Honda X-ADV merupakan jentera ala crossover dengan keupayaan off-road ini direka dan dihasilkan oleh pasukan R&D Honda di Itali, X-ADV merupakan sebuah motosikal kembara gaya crossover inovatif yang menggabungkan kemudahan moden dengan prestasi lasak.
X-ADV dilengkapi enjin efisien 745cc sejukan cecair OHC 4 Lejang yang mampu menawarkan kuasa maksimum 40.3kW pada 6,250rpm dengan tork maksimum 68Nm pada 4,750rpm.
X-ADV juga didatangkan dengan Pilihan Kawalan Tork Honda (Honda Selectable Torque Control, HSTC) yang menawarkan 2 tahap kawalan; Tahap 1 membolehkan aksi putaran roda belakang atas jalan berturap atau jalan kasar, manakala Tahap 2 menawarkan cengkaman yang padu biarpun atas permukaan licin.
Transmisi Klac Berkembar (Dual Clutch Transmission, DCT) memilih nisbah gear yang lebih rendah untuk tindak balas yang bersemangat pada mod D; mode S pula memberikan 3 tahap kawalan corak peralihan untuk tunggangan sport yang lebih mengujakan. Suis G turut disediakan untuk model 2018 ini bagi meningkatkan prestasi off-road.
Selain itu, X-ADV juga dilengkapi ruang simpanan 21L di bawah tempat duduk, skrin boleh laras 5 hala untuk perlindungan angin dan cuaca, hendal aluminium tirus, penghadang hendal ala Africa Twin, paparan meter gaya rali serta sistem kunci pintar. Pelumpuh enjin turut dilengkapkan bersama mekanisme klac di suis utama yang mencegah pelepasan kunci hendal secara paksa. Tongkat tengah dengan pengesan kecondongan membolehkan X-ADV diletak secara condong tanpa bimbang ia akan jatuh.
Tempat duduk setinggi 820mm dan set hendal selebar 910mm memastikan posisi penunggangan yang tegak di mana sudut pandangan yang tinggi memberikan visibiliti serta kawalan yang lebih baik, kontur tempat duduk ergonomik pula memudahkan penunggang untuk mencapai permukaan jalan.
Ruang pergerakan suspensi hadapan dan belakang yang panjang menyerap kebanyakan hentakan jalan, ini dipadankan dengan roda lasak hadapan dan belakang 17-inci/15-inci serta tayar bercorak blok. Kaliper empat piston paut radial berkembar menawarkan prestasi pembrekan dengan kawalan ABS.
X-ADV didatangkan dalam 5 pilihan warna – merah Candy Chromosphere Red (warna baharu untuk 2018), perak Digital Silver Metallic, perak Matt Bullet Silver, putih Pearl Glare White dan merah Grand Prix Red.
No comments:
Post a Comment