musim kami, dan kedua-dua pelumba tahu apa yang perlu mereka lakukan dan kami teruja untuk memulakan musim 2018 ini. Kami akan berusaha keras. "


No comments: