Yamaha Xmax 250 RM22,498.50

Pra-tonton Yamaha X-Max 250 telah diadakan bersempena pelancaran Yamaha MT09 2018 pada 12 Januari 2018 lepas. Hong Leong Yamaha Motor memasarkan X-Max 250 ini yang dilengkapi enjin 4-lejang 249cc SOHC sejukan cecair yang mampu menghasilkan kuasa 20 hp pada 7,500 rpm dan tork sekitar 21Nm pada 6,000 rpm, dengan sistem transmisi V-Belt Automatik. Ia nya akan berada di pengedar Yamaha berdekatan anda mulai hujung bulan ini.
Pelananya amat selesa pada ketinggian 785mm bagi membolehkan ia nya diimbangkan dengan mudah di hentian lampu isyarat, disamping menyembunyikan ruang simpanan yang cukup luas untuk dua buah topi keledar.
  • Dua warna iaitu putih dan merah hati (yang kelihatan sedikit keperangan) ditawarkan
  • Dilengkapi ciri brek anti-kunci ABS sebagai peralatan standard
  • Ruang simpanan luas untuk dua helmet muka penuh
  • Tayar hadapannya bersaiz 120/70 R15 dan tayar belakangnya pula bersaiz 140/70 R14.
  • Menggunapakai unit kunci pintar yang dipanggil Sistem Smart Key Keyless Ignition bagi penghidupan tanpa kunci, dan dilengkapi fungsi pelumpuhan enjin atau immobiliser
  • Lampu utama hadapan dan juga lampu belakang LED
  • Kluster meter paduan paparan digital dan analog.
  • Soket mengecas 12V
  • Hendal boleh laras, begitu juga skrin penghadang angin
  • Topang teleskopik hadapan

Yamaha XMAX ini ditawakan pada harga asas bermula RM22,498.50 (termasuk GST)







No comments: