Malang bagi Adam yang telah mengalami pengalaman pahit di hujung minggu yang sukar baginya. Selepas layak bermula di petak ke-26, Adam terus berjuang untuk mencari rentak di litar Perancis itu namun tidak mampu membuat sebarang kemajuan bagi memperbaiki kedudukannya. Dengan satu pusingan berbaki di akhir perlumbaan Adam bertembung dengan pelumba lain dan terjatuh ketika begitu hampir dengan bendera penamat.
"Saya berasa kecewa. Sesi kelayakan semalam tidak begitu baik dan kemalangan tersebut nyata mengecewakan, tetapi ini semua bukanlah alasan dari saya. Saya sepatutnya melakukan yang lebih baik pada hujung minggu ini. Permulaan biasanya merupakan kekuatan saya, namun dalam perlumbaan itu ianya tidak begitu baik. Saya bersaing beberapa kali dengan Lopez tetapi saya tidak cukup kuat dan tidak mempunyai tahap untuk kembali ke kumpulan hadapan. Saya berakhir dengan hanya satu pelumba lain di belakang. Di pusingan akhir saya cuba mengejar Lopez ke selekoh terakhir tetapi saya rasa kami bersentuh dan saya kehilangan cengkaman tayar belakang. Saya minta maaf kepada pasukan saya. Saya sepatutnya menjadi lebih baik dari ini. Kini saya perlu tahu dan memikirkan apa yang perlu saya lakukan untuk memperbaiki diri saya," ujar Adam selepas tamat perlumbaan semalam.
No comments:
Post a Comment