Inilah peluang anda untuk memenanginya dengan menyertai Peraduan Beli & Menang Pengguna Shell Advance tahun ini. Shell Advance, jenama minyak enjin motosikal yang terkemuka di Malaysia, menawarkan Ducati Monster 797 bernilai RM56,000 tersebut sebagai Hadiah Utama.
Peraduan ini bermula 1 April hingga 31 Mei 2018. Selain itu ia turut menyediakan dua pasang kaca mata hitam berjenama Oakley sebagai hadiah untuk dua orang pemenang pada setiap minggu.
Anda hanya perlu membeli mana-mana minyak enjin motosikal atau minyak gear Shell Advance 4T dengan nilai minimum RM25 (tidak termasuk GST) dalam satu resit dari mana-mana bengkel berjenama Shell Advance, bengkel-bengkel persendirian yang mengambil bahagian atau Gedung Rasmi Dalam Talian di Lazada Malaysia. Jawab satu soalan mudah, ambil gambar resit anda dan hantar penyertaan anda melalui WhatsApp (018-3791326) atau email ke contest@lubespromo.com.
Keputusan peraduan ini akan diumumkan di Laman Facebook Shell (www.facebook.com/Shell) dan laman web rasmi Shell Malaysia (www.shell.com.my).
Menurut Pengurus Besar Pemasaran Shell Lubricants May Tan, promosi tersebut adalah bertujuan untuk memberi ganjaran kepada para penunggang bijak yang memilih untuk meletakkan kepercayaan mereka pada Shell Advance bagi perlindungan lengkap enjin motosikal mereka.
“Dengan Shell Advance, anda boleh redah segala yang tidak dapat diduga dan berani mengejar impian anda. Bagi ramai penggemar motosikal dan peminat MotoGP, ianya adalah untuk memiliki sebuah jentera Ducati dan kami ingin membantu menjadikannya satu realiti,” katanya.
Minyak enjin motosikal Shell Advance Ultra menampilkan Teknologi PurePlus yang dihasilkan oleh Shell. Teknologi PurePlus oleh Shell adalah proses gas kepada cecair (GTL) yang revolusioner yang menukarkan gas asli kepada minyak asas yang jernih tanpa sebarang bendasing yang terdapat dalam minyak mentah. Minyak asas GTL memberikan tahap pembersihan yang lebih baik serta perlindungan yang unggul daripada kehausan dan kakisan. Hasilnya, minyak enjin motosikal yang pertama dan satu-satunya seumpamanya, iaitu Shell Advance Ultra dengan Teknologi PurePlus, dapat memberikan penghidupan enjin yang lancar serta kuasa yang lebih dan berterusan pada setiap masa.
Kerjasama Teknikal antara Shell dan Ducati telah membuahkan kejayaan yang besar di dalam dan di luar litar, dan ini membolehkan penunggang di seluruh dunia merasai kehebatan teknologi yang canggih dan keyakinan untuk meredah apa juga cabaran dan perkara yang tidak dapat diduga yang dibawakan oleh minyak enjin motosikal Shell Advance. Kerjasama Teknikal ini adalah sangat bernilai bagi pembangunan produk Shell Advance yang berterusan dalam persekitaran yang paling mencabar.
Ducati bukan hanya menggunakan produk Shell di litar, tetapi juga memilih bahan api Shell Advance dan Shell V-Power sebagai isian pertama bagi setiap buah motosikal Ducati yang dihasilkan untuk kegunaan di jalan yang dikeluarkan oleh kilangnya di Bologna, Italy.
Untuk maklumat lanjut mengenai Peraduan Beli & Menang Pengguna Shell Advance, sila layari www.shell.com.my/Advance.
No comments:
Post a Comment