Juara
berpasukan kategori Underbone 150cc, Uma Racing Yamaha Maju Motor Asia
Team
menggunakan sistem penggiliran pelumba wildcard bersama-sama dua pelumba
Malaysia, Md Akid Aziz dan Md Haziq Fairuez bagi mengharungi siri
Kejuaraan
Motosikal Asia FIM yang memasuki pusingan kedua di Litar The Bend
Motorsport
Park, Australia, minggu ini.
Menurut
prinsipal pasukan, Yong Ying Hoe, penggiliran pelumba dari negara Vietnam,
Filipina dan Indonesia ini adalah sebagai inisiatif awal untuk merealisasikan
matlamat utama mereka membentuk sebuah pasukan Asia yang berjaya pada tahun
2019.
“Matlamat
kami adalah untuk mempromosikan kepelbagaian dalam perlumbaan. Terdapat ramai
pelumba muda diluar sana menantikan sumber dan peluang untuk membawa mereka ke
peringkat serantau. Pada masa sama kami berharap dapat membentuk sebuah pasukan
terdiri dari pelumba muda berbakat dari Malaysia, Vietnam dan Filipina, dan
sudah tentu dari Indonesia,” jelas Yong.
“Idea
ini masih diperingkat awal. Untuk tahun 2018, pelumba-pelumba wildcard ini juga
sebenarnya dalam proses pemilihan uuntuk mengisi tempat di dalam pasukan pada
masa akan datang.”
Perlumbaan
Pusingan 1 di Litar Antarabangsa Chang, pasukan Uma Racing Yamaha Maju Motor
Asia Team meletakkan pelumba Vietnam, Hyunh Minh Sang sebagai pelumba wildcard
dan menamatkan perlumbaan di tempat ke-10 namun mengalami masalah mekanikal
jentera pada Perlumbaan 2.
Pelumba
Filipina, McKinley Kyle Paz menjadi taruhan pasukan di Australia minggu ini selepas
persembahan memberangsangkan sewaktu ujian pra-musim lepas.
No comments:
Post a Comment