Persaingan sengit antara Muazim dan Haziq telah menyaksikan Haziq berjaya memintas di pusingan berikutnya, apabila Muazim kehilangan tumpuan dan tersasar dan hampir melanggar beg udara di selekoh 2. Namun Muazim berjaya juga memintas Haziq kemudiannya selepas selekoh 1 untuk berada di tempat kedua. Pusingan ini juga menyaksikan pelumba No 1 Adam Khuzaini Nordin terbabas dan terjatuh, namun berjaya meneruskan perlumbaannya.
Malang bagi #20 Nizamudin dan pelumba #19 Mikhail Firhad Muzaharry, mereka akan dikenakan penalti 30 saat kerana bermula awal atau jump start sebelum lampu merah terpadam sepenuhnya ketika perlumbaan bermula.
Dalam Pusingan 3 pula, Muazim sekali lagi menggunakan kelajuan meluncur atau rolling speed untk memintas pendahulu perlumbaan Nizamudin di tempat yang sama iaiu di antara selekoh 1 dan 2, dan Nizamudin turut dipintas Haziq di lurusan selepas selekoh 2 tersebut.
Sejurus sebelum memasuki Pusingan 4, back marker iaitu pelumba No 1 Adam Khusaini yang bergerak ke kiri untuk memberi laluan telah dilanggar oleh pendahulu perlumbaan iaitu Muazim, menyebabkan beliau terjatuh dan terpaksa menamatkan perlumbaan. Dalam kekecohan tersebut Haziq telah mengambil peluang untuk memintas dan mendahului Nizamudin, Md Zafrul Nizam dan para pelumba lain.
Di pusingan 5, kedudukan kekal dengan Haziq, Nizam, Zafrul, Aliff dan Faiz kekal dalam kumpulan hadapan. Kedudukan ini kekal hingga ke penghujung pusingan 7 bilamana Nizamudin yang berada di tempat kedua hilang tumpuan di selekoh akhir dan hampir terjatuh, lalu memberi peluang kepada pelumba lain untuk memintasnya dan beliau turun ke tempat keempat.
Menjelang pusingan akhir, pelumba No 18 Md Zafrul Nizam bijak mengambil ruang di selekoh 1 untuk memintas Haziq Rosmaza,bagi mendahului perlumbaan. Pertarungan tambah sengit di antara mereka yang berhabisan berusaha untu ke hadapan namun Zafrul berjaya melintasi garisan penamat dahulu, diikuti Haziq dan Aliff untuk ke podium. Nizamudin mengekori di belakang di tempat keempat, namun setelah dikenakan penalti bermula awal, kedudukan beliau turun ke tempat ke-11 yang masih memberikannya lima mata berharga.
Persembahan yang cukup bagus telah dipersembahkan oleh pelumba pelumba muda ini dan kita nantikan aksi mereka seterusnya di Temerloh kelak dalam pusingan 2 yang dijadualkan pada 5 & 6 Mei 2018, tertakluk kepada perubahan.
No comments:
Post a Comment