Indian Motorcyles terus memperluaskan penawaran pakaian dan aksesori - dan
jenama Amerika yang ikonik ini baru saja melancarkan rangkaian kacamata Indian yang baru.
Terdapat
empat pasang cermin mata hitam yang ditawarkan, yang dikenali sebagai
Entry, Lifestyle, Performance dan Semi Pro - semuanya bersertifikat CE,
dan direka untuk dipakai semasa menunggang, dengan lensa anti gores dan
anti-kabus terbina- dalam.
ENTRYCermin
mata hitam Entry merupakan yang harga terendah - dan mempunyai pelinding mata busa EVA untuk mengurangkan angin dan menghalang cahaya sekeliling atau periferal
dari masuk.
LIFESTYLECermin mata hitam untuk gaya hidup ini adalah bagi mereka yang ingin kelihatan segak bermotosikal ataupun pemakaian santai. Bingkai ini diperbuat daripada polikarbonat dan dilengkapi kanta-lensa thablur dengan penapisan UVA / UVB.
PERFORMANCEKacamata hitam pintar ini dilengkapi dengan kanta foto-kromatik yang bertindak balas kepada keadaan
cahaya - dengan kanta-lensa yang jernih menjadi legap dalam 50 saat
apabila terdedah kepada cahaya UV. Bingkainya rapat ke muka lebih daripada model lain dalam jajarannya, dan tangkainya tebal, menjadikannya satu set sempurna jika anda akan melakukan banyak penunggangan.
SEMI PROCermin mata Semi Pro adalah kacamata terkenal dari Indian, dihasilkan dari bingkai nilon dan kanta polikarbonat. Ia juga mempunyai mangkuk mata atau eyecup busa boleh tanggal supaya anda boleh memakainya saat menunggang, ataupun ketika tidak menunggang.
Untuk maklumat lanjut tentang pelbagai pakaian dan aksesori India, layari: www.indianmotorcycle.eu
No comments:
Post a Comment