Yamaha Motor Co., Ltd. telah mengumumkan pembangunan motosikal 'trial' elektrik TY-E untuk bersaing di 2018 FIM Piala Trial-E. Ia memanafaatkan ciri-ciri unik kuasa elektrik dan penampilan sulungnya dijadualkan di Auron, Perancis pada 14-15 Julai, dan Comblain au Pont di Belgium pada 21-22 Julai.
Kenichi Kuroyama yang kini bersaing dalam kelas Super IA Kejohanan Trial All Japan akan mewakili Pasukan Yamaha Factory Racing. TY-E juga akan dipamerkan di gerai Yamaha Motor di Pameran Motosikal Tokyo tahun ini, yang diadakan di Tokyo Big Sight mulai kelmarin.
TY-E adalah pembangunan maju yang berasal dari aktiviti pembangunan dan penyelidikan atau R & D berterusan syarikat pembuat motosikal tersebut. Amalan "R & D Berubah" membenarkan penggunaan 5% dari jumlah jam kerja di Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan mengikut budi bicara kakitangannya, yang digunakan sebagai peluang untuk menyediakan kegiatan sukarela dan autonomi untuk mewujudkan inovasi tanpa terikat dengan kerangka konvensional. Amalan ini membolehkan menumpukan pada model percubaan untuk persaingan dan mengusahakan pembangunannya untuk membantu mengatasi masalah pembangunan EV seperti mendapatkan keluaran kuasa yang tinggi dari komponen bersaiz kecil dan ringan, dan kemudahan menunggang seperti yang diharapkan penunggang.
Ciri-ciri TY-E termasuk
1) motor berkuasa tinggi jenis putaran tinggi yang mencapai prestasi tinggi di luar jalan dengan tork berkelajuan rendah yang berkuasa dan pecutan tinggi,
2) teknologi kawalan motor yang mencapai respon yang sangat baik dan rasa kuasa dari kelajuan sangat rendah hinggalah tinggi
3) unit kuasa dilengkapi dengan klac mekanikal yang menjamin kuasa dan kawalan serta-merta, dan motor elektrik yang dioptimumkan bagi prestasi cengkaman yang sangat baik,
4) pek bateri output tinggi yang padat dengan komponen kompak dan ringan,
5) kerangka monocoque CFRP yang paling ringan, sambil mengekalkan ketegaran optimum dan dilengkapi ruang penyimpanan bateri, dan
6) gaya tirus yang tidak mengganggu tindakan penunggangan dinamik.
Piala Trial-E FIM
Ini adalah satu-satunya acara FIM (Fédération Internationale de Motocyclisme) di mana jentera trial elektrik sahaja boleh bersaing. Acara ini diadakan buat kali pertama tahun lepas pada 24-25 Jun di Lourdes di Perancis. Seramai 11 pelumba telah menyertai acara ini, dengan pelumba Sepanyol, Marc Colomer memenangi kejuaraan itu. Tahun ini, dua perlumbaan dijadualkan; Auron di Perancis pada 14-15 Julai, dan Comblain au Pont di Belgium pada 21-22 Julai 2018 kelak.
No comments:
Post a Comment