Pengedar eksklusif untuk SUV Haval di Malaysia iaitu Go Auto Sales Sdn Bhd telah melancarkan siri jerayawara 'HAVAL Rocks The Town' Tour, Bahagian Tengah di AEON Mall, Shah Alam, semalam. Acara ini diadakan sebagai sebahagian daripada Kempen REIMAGINE HAVAL baru-baru ini.
HAVAL Rocks The Town tour merupakan salah satu cara kami untuk menempatkan jenama HAVAL agar lebih dekat dengan rakyat Malaysia. HAVAL Malaysia akan mempamerkan model SUVnya selain pelbagai aktiviti yang dirancang untuk semua peringkat umur.
Pameran jerayawara 'HAVAL Rocks The Town' di Shah Alam, telah menyaksikan penampilan istimewa oleh selebriti tempatan, Aedy Ashraf - yang merupakan Duta Media Sosial model Haval H1 yang baru dilantik, dan juga Duta Model Haval H2 iaitu Rozita Che Wan.
"Kempen REIMAGINE kami ini bermula dengan HAVAL Rocks The Town Tour hujung minggu lalu di mana krew kami, yang digelar Haval Hollerz bersiar sekitar Kuala Lumpur dan mengadakan aktiviti yang menyeronokkan dengan orang ramai melalui pertandingan karaoke dalam H2 kami dan pada masa yang sama mereka akan menjadi boleh meneliti kedua-dua model H1 dan H2 kami ini secara lebih dekat. Dengan cara ini, kami membawa SUV kami kepada anda dan berharap bahawa mana-mana pelanggan yang berpotensi akan mampu membayangkan kereta impian mereka," kata Pengarah Eksekutif Go Auto Group Dato' SM Azli SM Nasimuddin Kamal.
Selain itu, aktiviti HAVAL Rocks Fun termasuklah pertandingan foto Catch the Haval Hollerz, pertandingan karaoke Haval Carocks di mana anda boleh mengambil bahagian dengan memuat naik video di Instragram dan Facebook dan mereka yang paling banyak meraih sukaan atau likes akan menjadi pemenang bulanan, Haval Movez iaitu pertandingan tarian yang terbuka untuk semua peminat tari dan terbuka kepada peserta berkumpulan ataupun persembahan solo yang akan diadakan di pusat membeli-belah jerayawara HAVAL. Para peserta akan berpeluang memenangi hadah tunai sebanyak RM500 di lapan pusingan awal dan hadiah wang tunai RM4,000 menanti mereka di Final Dance Off.
Di samping itu, semasa pameran jerayawara HAVAL ini juga, aktiviti tambahan seperti Peraduan Mewarna Haval Kidz, Pertandingan foto dengan SUV Haval, dan kehadiran badut turut disediakan untuk menarik orang ramai.
"Kami terja dengan perlaksanaan kempen ini dan menjemput semua orang untuk mendapatkan maklumat terkini lokasi kami di laman facebook kami atau melalui laman mikro kami, untuk melihat SUV kami dan mengambil bahagian dalam aktiviti kami. Sekali lagi, matlamat HAVAL adalah untuk mewujudkan kesedaran supaya rakyat Malaysia mempunyai peluang untuk memiliki SUV pada harga yang kompetitif terutama dengan promosi yang sedang berjalan yang kami tawarkan. Melalui tawaran ini, saya yakin rangkaian SUV kami pasti dapat memenuhi keperluan pelanggan," tambah Dato' Azli.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk semula kempen kempen HAVAL http://reimagine.haval.my/. Anda juga boleh menghubungi Penjagaan Pelanggan di 03-5569 7332 atau email kami di customercare@goauto.com.my. Lawati www.haval.my atau halaman Facebook rasmi mereka di www.facebook.com/havalmy atau halaman instagram di www.instagram.com/havalmy.
No comments:
Post a Comment