Honda CRF1000L Africa Twin Kembara Sport Legenda

Motosikal kembara legenda Honda CRF1000L Africa Twin mampu membuatkan perjalanan jarak jauh lebih selesa dan mengasyikkan, dengan keupayaan beraksi di luar jalan atau off-road. Honda Africa Twin yang baru diperkenalkan Boon Siew Honda ini mampu menjana hampir 1.5 kali ganda kuasa berbanding model asal, walaupun masih mengekalkan saiz dan susuk yang
sama.

Penambah-baikan utama kepada enjin 998cc 4 lejang sejukan cecair OHC merupakan sistem kawalan pendikit melalui wayar (Throttle By Wire, TBW), yang menawarkan lebih pilihan kepada penunggang untuk mengawal kuasa enjin dan cengkaman roda belakang yang bersesuaian dengan pelbagai keadaan penunggangan. Sistem tersebut dilengkapi 7 Tahap kawalan, dengan Tahap 1 untuk penunggangan luar jalan atau off-road yang agresif menggunakan tayar bercorak ketul atau blok sehingga Tahap 7 untuk keselamatan yang lebih terjamin apabila menunggang di atas jalan berturap yang basah dan licin.

Di samping peningkatan kuasa, CRF1000L Africa Twin juga dilengkapi reka bentuk kotak udara dan bahagian dalam ekzos baharu untuk tindak balas enjin julat pertengahan yang lebih responsif, aci pengimbang yang lebih ringan, serta bateri lithium-ion baharu. Kesemua ini telah berjaya mengurangkan berat jentera secara keseluruhannya sebanyak 2.3kg di samping meningkatkan kelasakan motosikal. Selain itu, klac gelincir-berbantu (Assist/Slipper Clutch ASC)
pula melicinkan lagi peralihan naik turun gear.
 Pembaharuan lain termasuklah jajaran lanjutan tetapan input Kawalan Tork Pilihan Honda (Honda Selectable Torque Control, HSTC) bagi meningkatkan tahap keselamatan dalam apa jua keadaan. Transmisi Klac Berkembar (Dual Clutch Transmission, DCT) menawarkan
peralihan gear yang lebih cepat dan licin dalam Transmisi Manual (MT) atau mod Automatik D. Mod D sesuai untuk penunggangan di bandar dan lebuhraya dengan keseimbangan ekonomi bahan api dan keselesaan yang terbaik manakala mod S menawarkan tiga pilihan corak penukaran gear yang lebih sporti. Butang kawalan G membolehkan penunggang untuk mengubah kawalan sistem klac untuk pacuan lebih mantap dalam sebarang mod penunggangan.

CRF1000L Africa Twin didatangkan dengan warna merah Grand Prix Red (Team HRC Rally colour) dan putih Pearl Glare White (Tricolor) untuk Adventure Sport.

No comments: