Zulfahmi kini lebih yakin dengan jentera Moto2nya

Pasukan lumba SIC Racing Team dan pelumba Zulfahmi Khairuddin mengakhiri ujian pra-musim mereka semalam dengan membuat kemajuan yang baik pada jentera Kalex Moto2.
Sebagai pendatang baru ke kelas pertengahan, Fahmi terus menumpukan masanya di litar untuk bekerja pada tetapan atau set-up jentera 600 ccnya itu. Tumpuan pada setting dan menambahkan lebih banyak jam latihan telah meningkatkan keyakinan pelumba Malaysia tersebut denga jentera Moto2, sambil terus memperbaiki prestasinya dalam setiap sesi yang kering.
Johan Stigefelt - Team Manager

"Untuk Fahmi, matlamat ujian ini adalah untuk melalui lebih banyak kilometer dan untuk dia terus menyesuaikan diri dengan motosikal. Malangnya kami tidak mendapat keadaan litar yang kami harapkan namun begitu setiap sesi yang dilaluinya dalam keadaan kering, dia bertambah baik. Pasukan di sekelilingnya bekerja dengan baik. Ketua Krewnya Fausto sangat baik menyesuaikan motosikal untuk memenuhi keperluan Fahmi. Fahmi gembira dengan kemajuannya dan kami melihat langkah yang baik dari ujian Sepang ke sini. Di Qatar kita perlu mengambil langkah lain, tetapi saya yakin kita dapat melakukannya."
# 63 ZULFAHMI KHAIRUDDIN
"Cuaca yang buruk telah membataskan masa trek kami semasa ujian ini, yang sedikit mengecewakan, tetapi kami masih dapat bekerja dengan bersungguh-sungguh bagi beberapa perkara penting.
Walaupun ia kurang daripada apa yang kami mahukan, saya gembira dapat kembali ke motosikal saya dan mendapatkan lebih banyak pengalaman sebelum pusingan pertama. Keyakinan saya semakin meningkat setiap sesi dan saya rasa bersedia untuk Qatar.
Pasti jika kami mempunyai lebih masa di litar kering, kami akan dapat menguji lebih banyak dan memperbaiki masa pusingan kami, tetapi secara keseluruhan saya gembira dengan kemajuan yang telah kami lakukan sepanjang ujian kami. "

No comments: