Seluruh kontinjen Kejuaraan
Motosikal Asia FIM (ARRC) sudah tidak sabar dan bersedia untuk memulakan aksi
buat pertama kali di bumi Australia esok, menjelang pusingan kedua saingan musim 2018
yang akan berlangsung di Litar The Bend Motorsport Park, Australia pada 20
hingga 22 April ini.
Selain perlumbaan ARRC, perlumbaan
minggu ini turut dijalankan serentak bersama saingan Kejuaraan Australia
Superbike (ASBK) di litar sepanjang 4.95 kilometer yang terletak berhampiran
Tailem Bend, 100 kilometer di selatan Adelaide itu.
Selepas tamat pusingan pertama di
Buriram, Thailand, Anthony West (webike IKAZUCHI Racing) mendahului kedudukan
keseluruhan SuperSports 600cc diikuti Azlan Shah Kamaruzaman (Manual Tech KYT
Kawasaki Racing) kedua dengan 32 mata dan Thitipong Warokorn (Core Kawasaki
Thailand Racing Team) ketiga, 25 mata.
Kategori Asia Production 250 di
Anupab Sarmoon (Yamaha Thailand Racing Team) dengan 38 mata, Muklada Sarapuech
(AP Honda Racing Thailand) kedua dengan 31 mata dan Rafid Topan Sucipto (Yamaha
Yamalube KYT TJM WR Super battery) ketiga, juga 31 mata.
Kelas Underbone 150cc dikuasai oleh tiga
pelumba Malaysia, diketuai Md Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing)
dengan 36 mata, Md Izzat Zaidi (RCB Yamaha YY Pang Racing) 33 mata dan Md
Affendi Rosli (Team One For All) ketiga, 30 mata.
Enam kategori perlumbaan akan
berlangsung dengan tiga kategori bagi ARRC iaitu SuperSports 600cc, Asia
Production 250cc dan Underbone 150cc manakala tiga kategori ASBK iaitu
Superbike ASPK, SuperSports ASBK dan SuperSports 300 ASBK.
No comments:
Post a Comment