Laluan lebuhraya jajaran E37 KL-Seremban kini percuma!


Lembaga Lebuhraya Malaysia ingin memaklumkan bahawa bermula 12.01. 1 Jun 2018 tiada lagi bayaran tol dikutip bagi Jajaran Kuala Lumpur - Seremban Expressway dan Salak Expressway (yang dahulunya dikenali sebagai sebahagian daripada Jajaran Lebuhraya Metramac
0 di Plaza Tol Sungai Besi kendalian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Jajaran Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban Expressway E37 adalah lebuh raya utama di Kuala Lumpur, Malaysia sepanjang 8.1 km (5.0 batu) yang menghubungkan Kuala Lumpur di utara ke Seremban, Negeri Sembilan di selatan.

Jalan raya ini dikendalikan oleh ANIH Berhad (dahulunya dikenali sebagai Metramac Corporation (MetaCorp)). Kadar tolnya dikutip oleh PLUS bagi Metramac, akibatnya kadar tol di Plaza Tol Sungai Besi sebenarnya adalah termasuk bayaran tambahan untuk jajaran Kuala Lumpur -Seremban Expressway ini.

Pada tahun 2007, lebuh raya itu telah diberikan nombor laluan sendiri E37 bersama-sama dengan Lebuhraya Salak.

Jajaran ini bermula dari persimpangan Razak Mansion sehinggalah betul-betul di hadapan plaza tol Sungai Besi di Laluan Selatan Selatan Lebuhraya E2. Titik terakhirnya (KM8.1) juga merupakan titik terakhir Lebuhraya Utara-Selatan E2 (KM310.8).

lni bermakna, dengan penamatan tempoh Konsesi jajaran tersebut bayaran tol di semua laluan keluar dan masuk di Plaza Tol Sungai Besi dikurangkan (di antara RM 0.40 hingga RM1.70) bergantung pada jarak perjalanan dan kelss kenderaan.

Penamatan ini sekali gus akan memberi manfaat kepada hampir 130.000 kenderaan yang menggunakan plaza tol berkenaan setiap hari. Pengguna yang melalui Plaza Tol Sungai Besi kini hanya perlu membayar tol mengikut jajaran Lebuhraya PLUS yang dilalui mereka sahaja.
Pengguna lebuh raya boleh mendapatkan kadar kutipan tol yang baharu menerusi laman web atau aplikasi PLUS Mobile App.

#25 Azlan berdepan tugas getir di Suzuka

Juara Asia dua kali, Azlan Shah Kamaruzaman yang merupakan pelumba Manual Tech KYT Kawasaki Racing itu memulakan kempen musim 2017 dengan baik apabila meraih dua podium sewaktu pusingan pembukaan di Thailand. Namun begitu, masalah mekanikal menjadi penghalang sewaktu di Australia menyebabkan Azlan jatuh ke tangga ketiga dalam senarai keseluruhan ketika ini. Beliau  berdepan tugas mencabar dalam usaha untuk mempertahankan gelaran juara SuperSports 600cc apabila turun beraksi pada pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) di Litar Suzuka, Jepun pada 1 hingga 3 Jun ini.Lebih mencabar apabila jentera baharu yang digunakan pada musim ini masih belum berada pada tahap terbaik selain turut mengharapkan insiden kemalangan di litar Suzuka sepanjang dua tahun lepas tidak berulang.

"Litar Suzuka bukanlah litar kegemaran saya. Selain faktor bentuk teknikal litar, nasib saya juga tidak begitu baik di sini," jelas pelumba berusia 34 tahun itu.

Tambahnya, "Saya berharap nasib saya lebih baik pada tahun ini. Kami juga telah mengadakan ujian persendirian di sini bersama jentera baharu Kawasaki Ninja ZX6R untuk mendapatkan lebih banyak data jentera untuk menjadikannya lebih kompetitif berbanding di Australia. Saya akan bekerja keras minggu ini untuk kembali ke podium. Mudah-mudahan semua berjalan lancar."

Tiada tanda kapsul masa PLUS akan dibuka

Seperti yang mungkin sudah diketahui umum, sebuah kapsul masa telah ditanam sewaktu perasmian Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) pada 8 September 1994. Di dalamnya terkandung dokumen dokumen yang dikatakan akan dikeluarkan selepas tamat tempoh asal konsesi Lebuhraya PLUS iaitu pada 31 Mei 2018. Namun konsesi tersebut telah disambung beberapa kali sehingga tahun 2038 kelak.

Pun begitu, tinjauan kami di lokasi kapsul masa ini tiada menunjukan sebarang tanda atau upacara bahawa ianya akan digali dan dibuka. Malah tiada juga sebarang maklumat yang diumumkan oleh pihak PLUS setakat ini.




Kapsul masa ini merupakan kapsul masa Tun Mahathir yang terawal dijadualkan akan dibuka. 

Pada 12 Jun 1987, sewaktu merasmikan bangunan pusat membeli-belah Sunway Putra Mall, Tun M juga telah menanam sebuah kapsul masa yang dijadualkan untuk dibuka pada tahun 2087 iaitu 100 tahun akan datang. Pengurusan Sunway Putra Mall diberitakan memberitahu bahawa kapsul itu kini selamat tersimpan di pejabat Pengurus Besar bangunan tersebut.

Tun Mahathir juga telah menanam satu lagi kapsul masa di dasar Monumen Millenium di Putrajaya semasa menjawat jawatan Perdana Menteri, yang akan dikeluarkan pada tahun 2020 nanti.

Ramdan Rosli penuh semangat hadapi ARRC Suzuka

Pelumba Hong Leong Yamaha Malaysia, Mohd Ramdan Rosli telah mencipta kejutan apabila berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dalam Perlumbaan 2 setelah Perlumbaan 1 dibatalkan sekaligus meraih podium pertamanya dalam kelas SuperSports 600cc sewaktu di Australia. 

Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) kini bertandang ke Litar Suzuka, Jepun bagi menghadapi perlumbaan pusingan ketiga  pada 1 hingga 3 Jun ini.

"Podium di Australia menjadi pembakar semangat saya untuk beraksi dengan lebih baik di sini. Walaupun mungkin faktor nasib juga membantu saya tetapi ia tak boleh dicapai tanpa usaha saya dan pasukan sepanjang minggu tersebut. 
"Namun begitu, memang tidak dinafikan bukan tugas mudah untuk menaiki podium di Suzuka terutama dengan kehadiran ramai pelumba Jepun dan juara musim lepas, Anthony West yang kembali beraksi pada pusingan ini," jelas Ramdan yang kali terakhir beraksi di litar Suzuka pada tahun 2013.

Tambahnya, "Jentera kami semakin baik berbanding pusingan pertama di Thailand. Saya juga semakin dapat menyesuaikan diri dengan jentera dan yakin minggu ini pasukan akan menyediakan jentera terbaik. Sesi latihan bebas pertama sangat penting untuk mengumpul data dan menyesuaikan diri dengan litar," jelas Ramdan yang bergandingan bersama pelumba muda negara, Kasma Daniel Kasmayuddin.

Anak Malaysia berjaya sertai perlumbaan Le Mans 24 jam

  Nabil Jeffri, Weiron Tan dan Jazeman Jaafar,
Trio Malaysia Jazeman Jaafar, Weiron Tan dan Nabil Jeffri bakal mencatat nama mereka dalam lakaran sejarah sebagai para pemandu pertama Malaysia untuk berlumba dalam perlumbaan berprestij 24 Jam Le Mans dari 16-17 Jun ini.

Mereka akan bersaing untuk pasukan Jackie Chan DC X JOTA Racing team di Le Mans pada pusingan kedua FIA World Endurance Championship (WEC). Trio itu berjaya mengungguli tempat ketiga dalam kelas mereka (LMP2) pada pusingan pertama di Spa-Francorchamps di Belgium pada 5 Mei, 2018 lepas.

Jazeman Jaafar, Weiron Tan dan Nabil Jeffri yang merupakan produk dari program Pembangunan Bakat SIC ditemui pada satu majlis berbuka puasa dengan anak anak dari Pusat Jagaan Kasih Mahligai Zadut Taqwa di Pusat Konvensyen KL hari semalam.

Perlumbaan ketahanan 24 Jam Le Mans adalah perlumbaan kereta ketahanan tertua di dunia yang telah diadakan setiap tahun sejak tahun 1923. Ia merpakan sebahagian daripada acara FIA World Endurance Championship (WEC), dan berlangsung di Circuit de la Sarthe dengan campuran jalan raya awam tertutup dan sebahagian khusus litar lumba. Pemandu dan kereta mestilah dapat melalui ketahanan perlumbaan selama 24 jam sambil mengelakkan kegagalan mekanikal.
Pada sesi iftar tahun ini, SIC menjemput 25 kanak-kanak dan penjaga dari Pusat Jagaan Mahligai Kasih Zadut Taqwa. Pusat kebajikan yang beroperasi di Shah Alam sejak tahun 2014, dan menempatkan sejumlah 64 orang termasuk anak-anak yatim dan orang kurang upaya.

Beberapa kelas akan bersaing dalam Le Mans 24 Jam iaitu:
LMP1 (Prototaip Le Mans 1) Memaparkan kereta prototaip kokpit tertutup, ini adalah kelas utama dalam WEC. Kereta ini dikuasakan oleh enjin hibrid atau bukan hibrid.
LMP2 (Prototaip Le Mans 2) Memaparkan kereta prototaip kokpit tertutup dan dikuasakan enjin Gibson 4.2L V8 yang menghasilkan 600hp.
LMGTE (Le Mans Grand Touring Endurance) Menggunakan kereta sports dua pintu jalan raya yang sah. Nama-nama terbesar dalam industri kereta akan bersaing termasuk Ferrari, Ford, Aston Martin, Porsche, BMW dan Chevrolet.

# 7 Adam lebih bersedia hadapi Mugello

"Selepas perlumbaan di Le Mans saya berkesempatan untuk pulang ke Malaysia dan meluangkan sedikit masa bersama keluarga saya dan untuk berehat selepas bersaing dalam tiga perlumbaan berturut-turut. Saya telah banyak menunggang di Malaysia dan saya rasa lebih fokus pada matlamat saya sekarang. Sudah cukup baik untuk kembali ke Malaysia dan menenangkan semula minda saya.
Mugello adalah salah satu litar terpanjang dalam kalendar musim ini; ia adalah tempat yang indah dan suasana di sana sentiasa mengagumkan, jadi saya sangat menantikannya. Ia bukanlah sebuah litar yang paling kuat buat saya pada masa lalu, tetapi kami mempunyai data yang baik di sana yang saya tahu akan membantu kami memulakannya dengan cara yang betul.
Saya akan memfokuskan diri saya pada hujung minggu ini; Saya rasa saya kehilangan beberapa perkara yang saya perlukan untuk bekerja lebih keras. Saya mahu kembali kuat di Mugello dan membuktikan saya boleh bersaing lagi. "

#71 Ayumu sedia hadapi Mugello

Menjelang pusingan enam Kejuaraan Dunia Moto3 beckons, pelumba PETRONAS Sprinta Racing, Ayumu Sasaki menumpukan perhatian dengan lebih teliti berikutan tiga pusingan Grand Prix yang sukar setakat ini.

Ayumu Sasaki layak ke tempat ke-25 dan menamatkan kedudukan ke-8 di Grand Prix Itali tahun lalu, dan akan berusaha memanfaatkan pengalamannya yang diperoleh sejak tahun pertama di kelas Moto3.

"Saya sangat bersedia untuk perlumbaan di Mugello. Saya fikir akan ada banyak penunggang di bahagian depan kerana litar itu benar-benar panjang dan agak sukar untuk ditangani," ujar Ayumu.

"Tahun lepas saya cukup baik di Mugello; Saya suka litar, sangat menyeronokkan, jadi saya menunggu perlumbaan ini sejak awal tahun ini. Saya sangat gembira untuk kembali ke Itali.
Tiga pusingan yang lepas telah menjadi sangat sukar untuk saya tetapi saya fikir semuanya akan menjadi lebih baik sekarang. Saya fikir jika saya boleh meletakkan semua yang saya pelajari baru-baru ini, kita boleh melakukannya dengan baik.
Motosikal ini berfungsi dengan baik dan minda saya telah berubah agak baru-baru ini. Saya lebih baik selepas kemalangan saya di Le Mans juga. Saya harap saya dapat membuat langkah besar hujung minggu ini. Kita mampu buat lebih banyak daripada yang telah kita tunjukkan baru-baru ini; pasukan bekerja sangat keras untuk membantu saya, jadi saya hanya mahu membalasnya dengan hasil yang baik. Saya akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelesaikan dengan baik. "

Zaqhwan kembali beraksi semula di ARRC

Mohd Zaqhwan Zaidi cukup teruja dan tidak sabar untuk kembali beraksi dalam saingan SuperSports 600cc Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Suzuka, hujung minggu ini.

Pelumba Musashi Boon Siew Honda Racing berusia 23 tahun itu sebelum ini tidak beraksi pada pusingan kedua di Australia, April lepas bagi memberi sepenuh tumpuan terhadap perlumbaan JSB1000 di Kejuaraan Seluruh Jepun MFJ.
 "Saya tidak sabar untuk beraksi minggu ini bersama keluarga besar ARRC. Pada masa sama saya bangga dengan prestasi yang ditunjukkan pelumba rookie pasukan kami, Azroy Hakeem Anuar. Saya gembira dia berjaya menamatkan perlumbaan di kelompok 10 pelumba terbaik meskipun bermula dari barisan belakang," jelas Zaqhwan yang kini jatuh ke tangga ke-15 keseluruhan.
 Tambah juara keseluruhan 2014 dan 2016 itu lagi, "Pengalaman beraksi dalam saingan di Jepun akan digunakan sebaiknya minggu ini. Baru bulan lepas saya beraksi di Suzuka, jadi ia memberi kelebihan untuk saya lebih memahami litar. Pengalaman menggunakan jentera 1000cc yang lebih laju dan berat juga daat meningkatkan penguasaan saya bersama jentera 600cc."

Izzat hasrat kekalkan momentum

Mohd Izzat Zaidi kini menjadi pendahulu kategori Underbone 150cc menjelang pusingan ketiga Kejuaraan Motosikal Asia FIM (ARRC) yang akan berlangsung di Litar Suzuka, Jepun, hujung minggu ini.

Selepas empat perlumbaan dalam dua pusingan lepas, pelumba RCB Yamaha YY Pang Racing itu kini 11 mata mendahului lain-lain pelumba dengan mengumpul 67 mata hasil dua kemenangan dan dua penamat di kedudukan ketujuh dan kelapan.
   Sepanjang empat tahun beraksi dalam kelas Underbone ARRC, pencapaian terbaik Izzat di kedudukan ketiga keseluruhan pada musim 2016 dan keenam keseluruhan sewaktu kategori 150cc mula diperkenalkan pada musim 2017.

“Ini bukan situasi pertama saya mendahului kedudukan seperti ini. Pada tahun 2016, saya juga mendahului kedudukan pelumba selepas dua pusingan perlumbaan namun gagal mengekalkan momentum sehingga ke penghujung musim. Saya perlu lebih berhati-hati kali ini,” jelas Izzat.

“Belajar daripada kesilapan tersebut, saya menukar strategi untuk memberi keutamaan untuk mengutip seberapa banyak mata berbanding mengejar podium. Saya perlu kekal mengutip mata secara konsisten dalam setiap pusingan. Namun sebenarnya, pada masa sama saya jua berharap dapat meraih podium di sini kerana tidak pernah menaiki podium sejak 2014 lagi.”

Dua pelumba Malaysia, Mohd Helmi Azman (SCK Rapido Hi Rev Honda Racing) dan Mohd Affendi Rosli (Team One For All) berada di kedudukan kedua dan ketiga keseluruhan, masing-masing dengan 56 mata dan 44 mata.

Servis raya dengan Shell, anda mungkin ke Abu Dhabi

Shell Helix mengumumkan promosi khas bagi menggalakkan pemilik kenderaan menservis kereta mereka menjelang musim perayaan bersempena dengan kemeriahan “balik kampung” Hari Raya yang bakal tiba bulan Mei ini,

Promosi Hari Raya Shell Helix, yang berlangsung dari 15 Mei hingga 15 Julai 2018, menawarkan rebat tunai bagi pakej servis tukar minyak seperti berikut:
  •     Jimat RM30 apabila melakukan servis dengan Shell Helix Ultra (4L);
  •     Jimat RM20 apabila melakukan servis dengan Shell Helix HX7 atau Jarak Jauh (4L/6L);
  •     Jimat RM10 apabila melakukan servis dengan Shell Helix HX5 (3L/4L).
Tawaran ini boleh didapati di bengkel berjenama Shell Helix, bengkel persendirian, pusat servis rasmi dan juga di Kedai Rasmi Shell Malaysia Dalam Talian baharu melalui platform Shopee.

Pelanggan yang membeli mana-mana pakej promosi tukar minyak juga akan menerima e-baucar Shopee bernilai RM10 dan secara automatik layak menyertai Peraduan Shell Helix Ferrari World Abu Dhabi, di mana empat pemenang bertuah Hadiah Utama dapat menikmati keseronokan di Ferrari World Abu Dhabi dan memperoleh pengalaman yang tak akan dilupakan iaitu memandu kereta Ferrari di Litar F1 Yas Marina.
Mereka yang membeli mana-mana pek isian 4 liter Shell Helix Ultra, HX7, Jarak Jauh atau HX5 dari mana-mana stesen runcit Shell atau perkhidmatan Lubebay juga akan menerima e-baucar Shopee bernilai RM10.

Shell Malaysia juga mengumumkan pelancaran varian baharu minyak Shell Helix yang paling laris bagi kenderaan berpenumpang, iaitu Shell Helix Ultra 5W-30.

Pek 4 liter ini berharga RM277.60 (termasuk GST), minyak enjin sintetik penuh Shell Helix Ultra 5W-30 ini mempunyai kelikatan yang lebih halus dengan spesifikasi API SN/ILSAC GF-5, yang menepati keperluan kebanyakan kenderaan moden hari ini. Dengan adanya Teknologi Pembersihan Aktif dan Teknologi PurePlus hak milik Shell, produk ini membantu anda:
    Memastikan enjin sentiasa bersih dengan menanggalkan minyak tercemar yang terlekat disebabkan oleh minyak yang kurang berkualiti dan mencegah sebarang enapan daripada bertimbun;
    Memastikan perlindungan haus terunggul dengan mencegah enapan omboh, sehingga 65% lebih baik daripada piawaian industri ;
    Mencegah kemerosotan minyak dengan ketahanan yang lebih tinggi daripada kerosakan kimia; dan
    Menyediakan bahan bakar ekonomi yang lebih baik dengan menggunakan minyak kelikatan rendah bagi mengurangkan geseran dan menepati ekonomi bahan bakar ILSAC CF-5.

Menurut Pengurus Besar Pemasaran Pelincir Shell, May Tan, gred kelikatan 5W-30 merupakan antara gred kelikatan paling disyorkan bagi kereta baharu.

“Dalam Shell Helix Ultra 5W-30 baharu dengan spesifikasi SN, produk kami menawarkan keseimbangan ekonomi bahan bakar, perlindungan enjin dan kebolehpercayaan, ini sinonim dengan jenama Shell Helix. Produk ini sesuai bagi kebanyakan kereta moden daripada yang bekompak kecil hinggalah sedan bersegmen D besar malahan kereta berprestasi,” katanya.

Produk ini boleh didapati di semua pengedar berdaftar Shell dan stesen runcit Shell. Pelanggan yang membeli produk ini dari Shopee, rakan e-dagang Shell Malaysia yang terkini, dapat menikmati harga rendah istimewa yang eksklusif bagi tempoh yang terhad. Untuk maklumat terperinci sila layari www.shopee.com.my/shell.official.store.

"Kerjasama strategik kami dengan Shell adalah selari dengan salah satu sasaran kami tahun ini, iaitu untuk membawakan lebih banyak produk ke pasaran dalam talian berikutan perubahan dari segi pasaran dan tingkah laku membeli. Pengguna kini menginginkan pengalaman membeli-belah yang menyenangkan dan tidak leceh, di samping insentif penghantaran percuma ke seluruh Malaysia dan komisen sifar yang sudah menjadi ciri pengenalan Shopee di kalangan 9 juta pengguna kami," kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Dapatkan maklumat lanjut berkenaan Promosi Hari Raya Shell Helix dan juga Shell Helix Ultra 5W-30 baharu, sila layari www.shell.com.my/helixraya.

SYM Sport Rider 125i tampil grafik warna baharu

SYM Sport Rider 125i kini hadir dengan grafik baharu dalam 3 jenis warna yang iaitu merah, biru & kuning. Sport Rider 125i merupakan salah satu kapcai yang popular di pasaran Malaysia sekarang, dan dikuasakan enjin SOHC dua injap yang mampu menjana 9.5hp pada 8000rpm dan 10.8Nm tork pada 5500rpm.
Sport Rider 125i juga merupakan model pertama SYM yang dilengkapi enjin EFI. Moped ini juga mematuhi piawaian pelepasan Euro 3 yang mesra alam dan menjimatkan bahan api. Kuasa dipindahkan ke tayar belakang melalui transmisi 4-kelajuan.

Reka bentuk menariknya jelas dilihat pada bahagian sisi, ekzoks dan juga fender belakang Sport Rider 125i. Kombinasi meter LCD dan analog memberikan paparan maklumat yang jelas. Ia juga dilengkapi tangki minyak 4.2 liter yang besar.
Lampu belakang LED memastikan motosikal ini dapat dilihat dengan mudah walaupun dari jarak yang jauh. Tempat duduk penunggang dan pembonceng adalah selesa dan di lengkapi ruang penyimpanan di bawah tempat duduk.
Sistem brek cakera hidraulik depan dan gelendong (drum) belakang mampu menghentikan jentera seberat 107kg ini dengan senang. Suspensi jenis teleskopik hadapan dan lengan buai di belakang memberi kestabilan ketika menunggang di jalan raya.


Harga yang disyorkan untuk Sport Rider 125i baharu ini adalah RM 5,542.20 (harga asas tanpa GST, insuran & cukai jalan). Sport Rider 125i baharu ini kini boleh didapati di semua pengedar-pengedar sah SYM di Malaysia. 

Demak henti operasi?

Khabar angin bertiup kencang bahawa pengeluar dan pemasang motosikal Demak, DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd. telah menghentikan operasi mereka. Tiada pengumuman rasmi yang telah dibuat setakat ini,  dan usaha untuk menghubungi pihak pengurusan juga menemui jalan buntu. Apa yang pasti telah ada beberapa kakitangan penting DNC Asiatic Holdings Sdn Bhd, Demak Marketing Sdn Bhd dan juga dari syarikat pengedaran motosikal yang mempunyai kaitan secara langsung dengan DNC Asiatic telah mengumumkan 'pemergian' mereka dari syarikat syarikat tersebut melalui media sosial. Malah ada juga laman media sosial yang telah menaikkan apa yang dikatakan gambar terkini papan tanda kilang Demak.

  Sebelum ini DNC Asiatic Holdings Sdn. Bhd. telah meneroka pasaran antarabangsanya yang pertama di Sri Lanka pada tahun 2016 dan mensasakan beberapa buah negara lagi yang turut dikenal pasti sebagai pasaran berpotensi seperti di Myanmar, Bangladesh dan Asia Barat.
 Selain Demak, DNC Asiatic Holdings turut memiliki jenama MV Agusta dan diberi hak untuk memasang dan menjual jenama tersebut untuk pasaran tempatan menerusi anak syarikat Moto Varese Asiatic Sdn. Bhd.
 Laman FB Demak Marketing setakat ini masih lagi beroperasi di https://www.facebook.com/pages/Demak-Marketing-Sdn-Bhd/311749769006581.

Begitu juga dengan laman sesawang rasmi mereka di http://dncmotorcycle.com/

Royal Enfield Himalayan dilancar RM36,880

Royal Enfield Himalayan menggabungkan ketahanan dan keselesaan menunggang sepanjang hari untuk. Rekabentuk minimalis dan semata-mata  untuk fungsi mungkin tidak menambat hati peminat motosikal sejati namun ia mendapat tempat di hati kumpulan sasarannya. Suspensi yang selesa, roda berjejari, tambatan mudah untuk tali bagasi dan lain-lain utiliti membuatkan Himalayan motosikal impian bagi pengembara.
Royal Enfield Malaysia telah melancarkan versi baru Himalayan yang baru dan ditambah baik. Suapan bahan api untuk enjin 410cc kini dikendalikan oleh sistem suntikan bahan api. RE mendakwa bahawa ia juga telah menjaga isu kualiti yang telah disebut dalam beberapa laman forum Himalayan.
boleh dipasang tangki bahanapi tambahan
Suspensi pergerakan panjang, posisi menunggang semulajadi, enjin lasak dan penuh tork semuanya menyumbang kepada tunggangan yang selesa untuk anda, sama ada di lebuhraya, jalan raya, atau jalan tanah dan pergunungan.

Himalayan berfungsi untuk menggunakan tenaga jalan yang dilaluinya. Berdiri denga mantap, gantungan yang diuji, tayar dwi kegunaan yang digabungkan dengan pengendalian tangkas bermakna Himalayan boleh mengendalikan sebarang persekitaran jalan luar.
Himalaya menempatkan penunggang di ketinggian di pelana yang rendah, hendal dan pemijak kaki berfungsi dengan sempurna untuk menyatukan penunggang dengan motosikal untuk kedudukan tegak yang selesa. Tambatan yang sedia ada di bahagian depan dan belakang membolehkan anda mengikat barangan dan bertolak pada bila-bila masa, sementara kluster instrumen LCD akan menjejakkan kaki ke penyelenggaraan. Ianya juga motosikal pertama yang menyediakan kompas digital pada paparan meternya.
Himalayan serbaboleh yang versatil ini juga sesuai untuk menjadi satu satunya motosikal milik anda.
Royal Enfield Malaysia telah melancarkan model Himalaya ini pada harga RM36,880 atas jalan (tidak termasuk insurans dan tanpa GST).


Spesifikasi
Enjin: Silinder tunggal, 4 lejang, sejukan Udara, SOHC, Suntikan Bahan Api
Sesaran: 411cc
Gerek x Lejang :78 mm x 86 mm
Nisbah Mampatan: 9.5: 1
Kuasa Maksimum: 24.5 bhp @ 6500 rpm
Tork Maksimum: 32 Nm @ 4250 rpm
Sistem nyalaan: Pencucuhan elektronik digital
Klac: jenis Basah, berbilang plat
Kotak gear: lima keljuan
Pelinciran: takung basah
Suapan: Suntikan bahan api elektronik
Penghidup: Elektrik